{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda trolak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda trolak - Google Blog Search


::::: Aku Budak <b>Trolak</b> :::::: Kerajaan Terus Sokong Usaha <b>FELDA</b> <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2010 07:27 AM PDT

LABIS, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menyokong usaha FELDA dalam meningkatkan taraf kehidupan peneroka secara langsung serta membantu meningkatkan ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Ekonomi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata FELDA telah banyak berjasa dan memberi kehidupan sempurna kepada warga peneroka di negara ini dan oleh itu mereka perlu terus setia dan menyokong kerajaan.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada majlis penutupan Karnival Iktiraf FELDA Wilayah Johor Utara dan Melaka di FELDA Gugusan Maokil, Labis.

Muhyiddin juga menafikan laporan akhbar Suara Keadilan sebelum ini bahawa FELDA telah bankrap.

Katanya pada tahun lepas sahaja, FELDA membayar cukai pendapatan sebanyak RM77.96 juta, RM37.17 juta bonus Aidilfitri kepada 112,635 peneroka, dividen Koperasi Peneroka FELDA (14 peratus) iaitu sebanyak RM369.19 juta dan bayaran zakat perniagaan RM25.82 juta.

Sumber: BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

::::: Aku Budak <b>Trolak</b> :::::: <b>FELDA</b> Diminta Segerakan Pembinaan <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2011 06:30 AM PDT

GUA MUSANG - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diminta menyegerakan pembinaan lebih 400 buah rumah bagi menampung keperluan generasi kedua di Rancangan Tanah Felda di Hulu Kelantan seperti yang dijanjikan sejak dua tahun lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata ini kerana masalah kekurangan rumah itu menyebabkan timbul masalah terutama anak peneroka yang sudah berumah tangga tetapi masih bersesak tinggal di rumah ibu bapa mereka yang merupakan generasi pertama Felda.

"Pengurusan Felda telah menjanjikan rumah menerusi skim pembinaan perumahan agensi itu sejak dua tahun lalu dan saya harap perkara ini menjadi kenyataan," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Nozula yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata tapak bagi pembinaan projek perumahan telah dikenal pasti iaitu di Rancangan Tanah Felda Chiku Lima yang mampu memuatkan 400 unit rumah.

Beliau berkata generasi kedua Felda berkenaan bersedia membayar kos yang ditetapkan sekiranya pembinaan rumah berkenaan dapat dibina.

Sumber:BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat