{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda taib andak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda taib andak - Google Blog Search


Selamat Kembali | Azrul Hisham - My Real Life

Posted: 27 Mar 2011 08:51 PM PDT

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin...
  • Alhamdulillah.....aku, Sakura dan parent dia selamat kembali ke Rawang malam tadi jam 9.30pm malam tadi. Perjalanan bermula jam 3.30pm dari Petri Jaya menuju ke tol Kulaijaya memasuki lebuhraya PLUS sememangnya mencabar memandangkan keadaan cuaca yang tak menentu dan keadaan jalanraya yang sempit.

  • Sebelum balik ke KL semalam, aku dan Sakura sempat menghadiri kenduri kahwin rakan baiknya di Petri Jaya. Gambar-gambar akan diupdate ke entri seterusnya.
  • Untuk pengetahuan semua, ini kali pertama aku memandu ke Pontian, Kota Tinggi, melalui Batu Pahat dan lain-lain tempat. Sempat juga la lalu dekat Felda Taib Andak iaitu tempat kelahiran penyanyi Mawi. Tengok papan tanda je la...tak sempat nak snap sebab tengah memandu. Hehe...lepas ni kalau ada masa lagi nak jalan-jalan lagi ke sana. :)
  • Sepanjang aku di sana, saudara mara Sakura melayan aku dengan baik. Lagipun aku banyak belajar benda baru terutamanya makanan Jawa. :)

  • Kat sana aku boleh tengok bagaimana teraturnya penempatan di Felda walaupun jauh dari kawasan bandar. Memang tenang je suasana kat sana. Nak lagi waktu malam..memang sejuk sangat-sangat.
  • Kat sana kalau guna wireless broadband memang fail sebab line yang ada cuma GPRS je. Tapi nasib baik la kat rumah di Petri Jaya ada Streamyx, boleh la check email, update status kat FB dan Twitter serta baca update-update terbaru dari blogger lain.

  • Owh..yea...aku baru dapat tahu dari seorang informer aku pasal sorang minah ni yang tak habis-habis lagi cakap belakang pasal aku kat blog dia. Aku pun tak tau la apa masalah dia sebenarnya. Menurut informer aku, minah senget tu kata aku ni desperate sangat nak kahwin. Kah3x....yup....memang aku desperate nak kahwin sebab kalau kahwin lambat-lambat lagi banyak dosa aku dapat. Tak nak la aku tanggung dosa banyak-banyak. Tapi kalau kutuk-kutuk dan cakap belakang tu takde faedah jugak. Tambah saham ke neraka ada la. Terima kasih la buat informer aku tu pasal bagitau aku pasal ni..apa yang aku boleh cakap..biarkan je minah senget tak guna tu menyalak macam anjing....hal-hal lepas tak perlu la nak ungkit... :)

  • Tahniah buat pasukan Harimau Malaya kerana berjaya mengikat Etoile FC dengan jaringan 1-1. Sempat juga tengok jaringan Malaysia pada separuh masa pertama kat tv.

  • Update terbaru...ranking Malaysia dah naik ke tangga 138 mengatasi negara Singapork...opsss.. [sumber]

  • Last but not least...aku cuti hari ni....huhu...penat memandu semalam tak hilang lagi. (^__^)

Nota:

1. Perancangan seterusnya....cari rumah baru... :)

Mengenai Penulis:Biodata lengkap Azrul Hisham boleh juga dilihat di sini. Anda boleh mengikuti penulis di Facebook dan di Twitter. Jika anda suka dengan entri yang ditulis, boleh tinggalkan komen anda di ruangan yang disediakan. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung di e-mail peribadi penulis.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat