felda sungai tengi - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sungai tengi - Google Blog Search |
Posted: 22 Mar 2011 11:37 PM PDT perkahwinan.. [kesinambungan daripada episod yang telah ditulis baru2 ini..] [AMARAN SEPARA KERAS: INI ADALAH IKLAN SEMATA2, TIADA KAITAN DENGAN PENAMA DIATAS pada pagi hari sabtu yang telah terlepas baru2 ini, org telah diminta oleh ibu dan bapa org untuk menyertai ekspedisi meredah hutan belantara ke felda Sg. Tengi, Bukit Takar, Selangor. untuk pengetahuan kalian, kedudukan tempat tersebut adalah dengan agak ceruk kerana untuk tiba ke destinasi yang dituju, kalian perlu memasuki simpang masuk ke Bukit Tagar dan dari tol tersebut kalian perlu bergerak selaju 80-90km/j diantara 45-60 minit didalam kenderaan untuk ke sana.. kami [ibu, bapa dan org] telah berangkat meninggalkan tanah tumpah air liur kami [Bandar Baru Bangi] seawal pukul 8:30 pagi dengan menaiki kereta bapa. memang tidak dapat disangkal lagi, perjalanan tersebut sememangnya mencabar kerana salah satu faktornya adalah jaraknya yang agak jauh nun disana, keadaan jalannya yang hanya cukup2 untuk 2 laluan kereta sahaja dan bentuk jalanyya yang terlalu banyak selekoh2 yang seolah2 mencabar pemandu2 termasuk org sendiri untuk mencuba nasib untuk menjadi pemandu F1 yang serba boleh serta untuk menguji seberapa hebatkah anda di litar lumba yang disediakan oleh JKR Selangor.. X D baiklah.. setelah berhempas pulas cuba menjadi pemandu yang berhemah lagi terbaik untuk bapa tersayang, akhirnya kami tiba di felda tersebut. walaupun pada mulanya kami tersesat beberapa kali, terima kasih kepada papan tandax2 yang "banyak memberikan bantuan", kami dapat menjejakkan kaki ke sebuah homestay yang tidak dapat dinyatakan lokasi dan namanya kerana memang hanya satu sahaja yang ada di sana. di sana, kami berkumpul dengan sanak-saudara yang lain sebelum memulakan misi kami: menghadiri perkahwinan sepupu, pasangan yang sama cuma pada kali ini ianya diadakan pada sebelah pengantin lelaki pula.. kebetulan ketika kami sampai di tempat yang dijanjikan akan berlakunya sebuah adat istiadat melayu yang penuh gilan-gemilang [ namun misi kemanusiaan kami tetap akan diteruskan, walaupun hujan ataupun panas terik [ [MAKLUMAN: INI HANYA CONTOH HIDANGAN SAHAJA..] pada org, perkahwinan adalah satu majlis yang menarik kerana disitu kita dapt berjumpa dengan orang kita tidak sangka2 akan bertemu dan pada yang sama kita dapat melihat 1001 gelagat manusia didalam persekitaran dan juga dunia mereka yang tersendiri. lagipun dari majlis2 seperti itu, org dapat merumuskan apakah cara atau kaedah yang terbaik untuk mengadakan majlis seperti demikian yang mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh syara'.. mungkin ada diantara kita yang kurang peka atau terlepas pandang mengenai perkara2 seperti NAMUN org punya persoalan: nukilan ini bukanlah bertujuan untuk menyinggung mana2 pihak, lebih2 lagi sepupu tersebut cuma apa yang org ingin utarakan disini adalah kita perlu sedar bahawa ini telah menjadi satu ikutan kepada para tetamu yang bakal melansungkan perkahwinan untuk menyaingi atau untuk menunjukkan bahawa mereka juga mampu untuk melakukan sedemikian.. abang org pernah mengatakan: "perkahwinan adalah umapam suatu pelaburan, jika pelaburan yang kita laburkan itu bagus, maka untunglah hasilnya manakala jika pelaburan tersebut adalah teruk, maka hasil yang diberikan adalah sebaliknya.." mungkin kepada sesetengah pihak, ia seolah2 merendahkan martabat atau maruah sesebuah keluarga akan tetapi pernahkah terdetik di hati kita yang kita semua ini sebenarnya adalah sekufu dan semua harta, pangkat dan nama yang diberikan adalah sekadar penanda aras pada taraf hidup semata2?? terserah pada kalian kerana jika diikutkan kalian yang lebih berhak untuk menentukan apa yang terbaik yang ingin anda lakukan didalam hidup anda. tiada paksaan, tiada cercaan atau caci maki yang akan dihamburkan namun tepuk dahi, tanyalah diri sendiri. sekian, ketika di lain masa wassalam.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda sungai tengi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |