{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


13,000 guru sandaran terlatih diserap

Posted: 26 Jul 2011 03:04 PM PDT

MukaDepan

PUTRAJAYA: Sebanyak 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang kontrak mereka tidak disambung sebelum ini ditawarkan sebagai guru tetap bagi memberi peluang kepada mereka untuk terus berkhidmat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian mengeluarkan surat tawaran kepada mereka baru-baru ini untuk mengikuti kursus sama ada di institut pendidikan guru atau program Kursus Dalam Cuti (KBC) sebelum diserapkan ke jawatan tetap.

"Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT," katanya selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 Peringkat Kebangsaan, di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9 (2) di sini, semalam. Beliau berkata, GSTT lepasan ijazah hanya perlu mengikuti kursus setahun dan bersedia mengajar di tempat lain jika tempat di sekolah lama sudah penuh.

Mohd Puad juga berkata, tahun ini kementerian tidak lagi mengambil GSTT dan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memberi peluang kepada GSTT sedia ada diserap sebagai guru tetap terlatih.

Isu GSTT timbul apabila kementerian mengambil keputusan tidak menyambung kontrak mereka pada tahun lalu. Ia menyebabkan ramai guru sandaran kecewa dan mendesak kerajaan menimbang semula keputusan itu.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjong, Perak dinobatkan juara kategori pertandingan akhir Bot Lumba RA3, manakala kategori sekolah rendah, SekolahKebangsaan Permatang Kandu, Pulau Pinang.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mazlan Mohammad

Harap diserap juga GSTT yang mengajar setahun. Atau semua GSTT yang mengajar patut diserap juga..

Wassalam.

stephen anak narok

ini tidak adil bagi saya kerana ada sesetengah pihak yang mengambil guru gstt yang lepas spm ataupun stpm hanya memilih ahli keluarga mereka ataupun agama bukan bumiputera masuk ke guru gstt,hal ini bermak na berlaku nya pilih kasih.saya tidak pernah di layan apabila minta guru ataupun mengisi borang gstt tidak dilayan kerana tidak ada orang tolong yang bekerja di pejabat pelajaran daerah ataupun di pejabat jpn.ini tidak adil.

lia

tindkn krjn memang bagus kerana ini akan melahirkan tenaga pengajar yang benar benar berminat dan komited dengan mendidik

maini

ape nasib gstt yang sedang berkhidmat pada tahun ini?adakah diserap?

Marini Md Isa

sy wakil dari gstt mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga krn tlh memberi peluang kpd guru-guru gstt utk terus berkhidmat dan menjawat ke jawatan tetap sbg seorg guru

izhar

macam mn dgn nasib guru2 yg xdpt berpindah ikut pasangan,,, nilah yg dikatakan kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan,,,, xberperikemanusiaan langsung wahai KPM ttg nasib para guru,,, bila GSTT diserap,,, pastilah ditempatkan disekolah yang dia jadi guru sandaran,,,,nasib guru2 lain yang berjauhan masih tidak dapat berpindah....macam nie ka slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan???

khairil khusairie rahmat

"tahun ini kementerian tidak lagi mengambil GSTT dan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memberi peluang kepada GSTT sedia ada diserap sebagai guru tetap terlatih." ayat yg diberikan hanya kepada penutupan pengambilan pada tahun ini shj kan??? pihak kementerian pendidikan akan membuka semula pada next tahun berikutnya ???

ija

saya sudah berkhidmat sebagai gstt selama 2 tahun tetapi masih belum dapat surat tawaran untuk disambung semula perkhidmatan...macam mana ya?

siti

syukur, saya nasihatkan kepada yang berjaya mengajarlah dengan ikhlas dan berilah perkhidmatan yang terbaik demi bangsa dan negara...

hlinda

terima kasih kerajaan kerana membela nasib guru-guru GSTT. Namun bagaimana dengan nasib pekerja-pekerja kontrak di bawah PRE? Mohon untuk dikeji perkara ini

Moses anak Etap

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan rasa kesyukuran diatas pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran bahawa seramai 13 ribu guru sandaran yang telah ditamatkan kontrak sebelum ini akan diserapkan ke jawatan tetap sebagai guru terlatih. Akan tetapi saya sebagai GSTT yang baru sahaja dimaklumkan bahawa kontraka saya akan ditamadkan pada 31 Ogos 2011 ini ingin mengemukakan beberapa kekeliruan belum jelas lagi mengenai bagaimana perlaksanaan proses itu nanti. Antara pertanyaan yang ingin saya kemukakan adalah seperti berikut:

1. Bilakah Surat Tawaran itu akan dikeluarkan dan bilakah kami boleh mendapatkannya?
2. Sekiranya kami yang telah ditamatkan kontrak ini telah bekerja di sektor lain ataupun masih belum mendapat pekerjaan semenjak ditamatkan kontrak, adakah kami juga akan turut ditawarkan kontrak seperti guru GSTT lain yang sedang berkhidmat?

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan keprihatinan kepada pihak kerajaan kepada kami GSTT dan bekas GSTT. Sesungguhnya, pengumuman terbaru oleh Timbalan Menteri Pelajaran ini adalah sesuatu yang telah lama kami tunggu dan telah memberi harapan baru kepada kami yang mempunyai minat dalam bidang perguruan ini.
Sekian, terima kasih.

Norazama Basri

sokong sgt gstt dserap dgn mjalani kursus.. Dan rasa nya kpli tak patut dmansuhkan. Sebabnya ramai yg lepasan U lbh2 lagi d Sarawak msh blum mdpt pluang pkerjaan. D Sarawak msh kekurangan guru siswazah, dan rasanya tak kpli blh membantu masalah kekurangan guru dan pgangguran.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat