{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kerteh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kerteh - Google Blog Search


::TUK KIYAI - ISU SEMASA::: Janda ini GIAN lagi!!

Posted: 26 Apr 2011 02:00 AM PDT

[kosmo] FELDA KERTEH 3 – Biarpun baru tiga hari keluar penjara, namun hukuman dilalui tidak dapat menimbulkan keinsafan bagi seorang wanita kaki dadah apabila dia kembali terjebak dengan aktiviti songsang itu sehingga ditangkap pihak berkuasa.

Janda anak tiga itu ketika berkongsi pengalaman berkata, sebaik keluar dari penjara, dia tiada tempat untuk dituju lalu kembali mencari kenalan lamanya yang juga kaki dadah.

Bekas banduan Penjara Pengkalan Chepa itu berkata, kesalahan yang dilakukannya menyebabkan ahli keluarga enggan menerimanya semula, sehubungan itu, dia terpaksa mencari tempat berlindung lalu datang ke rumah ibu saudaranya di sini untuk membina kehidupan baru.

Bagaimanapun, sebaik tiba di sini, dia berkenalan dengan seorang lelaki yang juga kaki dadah sebelum kembali terjebak, selain turut dijadikan teman tidur.

"Saya memang ada niat untuk berubah, tetapi orang macam saya, siapa mahu terima. Hendak kahwin lain, mungkin agak mustahil untuk bertemu jodoh, apatah lagi dengan status saya ini.

"Dulu saya pernah kena tangkap, lepas tu saya taubat namun saya kembali menagih selepas tidak tahan dengan tekanan hidup," katanya yang berasal dari Besut.

Janda berusia 25 itu ditahan pihak berkuasa ketika berada bersama teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah dekat sini, awal minggu lalu.

Hasil ujian saringan air kencing dia dan juga pasangannya didapati positif dadah jenis methampethamine dan ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasangan terbabit juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat