{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jengka - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jengka - Google Blog Search


Pahang Daily Online (PDO): Isu Rakyat: Penduduk &#39;<b>Felda Jengka</b> 7 <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2011 08:22 AM PDT

MARAN, 5 Ogos - Para penduduk Felda Kenanga Jengka 7, dekat sini kecewa dengan masalah bekalan air yang masih tidak selesai-selesai di kawasan mereka. Masing-masing gusar kerana Hari Raya Aidil Fitri semakin menjelang tiba dan anak-anak cucu dan menantu mereka akan balik beraya di kampung halaman. Namun, jika masalah air yang saban tahun berlaku dan masih gagal diatasi hingga ke hari ini sudah pasti ia akan menyusahkan mereka. Menurut seorang penduduk, maslaah air di Jengka 7 sudah berlarutan lebih dari 40 tahun. "Macam-macam cara dah kami buat untuk pulihkan keadaan, tapi sampai sekarang isunya tetap sama. Anak-anak kami bila nak balik raya pasti akan tanya dulu air ada atau tidak. Mereka takut untuk balik berhari raya di kampung gara-gara masalah yang tidak berkesudahan ini" katanya. Sebenarnya, isu air di kawasan tersebut pernah dikeluarkan di media arus perdana sebelum ini. Namun apa yang pasti tindakan susulan tidak berkesan hingga setakat ini. Ada saja alasan yang diberikan oleh pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) bila masalah ini diajukan. Tambah malang lagi apabila musim kenduri kendara pun masalah air tetap berlaku. Ia bukan sahaja menyusahkan penduduk, malah pihak yang terbabit. "Pernah berlaku kejadian, ada kematian tetapi air tak ada untuk mandi jenazah.. cuba bayangkan. Bukankah ini sesuatu yang amat menyedihkan sebenarnya", kata beliau lagi.[Akibat masalah yang tidak berkesudahan itu juga, menyebabkan pernah berlaku seorang penduduk cuba menyerang kakitangan JBA yang bertugas di Loji Air Jengka 4. Mujurlah tidak ada insiden yang memudaratkan berlaku. Masalahnya, kenapa bila ada yang membayar jumlah wang tertentu maka air akan naik ke kawasan mereka. Perkara yang sama juga berlaku kepada tanah rancangan lain termasuk Jengka 5 yang berdekatan. Namun, ia dilihat selesai selepas ada tindakan daripada para penduduk dan Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan. Kini penduduk Jengka 7 terus dibelenggu "Trauma" jika masalah air tidak selesai menjalang 1 Syawal. Bukan sekali perkara ini berlaku, tetapi tiap-tiap tahun. Sampai bilakah mereka harus hidup begini?. Justeru itu kepada pihak yang berkenaan, silalah ambil tindakan segera dan pastikan masalah ini tidak melanda merek pada Hari Raya Aidil Fitri ini lagi. Kami akan memantau serta membuat laporan eksklusif seterusnya tentang isu ini].

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat