{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Mat Sabu kena dakwa

Posted: 20 Sep 2011 03:28 PM PDT

MukaDepan

Dihadap ke mahkamah kerana kenyataan iktiraf pengganas komunis

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, berhubung kenyataannya yang mengiktiraf pengganas komunis terutama Ahmad Indera atau Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar dan pejuang kemerdekaan negara, bulan lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan didakwa mengikut Seksyen 500 kerana memfitnah yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Sementara itu, Mat Sabu yang tiba di pekarangan IPK Pulau Pinang tepat jam 8.30 malam tadi dengan diiringi beberapa anggota polis yang menunggunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ditahan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis 35 minit kemudian.

Beliau tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur, hadir selepas mengetahui waran tangkap ke atas dirinya sudah dikeluarkan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, pada sidang medianya malam tadi, berkata polis menerima lebih 1,000 laporan dari kalangan keluarga mangsa Bukit Kepong, bekas polis dan orang awam dibuat ke atas pemimpin PAS itu selepas mengeluarkan kenyataan bulan lalu.

Bagaimanapun, polis memberi tumpuan kepada tiga pengadu yang juga waris mangsa Bukit Kepong iaitu dua wanita dan seorang lelaki yang menganggap kenyataan Mat Sabu sebagai satu fitnah terhadap perjuangan ahli keluarga mereka.
"Sebelum ini, beliau disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan mendatangkan khianat awam.

"Bagaimanapun selepas semua fakta dan bukti diteliti, esok (hari ini) beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah," katanya.

Sebuah akhbar dalam laporan 27 Ogos lalu, melaporkan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, dekat sini, pada 21 Ogos lalu menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak terutama keluarga anggota polis yang terbunuh dalam kejadian itu dan menuntutnya memohon maaf.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, sebelum itu, turut mengecam kenyataan Mat Sabu dan mahu beliau menarik balik kerana peristiwa di Bukit Kepong tidak boleh dipertikaikan serta mesti diterima kerana dokumen sejarah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang komunis.

Sementara itu, di Shah Alam; kediaman Timbalan Presiden PAS itu di Jalan Belat 19/32C, Seksyen 19, di sini, disimbah cecair dipercayai petrol, tengah malam semalam dipercayai ada kaitan dengan polemik yang dicetuskan itu.

Hanya sebahagian kecil pagar rumah teres dua tingkat itu terbakar dan berjaya dipadamkan jiran pemimpin PAS itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

akmal

saya rasa kita jgn salahkan sape2 . Kita tahu polis bertugas atas suci hati mereka . Mereka mmpertahan diri bila d serang cuma bezanya ialah polis tika itu adalah berbangsa melayu yang berugama islam yang terpaksa bekerja dgn inggeris pada tika itu .Soal mat indera , tiada siapa dari kita yang boleh menjadi saksi penting yang dia terlibat secara lansung dgn peristiwa bukit kepong itu . Kita cuma tahu dia adalah golongan haluan kiri yang menentang penjajah inggeris dan jepun .Yang berlaku biarlah ia jd peristiwa yg boleh di jadikan pengajaran . kita usahlah berburuk sangka pada sesama islam .Tuhan kita satu . Tok nek kita juga satu .

adam Ichigo

kalau fikir kita cerdik, ada orang lebih cerdik dari kita, kerana mulut badan binasa.

RamboJr

janganlah kerana nak kejar populariti fakta sejarah nak di ubah. dapatkan bukti2 yang kukuh dahulu, barulah buat sesuatu kenyataan.. wallahu a'lam.

rizal bin sahit

lagi banyak cakap lagi kesilapan yang dibuat, lebih baik diam.

orgutan

British dah janji masa tu akan merdekakan Tanah Melayu, Komunis tak pernah janji, nak buat Negara Komunis nusantara ade la. Komunis tu atheis, tak percaya tuhan. Ade plak org dgn nama agama, bleh support komunis.

kamdin kamarudin

saya dah jemu dgn mat sabu..orang kita yg tak sedar diri..menyakiti bangsa sendiri.insaf lah,jangan buat dosa lagi,balik ka pngkal jalan.kita sebagai bapa,setiap perbuatan kita itu sama ada baik atau buruk, akan memberi tempias kapada keluarga kita yang tak berdosa

mohamed

Sblum ni dah i kata padahlah kau mat sabu, mula2 anak bini kena ugutan dgn acid, lepas tu rumah pula hndk dibakar ni skrang kne naik makhmah, kan tu cari susah. Mana wira mat indera dn kawan2 skrang smua dah cabut. ku harap kau diampunkan.

AZAD454

biarkn saja mat sabu trjun dg labu2nya

mohd khan sidil

Setakat minta minta maaf tidak cukup untuk mengubati hati waris anggota polis dan orang awam yg tekorban. Jangan pula nanti beliau gagal didakwa di mahkamah atau mainan politik semata-mata.

carlos santiagos

Mat Sabu oh Mat Sabu..Ade je polimik nk tarik phatian..Dulu ckp Pak Lah taukey b***. la ni ckp komunis hero sbenar...hang tu hero apalak? owg lain politik gak tapi x lah sampai nk tukar sejarah..nnti Jepun lak di kata pejuang sebenar utk kebebasan Asia..

sabun

Mulut Mat sabu berani ckp...Polis kena berani amik tindakan

khalik

pemimpin yang baik dan beragama adalah menjaga tutur katanya. fikirkanlah.

anak

kesihan rakyat malaysia kerana fakta dan cerita sebenar bukit kepong telah ditutup dan dikelirukan oleh segelintir manusia yang berkepentingan dan ingin terus berkuasa

azarudin man

Macam-macam lah, kita tengok jea lah siapa yang bersalah...

shaiful

sepatutnya perkara ini tidak perlu lagi dibangkitkan kerana telah menjadi sejarah negara penentangan kita terhadap komunis.

Mat Sabu perlu lebih bersikap profesional dengan bersama-sama kerajaan memikirkan bagaimana meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat kerana semakin hari rakyat semakin tertekan dengan segala keperluan yang semakin mahal dan membebankan.

Tak perlu dikorek semula cerita lama untuk kepentingan politik. Rakyat dah jemu dengan cara ini. Sekarang fikirkan untuk kepentingan rakyat!

Aman yusof

Setiap amal perbuatan manusia akan menerima kesan baik atau tidak baik hasil dari tindakan itu. Berfikirlah dahulu sebelum melakukan perkara-perkara apa pun.

Fairuz Zainal Aarif

Kerana pulut santan binasa....Kerana mulut badan binasa.

zakir husin

Kalau kejar dunia, dunia akan lari....
kalau kejar akhirat, dunia akan kejar kita.....


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat