felda kerteh - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda kerteh - Google Blog Search |
<b>felda kerteh</b> - Google Blog Search Posted: 18 Mar 2011 07:44 PM PDT Di perhimpunan Warga Felda Terengganu yang diadakan di Gugusan Felda, Kerteh Satu, Ketengah Jaya, Paka, Terengganu mencatatkan sejarah keaiban tersendiri. Program yang diadakan selepas solat jumaat itu yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu dibawah Lajnah Peneroka & Tanah Wilayah Terengganu dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) pada peringkat awalnya berjalan dengan baik tanpa ganguan. Program bermula dengan sessi perasmian dengan ucapan YB Datuk Tengku Hassan selaku Tim. Lujnah Peneroka & Tanah wilayah Pas Terengganu, diikuti dengan ucapan Pengerusi ANAK, saudara Mazlan Aliman dan perasmian oleh Tim. Pesuruhjaya Pas Terengganu. Program yang dihadiri oleh lebih 500 orang peserta dari peneroka gugusan Felda berdekatan berjalan dengan baik. Sessi pembentangan diadakan oleh Pengerusi Lajnah Peneroka & Orang Asal PKR Pusat iaitu Tuan Haji Suhaimie Said. Berdasarkan pengalaman beliau dan pembentangan yang jelas member semangat baru kepada peneroka dalam memahami dan menuntut hak-hak mereka sebagai peneroka. Kertas pembentangan beliau itu diulas oleh Sdr Abdul Rahman, selaku wakil peneroka dari Felda Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Penyalaras saman Felda. Mazlian Aliman selaku Pengerusi ANAK Peserta khusyuk mengikuti pembentangan Inilah sebenarnya yang ditakuti oleh Pihak Felda dan pihak UMNO didalam gugusan Felda tersebut. Bagi UMNO, Felda merupakan talian hayat politik mereka. Mereka cuba sedaya upaya agar rakyat tidak mendengar penjelasan dan penerangan dari Pas. Sehari sebelum Konvensyen Himpunan Warga Felda itu diadakan, mereka sudah menyebarkan pelbagai risalah fitnah terhadap Pas dan khususnya terhadap Mazlan Aliman yang dilabelkan sebagai " Pengkhianat Negara". Para peneroka diugut agar tidak menghadiri program anjuran Pas tersebut. Nampak sangat gelabah dan rasa takut mereka dengan perkembangan kebangkitan peneroka yang sudah memahami hak-hak mereka. Pada malam tersebut satu Ceramah Umum sempena Himpunan Warga Felda itu diadakan ditapak Konvensyen tersebut. Ceramah yang membariskan penceramah dan pimpinan seperti Pengerusi Dun Paka, Mazlan Aliman, Cikgu Normala Sudirman, Saifuddin Nasution dan Ucapan utama oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Banguna Dewan Sekolah di Belakang menjadi tempat serangan & ganguan UMNO Walau bagaimanapun program Pas tersebut berjalan lancar dengan kehadiran melebihi 6 ribu pendengar yang ingin mendengar penjelasn dan penerangan dari pimpinan Pas secara live. Semoga ianya menambahkan lagi gerakan PGU (Pas Ganti UMNO) di Terengganu.-/ Oleh Ust Saiful Bahri Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
<b>felda kerteh</b> - Google Blog Search Posted: 25 Mar 2011 08:18 PM PDT DUNGUN - Kerajaan PAS yang memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 - 2004, telah melaksanakan dasar-dasar yang menjamin keselamatan dan keselesaan hidup rakyat termasuk kepada peneroka Felda. Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahari Mamat (gambar) berkata, kerajaan Terengganu dibawah pimpinan PAS telah memberikan geran hak milik kepada peneroka Felda Kerteh 1 dan 6, tetapi belum ada satu pun hak milik yang diberikan oleh kerajaan Umno-BN Terengganu. "Semasa PAS memerintah, kerajaan pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah memabahagikan (menyerah) geran (hak milik) kepada (para peneroka) di Felda Kerteh 1 dan 6, " tetapi selepas itu (apabila diperintah Umno-BN) tak nampak gambatr lagi (belum lagi) memberikan (sebarang hak milik kepada peneroka) Felda Kerteh 2 & 3,"ujarnya ketika menyampaikan ceramah sempena Himpunan Peneroka Felda negeri Terengganu Kali Ke-2 di Felda Kerteh 1, Jumaat 18 Februari. Selain itu, menurut Ustaz Saiful yang juga wakil rakyat DUN Paka ketika PAS memerintah, kerajaan telah menyiapkan 1,000 lot-lot tanah bagi penempatan peneroka generasi kedua. Beliau berkata, kerajaan PAS telah menyediakan 1,000 lot tanah, siap ukur dan ditanam batu sempadan, untuk diagih-agihkan kepada generasi kedua, tetapi malangnya, ia telah dibekukan oleh kerajaan Umno-BN sejak mengambil mengambil alih pemerintahan tahun 2004. Hasil dari program Himpunan yang diadakan, katanya, sudah ada 135 orang bersedia untuk memfailkan saman terhadap Felda kerana gagal memulangkan wang caruman tanam semula sebanyak RM17,000.00. Turut menyampaikan ceramah adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Aguing PKR, Saifuddin Nasution, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dan calon PAS PRK DUN Tenang, Cikgu Normala Sudirman. Dengar ceramah Ustaz Saiful di Buletinonline radio klik sini Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda kerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |