{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemahang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kemahang - Google Blog Search


PAPISMA Kelantan: Dr. Kita di <b>Felda Kemahang</b> 2

Posted: 21 Mar 2011 08:03 PM PDT


Pada 18 Mac baru-baru ini, PAPISMA Kelantan telah dijemput mengadakan khidmat kesihatan bersempena dengan program Bakti Mahabbah anjuran Pusat Islam Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan Rakan Masjid. Program yang telah diadakan di Felda Kemahang 2, Tanah Merah bermula jam 8.30 pagi telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat sekitar.
PAPISMA Kelantan telah menghantar empat orang wakil yang diketuai oleh Dr. Abir, Dr. Sayodi, YM Tengku Ahmad Damitri (Pegawai Sains USM) dan En. Rizwan (Farmasi Hospital Machang) memberi rawatan dan khidmat nasihat kepada para pengunjung program tersebut.

Berita ini juga turut dimuatkan didalam akhbar Sinar Harian edisi Kelantan bertarikh 21 Mac 2011.


gambar program ehsan :  najibah ra pusat islam usm kk Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaya Peneroka: 766 peneroka Serting saman <b>Felda</b> RM200 juta

Posted: 24 Mar 2011 08:33 PM PDT

766 peneroka Serting saman Felda RM200 juta - 17 march 2011
Peneroka Felda Serting mendakwa Felda menipu peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 juta kepada mereka.

Ujian makmal menunjukkan peratusan KPG sebenar yang diperoleh mencecah 24 peratus sedangkan mereka hanya memperoleh 18 peratus KPG daripada Felda.

(Felda sebelum ini kalah dalam kes-kes seumpamanya yang melibatkan peneroka di Gugusan Jengka, Felda Sungai Koyan, dan Felda Kemahang 3.)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan dlm kenyataannya berkata, pihaknya sedia RM90 juta jika kalah dalam kes berkenaan.

PERSOALANNYA : Kenapa hendak tunggu peneroka saman baru nak bayar? Ini menunjukkan Felda sedar dengan penipuan yang mereka lakukan

Mahkamah memutuskan kes akan didengar semula pada 15 April depan.

APA PULA KATA ANDA?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat