{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kota gelanggi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kota gelanggi - Google Blog Search


PKR Jerantut semakin mantap

Posted: 25 Mar 2011 08:55 PM PDT

Sejak PKR Jerantut diambil alih pentadbirannya oleh Pemangku Ketua Cabangnya, Sdr Rosli Ahmad, Cabang itu telah menunjukkan gerakan yang sangat positif.

Tindakan yang kini diambil adalah untuk mengumpulkan semua anggota-anggota PKR Jerantut dan untuk mengenal pasti potensi setiap ahli didalam mengembangkan parti dan mengemaskan organisasinya.

Ranting-ranting yang telah ditubuhkan tetapi sudah lama tidak digerakkan kini aktif kembali, dan pimpinan ranting-ranting itu menunjukkan sikap positif dengan mengaturkan program dan aktiviti diperingkat ranting-ranting.

Mereka menjadi bertenaga apabila pimpinan diperingkat Cabang mula menunjukkan sikap bertanggungjawab.

Didalam mesyuarat yang diadakan di Felda Kota Gelanggi 2 awal minggu ini, mereka telah mengaturkan program-program untuk dilaksanakan seawal minggu terakhir bulan Mac ini.

Pada 29hb Mac 2011, suatu mesyuarat Jawatankuasa Cabang akan diadakan bersama-sama pimpinan ranting-ranting serta aktivis-aktivis parti di Jerantut akan diadakan di Kg Bukit Dinding.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemaskinikan ranting-ranting dan dengan sokongan ranting-ranting yang sedia ada untuk menubuhkan ranting-ranting baru serta menambahkan keanggotaan parti didalam program yang dikemaskinikan.

Pada sebelah malamnya pula akan dianjurkan Majlis Ceramah, iaitu ceramah ulung yang diadakan di Jerantut oleh PKR Cabangnya sejak PRU-12 yang lalu.

Pengunduran Ketua Cabang Jerantut membawa tuah kepada parti kerana program dan aktiviti yang tidak pernah dilakukan di Jerantut kini dapat diketengahkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Buana Ini: Dari <b>Kota Gelanggi</b> 1: Kerajaan mesti bela nasib <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2011 11:48 PM PDT

12 Rabiulakhir 1432H - Saya juga generasi kedua Felda dari Kota Gelanggi 1. Ya, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana saya antara anak-anak peneroka yang sudah berjaya. Dapat belajar sehingga ke universiti. Tetapi generasi lain yang agak tercicir, adakah kerajaan dan Felda hanya berlepas tangan?

Hanya mengaut keuntungan berlipat kali ganda, tetapi kebajikan peneroka dan anak-anak terus diabaikan. Sudahlah memerah tenaga ayah dan emak saya, serta ibu-bapa orang lain, dalam masa yang sama MEROMPAK titik peluh mereka!!

KUANTAN, 17 Mac 2011:

Kerajaan digesa mengambil serius nasib dan masa depan generasi kedua Felda daripada terlalu berpolitik dengan menjanjikan pelbagai imbuhan dan wang kepada komuniti itu.

Anak seorang peneroka Felda dari Kota Gelanggi 1, Kamarul Hatta Mohamed Ali, 42, berkata, selain peneroka generasi kedua di tanah-tanah rancangan yang berjaya juga sepatutnya diberi banyak peluang supaya mereka tidak berhijrah.

Tambahnya, apabila mereka yang mendapat pendidikan formal dan berkemahiran tinggi tidak diberi ruang akhirnya terpaksa membina kerjaya dan kehidupan di luar Felda sehingga tinggallah generasi kedua yang sesetengahnya bermasalah.

Menurut Kamarul, pengalaman berkempen di kawasan Felda pada pilihan raya kecil (PRK) Kerdau baru-baru ini beliau banyak bertemu generasi kedua dan ketiga yang pulang ke Felda untuk mengundi, rata-rata tidak puas hati kerana tiada peluang pekerjaan di tanah rancangan sehingga terpaksa berhijrah ke ibu kota mencari rezeki dengan meninggalkan ibu bapa yang telah tua.

"Anak peneroka sepatutnya diberi peluang membina kerjaya dalam rancangan Felda seluruh negara melalui peningkatan peluang pendidikan dan kemahiran dengan misi agar pengurusan Felda kelak akan ditadbir oleh anak-anak peneroka."Anak-anak peneroka yang telah terbukti berjaya di luar patut dibenarkan lebih ramai bekerja dalam anak-anak syarikat Felda. Apa yang berlaku tidak begitu, contohnya kontrak-kontrak yang diserahkan oleh Felda Plantation dan Technoplant kebanyakannya dijalankan oleh orang-orang luar," ujarnya.

Tambah Kamarul, akibatnya anak-nak peneroka terpaksa bekerja sebagai kuli kepada kontraktor luar yang mengusahakan ladang-ladang bapa mereka.

Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak mengambil berat pendedahan daripada Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye bahawa kadar jenayah di Felda semakin meningkat setiap hari.

"Isu ini tidak boleh di pandang remeh. Dimana peranan pengurusan Felda di dalam menyelesaikan masalah ini? Sehingga kini tiada satu usaha pun dilihat bagi membendung masalah gejala sosial dan maksiat.

"Tidak adakah rasa simpati dengan sesetengah generasi kedua dan ketiga yang masih terpaksa menumpang sebumbung dengan ibu bapa, walaupun sesetengahnya sudah berkeluarga. Jadi Felda yang sudah maju dengan hasil titik peluh peneroka sepatutnya memberi kemudahan perumahan untuk mereka.

"Bagi menjamin pengeluaran hasil berterusan di samping nasib anak Melayu terbela, anak-anak peneroka patut digalakkan terlibat dalam pengurusan ladang dan persekitaran melalui agihan dan memajukan lot-lot tanah kosong untuk keperluan mereka," katanya.

Dalam pada itu Kamarul mendesak kerajaan negeri Pahang supaya mempercepatkan proses pemberian geran tanah setelah peneroka menjelaskan bayaran kembali dan menaik taraf penempatan Felda yang telah mendapat hak milik.

Katanya, beliau diberitahu kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah bertungkus lumus menyelesaikan masalah geran kepada peneroka.--- Laporan oleh Khairil Abdul Rahim, Harakahdaily.

Berkaitan:

Apa jadi dengan generasi kedua dan ketiga Felda?
Kembali ke rumah warisan aruah orang tua, bawa balik buah-buahan

Kota Gelanggi 1: Cintaku bersemi di sana

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat