{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Komplot ulat, pegawai imigresen

Posted: 25 Aug 2011 12:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ada kakitangan Jabatan Imigresen dikesan bersekongkol dengan ejen luar atau 'ulat' dan mengenakan caj lebih rendah daripada yang dikenakan syarikat pengurus yang mendaftar pekerja asing dan pendatang tanpa izin menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (Program 6P) walaupun jabatan itu menyediakan perkhidmatan secara percuma.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Insan allah

Itu baru ulat-ulat, cuba check yg bersekongkol ngan ejen tu sendri, ada lg yg siap ada share ngan syarikat agensi tu lg, kebanyakannya org2 atasan n YB2 yg dlm politik, menggunakan jawatan utk kepentingan

en prihatin2

rm2 tu di Thailand ke Malaysia?saya pasti en xthu bezakan antara imigresen Malaysia dgn imigresen Thailand sbb yg cas RM2 tu imigresen thailand jer..pastu,kalo bnda ni betul,nape SPRM xde duk bising2 lak?

en liang

selalunya org malaysia yg suka kutuk pegawai imigresen malaysia adalah org yg x pernah keluar negara..kamu cuba tgok dlu kerja imigresen luar baru kamu kutuk org sndri..

Toyo Unser

Emh ada lagi prasit dlm jabatan / agensi kerajaan walaupun dah diberi pelbagai insentif, teguran dan tindakan.. kesal.. sungguh kesal.

Aliah Ali

Nilah yang dikatakan harapkan pagar,pagar makan padi dan menagguk di air keruh

MUSA BIN OMAR

kalau niat nak tolong org.mereka patut dihargai pertolongannya tetapi jangan ambil kesempatan kesusahan orang lain.saya mencadangkan agar sistem bernombor apabila berurusan seperti ini seperti yang berlaku di bank atau pejabat imigeresen sendiri.kalau sudah ada abaikan cadangan saya ini.

nan

Imigresen lagi.... x abis-abis buat hal...

rafie

semua ambik kesempatan

mohd

rasuah hanya akan terhapus di Msia sekiranya yg berada di kedudukan teratas bersih maka yg di bawah akan takut melakukan nya. Bak kata perpatah melayu, bapa burik anak rintik.

fuad

kerajaan perlu menyediakan plan untuk menangani pegawai yang tidak berminat utk. bekerja dgn.jujur seperti makan rasuah,ponteng kerja .mereka ini banyak menyusahkan kerajaan dan orang awam.jadi jln.terbaik pecat saja dan ganti dgn.oarang lain,ramai lagi nak cari kerja..

eew

tak semua macam tu. tapi pengelaman di tipu staff imegresen sekitar tahun 90an akan jadi kenangan. mcmana nak hormat kamu orang

PALAU

JANGAN SALAHKAN PEGAWAI.... TAPI LUMRAH MANUSIA???? BILA KITA TEGAS ORANG KATA TAK MESRA, SOMBONG GILA KUASA TAPI BILA KITA BERBAIK DENGAN PELANGGAN SENYUM DAN MESRA DIAORANG CAKAP HANYA ADALAH YANG TAK KENA.... MANA SILAPNYA .... RAKYAT YANG SENTIASA DIMANJAKAN .... FIKIR - FIKIRLAH SENDIRI ....

wak parjo

manusia...... selagi belum di kapan begitu le..

luqman

Susah nak cakap memang dah jadi darah daging mereka agaknya, rasuah rasuah rasuah gaji kecil kot. Tulah pinjam byk sangat. Kalau mcm ini lah yang dikatakan berintegeriti, hahahah baik tak payah kerja, dahlah berlagak. "Tak boleh kurang encik kita ikut undang-undang" Kata-kata inilah yang saya benci sangat, apa diaorang ingat saya tak ikut undang-undang, kalau kita jujur sekali pun kena bayaran macam-macam, apa bezanya mereka yang melangar undang-undang sama saja. Beza yang saya nampak, yang jujur kena bayar macam-macam yang tak jujur (haram) kena bagi pengampunan, betul-betul tak puas hati. Marahkan orang kata macam ini, kamu ingat orang tak marah dengan kamu, kalau tiada urusan sumpah saya takkan berurusan dengan imigresen, buat darah tinggi saja.

anna

hai..tak habis-habis masalah PATI..kenapa perlu kerajaan lanjutkan tempoh?.Perkara seperti ini tidak akan dapat selesaikan masalah..asyik lanjut tempoh..Tak serius ..pasal itulah Ulat dan Pegawai Imigresen buat duit..

zul

manusia sentiasa tamak dan haloba,,,pegawai x beramanah pecat je

zahari a. hasan

bila nak habis kes kes rasuah kat malaysia ni.. orang orang macam ni patut buang negara jer..

abhadi

rasanya perkara ni dah lama barangkali. Tapi yang sangat jelas dulu apabila ulat-ulat ini potong queue tanpa perlu menunggu nombor. Kalau ada nombor pun dikatakan terlepas dan pelbagai alasan. Kesudahannya panggilan bagi nombor giliran terhenti untuk masa yang panjang untuk mereka menguruskan si pemotong queue tadi. Cuba perhati betul-betul. kalau dah berubah dan insaf, bagus lah.

Suhardzie Bin Abdul Rahman

laporkan kepada polis dan sprm. jangan menuduh tanpa bukti.

DINO

PERBUATAN PENYELEWANGAN DAN PENYALAHAN KUASA DIKALANGAN KAKITANGAN KERAJAAN HARUS DIBENTERAS DAN HARUS DINYAHKAN DARI PERKHIDMATAN KERAJAAN. IBARATKAN HARAPKAN PAGAR. PAGAR MAKAN PADI.PENGKIANAT DAN PENDERHAKA KEPADA NEGARA.

en prihatin

sila periksa bhgian imigresen di sempadan juga.setiap warga malaysia yg nak ke thailand akan dikenakan bayaran rm2 tanpa diberi resit..

Zai

Begitulah Bild sesetengah Kakitangan Jabatan Kerajaan yg tidak mematuhi etika. Jabatan.Sanggup memburukkan imej Jabatan demi untuk memenuhi. kantung sendiri.

zzr

"Manusia yang paling dukacita di hari kiamat ialah orang yang berusaha mencari harta yang tidak halal (haram). Maka ia akan masuk ke dalam neraka."(HR Al-Bukhari). Dalam hadith yang lain, junjungan bersabda lima kesejahteraan di dunia ialah: 1. Ilmu(ilmu agama), 2.Ibadah, 3.Rezeki yang halal, 4. Bersabar di atas penderitaan, dan 5. Bersyukur terhadap nikmat.

Lelaki terjebak sindiket dadah Peru pulang

Posted: 25 Aug 2011 12:05 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Doa pemandu teksi yang diselamatkan wartawan Berita Harian daripada menjadi keldai dadah di Lima, Peru supaya dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama isteri dan anak berusia empat bulan di tanah air termakbul.

Ini kerana lelaki berusia 47 tahun yang tersadai di negara Amerika Selatan sejak lebih seminggu lalu akan pulang dan tiba di ibu negara pada Ahad ini hasil bantuan Kelab Putera 1Malaysia dan boleh beraya bersama keluarganya minggu depan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, semalam berkata pihaknya menerusi Sekretariat Misi Menyelamatkan Mangsa Dadah Dianiaya, terpanggil sekali lagi membantu keldai dadah selepas menaja kepulangan seorang lagi mangsa, Rosna Shariff baru-baru ini. Katanya, usaha berterusan itu membuktikan komitmen kelab untuk menyelamatkan warga Malaysia yang teraniaya oleh sindiket dadah yang kebanyakannya menggunakan rakyat asing warga Afrika sebagai ejen memerangkap mangsa.

"Ini adalah misi kedua yang dilaksanakan hasil pendedahan Berita Harian. Dia bernasib baik kerana bertemu wartawan sebelum sempat berangkat ke Sao Paulo, Brazil yang dipercayai bagi mengambil barang seperti yang diarahkan seorang lelaki kulit hitam.

"Dia tidak tahu kemungkinan barang yang bakal dibawanya itu sudah dicelup dengan bahan kimia dadah. Alhamdulillah, dia tidak ditangkap polis," katanya kepada Berita Harian semalam.

Abdul Azeez berkata, usaha yang sama akan dipertingkatkan untuk menyelamatkan banyak lagi mangsa, wanita terutama pelajar dan ibu tunggal yang dimanipulasi sindiket untuk menyeludup dadah di luar negara.
"Kita akan meminta mereka menjadi jurucakap Kelab Putera 1Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi berkongsi pengalaman terpedaya dengan tipu helah 'Awang Hitam' yang menawarkan janji manis, ayat cinta dan keseronokan bercuti di luar negara," katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan wartawannya, Halina Mohd Noor menemui lelaki berkenaan di lapangan terbang di Peru pada 21 Ogos lalu selepas selesai tugasan menemubual dan membawa pulang Rosna ke Malaysia. Hasil perbincangan dengan lelaki itu, dia bersetuju supaya diletakkan di bawah perlindungan pejabat kedutaan Malaysia dan pihak berkuasa Peru dan tidak meneruskan perjalanan ke Brazil seperti yang diarah anggota sindiket itu.

Lelaki itu, ketika dihubungi sebelum ini berharap Kelab Putera 1Malaysia dan Berita Harian dapat membantu membawanya pulang sebelum Aidilfitri kerana terlalu merindui isteri dan anaknya yang berusia empat bulan.

"Saya memohon bantuan Kelab Putera dan Berita Harian untuk membeli tiket penerbangan pulang ke tanah air dengan segera. Tiket yang disediakan sindiket tidak boleh digunakan lagi atas faktor keselamatan dan saya bimbang jika mereka melakukan tindakan yang membahayakan nyawa saya," katanya..


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat