{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


MoU amah tidak ditepati

Posted: 19 Sep 2011 03:33 PM PDT

MukaDepan

Menteri Sumber Manusia hairan Jakarta membisu isu pembantu rumah

PUTRAJAYA: Malaysia mempersoalkan tindakan Indonesia yang terus membekukan proses penghantaran pembantu rumahnya ke negara ini walaupun kedua-dua negara sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenainya di Bandung, Mei lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam yang menandatangani MoU itu dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar, berkata sehingga sekarang kerajaan Indonesia juga tidak menyatakan sebab pembekuan itu tidak ditarik balik. "Saya sendiri masih tertanya-tanya sebab sebenar Indonesia enggan menarik balik arahan pembekuan penghantaran pembantu rumah mereka ke Malaysia, padahal Malaysia sudah mematuhi segala syarat dan tuntutan yang dipersetujui bersama dalam MoU itu.

"Anda kena tanya Kerajaan Indonesia kenapa mereka masih tidak menunaikan perjanjian seperti dipersetujui, walaupun kita sudah memenuhi semua tuntutan mereka," katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri kementeriannya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa Kerajaan Indonesia belum menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah warga negaranya, walaupun MoU berkaitan sudah ditandatangani empat bulan lalu.

Subramaniam berkata, pihaknya akan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membangkitkan semula isu itu dalam pertemuan dengan Presiden Indonesia ketika dialog tahunan kedua-dua pemimpin terbabit.
Indonesia membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 25 Jun 2009 atas alasan banyak aduan mengenai pembantu rumah didera oleh majikan di negara ini.

Pada 2 September tahun sama, Malaysia dan Indonesia bersetuju membenarkan pembantu rumah republik itu di negara ini diberi cuti sehari dalam seminggu dan mereka juga dibenarkan menyimpan pasport ketika berada di sini.

Pada 18 Mei 2010, Najib selepas perbincangan empat mata dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, mengumumkan bahawa kedua-dua negara menandatangani satu Surat Hasrat berkaitan bidang tenaga kerja yang membawa kepada MoU, Mei lalu.

Antara syarat dipersetujui dalam MoU itu adalah majikan Malaysia dijanjikan pembantu rumah gantian atau ganti rugi deposit dari agensi pekerjaan yang terbabit sekiranya pembantu rumah melarikan diri, tidak efisien atau gagal ujian perubatan dalam tempoh enam bulan.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata, kerajaan bercadang memperkenalkan had usia persaraan, mungkin 58 tahun bagi pekerja sektor swasta sebagai langkah jangka panjang bagi meningkatkan produktiviti dan kebajikan menjelang 2020.

Katanya, langkah itu perlu kerana ketika ini usia persaraan pekerja swasta tidak selaras dan ditentukan majikan, manakala usia persaraan kakitangan kerajaan ditetap pada 58 tahun.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

alnina

kenapa lah kita harus paksakan diri untuk mengambil amah dari indon klu mereka berlagak sombong peduli apa bukan pun kita cari makan ngan d orang kenapa kita harus menghormati mereka sedangkan kita yg bagi makan kat d orang

Fatimah Hj. Tenain

Saya setuju dengan komen Nor, sikpayah bergantung sangat dengan Amah Indonesia. Kalau ada alternatif lain, kita boleh ambil dari negara-negara lain seperti Kemboja atau Thailand. Asalkan mereka sangup bekerja di M'sia dengan gaji yang berpatutan dan tidak demand sangat seperti yang diminta oleh Kerajaan Indonesia. Terima kasih.

Hashim Linda

Kalau dah dasar Indon, tak boleh nak buat apa. Klau menipu dan merosakkan rumahtangga org memang dah kerja dia

marsitah

xyah amek amah indon la...naik lemak la dorng ni.over!!!klu bgs sgt xpe.

YUSRI

YB Menteri, dah banyak duit habis. Sememangnya kita memerlukan pembantu rumah tapi ramai yang datang ke sini ada agenda lain. Ramai yang mengalami keperitan yang serupa - saya sendiri menanggung kerugian berbelas ribu RM apabila pembantu rumah lari dalam tempoh tak sampai seminggu! Yang ada pun belum tentu kerja ikhlas... berapa ramai yang keluar rumah dan tinggalkan anak kecil semasa majikan bekerja; berapa ramai yang membawa masuk lelaki lain ketika majikan tiada di rumah. Bagaimana pula dengan kes curi?

rashid

kita tidak seharusnya terlalu bergantung kepada amah dari indonesia, saya percaya banyak lagi negara jiran yang boleh menghantar amah untuk bekerja disini. jangan kita beranggapan amah dari negara jiran yang lain tidak bagus. kita tidak tahu baik atau tidak baik sesuatu yang belum diuji dan dinilai.

eja

lebih baik xyah anta terus..cuba lah bg peluang kpd rakyat kita..lg pon terlampau ramai sngat PATI kat kat sini..

Sahak

X payah htr terus pun laaaagiii bagus.... dah ramai sgt PATI kat sini.....

Nor

Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada Indonesia kerana 'amah'yg dihantar ke sini tidak berkualiti dan gajinya mahal. Setelah 3 bulan bekerja mereka cabut lari sedangkan kita sudah bayar beribu ringgit bagi levy mereka. Mungkin kita perlu ambil dari kemboja dan latih org kemboja ini bercakap bahasa Malaysia. Org kemboja masih miskin dan perlukan bantuan sedangkan Indonesia sudah kaya dan banyak perusahaan maka 'amah'nya juga sudah pandai demand.

1malaysia

kesian negara kita...

Yangretibase

Pulaukan saja amah Indonesia. Dapatkan amah yang lebih baik dari negara-negara lain. Atau lebih baik, galakkan warga tempatan menjadi pembantu rumah.


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat