{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jengka - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jengka - Google Blog Search


Pembubaran <b>Felda</b> Plantations tidak menguntungkan sesiapa | Free <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2011 02:38 AM PDT

Peneroka juga akan kehilangan satu sumber pendapatan kerana mereka memegang 51 peratus saham menerusi Koperasi Peneroka Felda - Ahmad Maslan.

MARAN: Cadangan pembangkang untuk membubarkan Felda Plantations Sdn Bhd dan mengagihkan tanah ladang yang dimajukan syarikat itu kepada generasi kedua dan ketiga Felda tidak menguntungkan sesiapa.

Malah kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, jika tanah seluas 330,000 hektar itu diagihkan, generasi kedua dan ketiga peneroka hanya memperolehi sekitar 0.4 hektar seorang.

"Selain itu, peneroka juga akan kehilangan satu sumber pendapatan kerana mereka memegang 51 peratus saham menerusi Koperasi Peneroka Felda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Felda Jengka 4, dekat sini semalam.

"Jika syarikat tersebut dibubarkan, ia bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan 63,000 kakitangan Felda Holdings dan Felda, malah turut menjejaskan peneroka dan keluarga masing-masing," katanya.

Ini kerana kata Ahmad, menerusi pendapatan RM1.6 bilion setahun yang diperolehi daripada tanaman getah dan kelapa sawit, Felda Plantations menampung belanja mengurus Felda termasuk membayar bonus kepada peneroka.

Selain itu katanya, hasil itu juga digunakan untuk menyediakan pelbagai program dan skim bagi membantu anak-anak peneroka menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.

Jika Felda Plantations dibubarkan, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan RM1.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus Felda dan dua juta keluarga peneroka termasuk generasi kedua dan ketiga yang terdiri daripada anak-anak dan cucu mereka.

Selain itu, peruntukan sebanyak itu juga mengakibatkan pembangunan 15,000 kampung tradisional di seluruh negara tidak dapat dilaksanakan, sekali gus menafikan hak penduduk yang bukan peneroka, katanya.

Justeru kata Ahmad, kerajaan pusat tidak akan tunduk dengan desakan pembangkang yang sebenarnya iri hati dengan kejayaan Felda menaik taraf komuniti peneroka di negara ini.

– Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat