felda sungai koyan - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sungai koyan - Google Blog Search |
Kuala Lipis « Wadah Orang Kampung Posted: 25 Mar 2011 07:57 AM PDT Hampir sebulan tiada kiriman, sibuk sikit dan kekurangan idea. Sesekali teringat beberapa peristiwa silam. Semasa aku masih seorang guru sekolah di Kuala Lipis khususnya di Padang Tengku. Terdapat beberapa orang guru dari Kuala Lumpur atau Selangor yang ditempatkan di SMK Padang Tengku tidak datang melapur diri. Namanya sampai dalam senarai penempatan tetapi orangnya tiada. Persoalannya mengapa mereka tidak datang? Kuala Lipis bandar hulu, bandar jalan mati, the end of the road. Memang betul 30 puluh tahun dahulu!! Kuala Lipis bandar kelahiran Mohd Najib Tun Abdul Razak (57 tahun yang lalu) adalah bandar jalan mati. Satu-satunya jalan yang menghubungkan Lipis dengan Jerantut atau Raub ialah "Pahang Trunk Road" (Jalan Belalai Pahang). Maka tak pelik orang tak nak datang ke Lipis ketika itu. Selain jalan raya Lipis juga dihubungkan keluar melalui keretapi. Keretapi dari Gemas ke Tumpat melalui stesyen Keretapi Kuala Lipis. Apa-apa hal pun itu sudah menjadi sejarah. DS Najib Razak, walau pun lahir di Lipis tetapi tak beri pun perhatian untuk memajukan Lipis. Bermula tahun 80′an satu jalan keselamatan yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Gua Musang mula dibina. Sekitar tahun 1987 jalan itu sudah boleh dilalui. Aku masih ingat dimusim hari raya banyak kereta yang hendak ke Kelantan singgah di Balai Polis Kuala Lipis mengambil permit untuk menggunakan jalan Kuala Lipis – Gua Musang. Jalan keselamatan itu sudah di up grade dari masa ke semasa. Kini laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru melalui Kuala Lipis sentiasa sibuk. Kalau masa cuti sekolah atau cuti hari raya atau nak pilihan raya jalan menjadi sangat sibuk. Pernah berlaku "jem" di kampung aku sewaktu hampir raya puasa. Kuala Lipis bukan lagi bandar mati, no more dead town!! Setiap hari lebih 60 buah bas akan melalui laluan ini sehala dari KL ke KB. Kalau dua hala kiralah sendiri. Kalau dulu nak ke Jerantut melalui jalan raya terpaksa melalui pekan Benta tetapi dalam tahun 90′an satu jalan pintas telah siap dari Jerantut melalui Kuala Tembeling, Mela dan Kerambit terus ke Kuala Lipis. Oleh itu perjalanan ke Temerloh atau Kuantan sudah dapat di percepatkan. Beberapa bulan yang lalu satu lagi jalan dari Kuala Lipis terus ke Cameron Highlands telah boleh digunakan. Dari Bandar Lipis ke Tanah Rata (CH) hanya memakan masa satu jam empat puluh minit sahaja. Laluan yang diikuti ialah Bandar Lipis, Kampung Berchang, Felda Sungai Koyan, Betau, Ringlet dan Tanah Rata. Hujung minggu yang lalu jalan Kuala Lipis ke Padang Tengku kelihatan sibuk daripada biasa. Banyak kereta dari Kuantan, Temerloh serta Jerantut menuju ke Tanah Rata menggunakan laluan yang baru ini. Baru-baru ini aku menggunakan jalan ini ke Kedah (Kuala Pegang, Baling). Dari rumah aku sehingga ke Ringlet (1 jam 20 minit) seterusnya ke Tapah (1 jam) dan mengambil lebuh raya PLUS sehingga Kuala Kangsar dan mengambil jalan ke Grik terus ke Baling. masa yang aku ambil ialah kurang dari enam jam. Oleh itu suka aku mengatakan bahawa Kuala Lipis bukan lagi kawasan terpencil. Kedudukannya ditengah-tengah Semenanjung Malaysia menjadi tempat strategik kepada laluan dari utara ke selatan dan dari timur ke barat. Sekian TK. |
You are subscribed to email updates from felda sungai koyan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |