{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda perasu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda perasu - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda perasu</b> - Google Blog Search

Posted: 22 May 2011 12:00 AM PDT

Bergerak lebih kurang pukul 11.3opagi. Kami bertujuh memikul beg2 besar bergerak ke Hentian Putra, pada hari jumaat 13 May 2011. Macam biasa bile sampai sana, merayap ke The Mall. Pukul 2 petang bas bertuah tiba untuk transfer kami ke Gua Musang. Bas kali ini istimewa sikit. 2 tingkat dan tanpa air cond. Ye bas besar dua tingkat takde aircond memang sangat best. Macam sauna bergerak dah.huhu...


Sepanjang perjalanan memang tak selesa dengan panas yang membara berpeluh2. Tapi nasib baik ade pakcik yang bising kerenahnye menghiburkan kami dalam bas tersebut.huhu...
Tiba di Merapoh (ala2 R&R) sekitar jam 8 malam. Lepak jap untuk solat dan minum2 sambil menyaksikan kemalangan secara live.huhu... Kemudian bergerak terus ke Gua Musang, destinasi percutian yang menyeksa diri untuk mengenal diri.hehe...

Tiba di stesen bas Gua Musang kami di jemput geng2 guider dan ditransferkan ke umah abah. Sampai umah abah, makan dan packing barang untuk pendakian keesokan harinya.


14 May 2011, bermula la perjalanan kami...dari umah abah kami seramai 16 orang (team UPM 7 org, KL 2 org, Guider 7 org) bergerak ke kawasan Felda Perasu dengan menaiki bas. Dari situ kami akan bergerak melalui trek balak sampai masuk utan.
Tiba di Felda Perasu kami breakfast dulu, kemudian mendengar briefing dari guider (abah n abe long) sebelum bergerak melalui trek balak yang membosankan dan panas.huhu...
Selepas selesai briefing, kami bergerak lebih kurang 8.40pagi menuju ke Kem Milo. Untuk sampai ke trek berbukit kene melintasi 3 anak sungai. Sungai Milo gak rasanye cuma sungai tu panjang dan blingkar2.

Kemudian kami tiba di satu campsite org pembalakan dalam pkul 11.30pagi dan berehat jap sebelum nak mendaki bukit berbatu yang tinggi dan panas.hehe. Trek awal2 ni memang saiko gile sebab terdedah dengan panas dan boleh nampak ke tinggian bukit tu secara direct. Masa tu pulak baru lepas ujan so trek berbatu tu agak licin dan merbahaya. Tapak tangan aku kene gigit batu kat sini.hehe...Singgah di Kem Balak untuk lunch.

Pejalanan diteruskan sampai ke Lorong Tikus. Tiba di Lorong Tikus dalam pkul 2.30ptg. Start dari Lorong Tikus dah masuk trek hutan. Masuk trek hutan ni lege la skit sbb tak panas sgt. Tapi pendakian Rabong ini sangat mencabar. Lepas naik, naik, lepas naik, naik.huhu...


Dari Lorong Tikus kami slow2 bergerak menuju ke Kem Kor. Start kat Lorong Tikus kami dah berpecah kepada 3 group. 1st group duk depan sbb gerak laju. Aku duk 2nd group sbb gerak slow rock.hehe. group 3rd paling slow skali sbb dorg beban bawak tali. Kitorang 2nd group ade guider abe long n abah gerak slow sbb xnak drag jauh sangat dari group 3rd.


Sampai Kem Kor dah pkul 7 malam tapi keadaan masih cerah lagi. Headlamp dah stenby la. Berehat agak lama di situ sbb kepenatan mendaki. Agak2 lepas maghrib kami teruskan perjalanan. Agas pun dah mula menyerang, kami pun terus bergegas menuju ke checkpoint seterusnya Kem Permatang.

Tiba di Kem Permatang tak ingat pukul bape. hari dah gelap dan sejuk sebab dah berada di permatang, tempat tinggi. Berehat lagi kat sini sbb mendaki tak henti2.huhu...


Dari Kem Permatang kami ke checkpoint seterusnya Kem Buluh. Baru nak angkat step 2-3 langkah, betis kiri dah menarik2 krem.adoyai. rehat lama sangat ar ni. Tapi nasib baik sempat recover. Tapi pergerakan aku bertambah slow lagi sbb takut krem lagi. Prinsip aku senang je, mendaki jauh mana pun xkisah mesti sampai punye, asalkan jangan krem atau injured.hehe...

Dari Kem Permatang nak ke Kem Buluh tak jauh pun, aku pun tak perasan dah sampai sebab fokus dengan trek. Kami rehat amik nafas kejap je kemudian terus ke checkpoint seterusnya iaitu Helipad. Helipad ni dulu dorg penah buat Eco Challenge kat sini so ade la helipad ni. Guider abe long cakap kat kawasan helipad ni cantik sbb macam taman. Tapi aku tak sempat menikmati pun sebab penat sangat+gelap+fokus kat trek nak sampai campsite tido.huhu...

Sumber air pun dah berkurang, kami terus direct ke checkpoint terakhir iaitu Kem Taman. Group 1st sampai kat Kem Taman seawal 6.30 dah. Start dali helipad tadi betis kanan aku pulak menangkap tarikan krem.huhu... nasib baik la dah dekat dengan campsite. Kami 2nd group sampai kat Kem Taman lebih kurang pkul 10mlm kot.

Sampai2 je regang2 kan kaki dan sedut air teh o panas byk2.huhu... Group 3rd masih xsampai lagi. Pastu dpt panggilan utk g rescue sbb dah krem & pewai masing2.huhu... Tapi masa tu dorg dah dekat dah. Kat Helipad kalo tak silap.

Alhamduliallah semua dah selamat sampai ke Kem Taman. Mandi, makan, tido. Kat situ memang kene tido pasang hammock sebab xbyk kawasan rata nk pasang fly ground. So bertingkat2 la kami tido.hehe...



15 May 2011... Malam semalam tido tak lena sangat sebab sejuk menggigil. Bangun makan pkul 9 pagi bergerak menuju puncak. Dah nama pun mendaki gunung, perjalanan hari ini penuh dengan pendakian memanjat-manjat. Untuk sampai ke puncak dari Kem Taman tak jauh pun.
Dalam 11.30 pagi kami dah sampai puncak. Sampai puncak huray-huray amik gambar layan air sprite amik gambar lagi huray-huray lagi.hehe...Suasana kat puncak ofkos la sejuk, byk pokok bonsai dan periuk kera. Tapi view xnmpk ape sebab awan kabus je. Abah cakap kalo langit clear bleh nampak puncak Gunung Tahan dari sini.

Panjat Rabong ni keseronokkannya bermula bile masa nak turun. Dah setel enjoy atas puncak, bermula perjalanan turun pulak. Kami tak turun ikut trek sama. Kami ikut trek waterfall. Aku kalo panjat gunung time naik ok lagi, tapi kalo time turun ni yang sakit sket. Jari kaki sakit sebab main brek2 time turunkan. Start turun dah mula ikut trek anak sungai. Memang trip Gunung Rabong ni main air je hari-hari.

Alhamdulillah cuaca baik masa turun tu. Hujan skit2 je awan lalu. Sampai kat campsite waterfall dalam pukul 5 petang. Trek tu kalo ujan lebat kompom xleh jalan. Air kompom besar pye. Sampai campsite rehat2 setup tempat tido, masak2, mandi2, amik2 gambr waterfall skit pastu berehat.

Petang tu dalam pkul 6.30 hujan dah start turun. Turun dengan lebat skali sampai kepala air pun muncul. Tu first time aku nampak kepala air. Dah la campsite kami betul2 tepi waterfall. jarak dengan sungai dalam 10 meter je. Hujan lebat sampai pkul 9 lebih. Malam tu kami hanya berjaga2 je sepanjang ujan tu. Sebab air sungai makin lama makin naik. Tapi alhamdulillah hujan semakin reda pastu berhenti. Makanan yang kitorang masak petang tadi taksempat makan lagi. Nasib baik masih ok lagi.hehe...



Malam tu tido dalam keadaan lembab skit. Hammock masing2 lembab sebab tempias air. Tapi smuanya selamat. Malam tu rehat lama skit sebab penat gile trekking smalam. Pastu malam tido tak selesa pulak. Itulah nikmatnye masuk hutan.hehe...

16 May 2011...Dalam keadaaan bermalas2 bangun makan dan bersiap untuk perjalanan seterusnya. Trek hari ni pendek je. Tapi byk abseilling. ada 4 kali abseilling kene tempuhi hari ni. Trek lereng2 bukit kalo jatuh kompom sakit.huhu...

Abseil pertama tak tinggi sangat. Macam bangunan 2 tingkat je. Abseil kedua pun tak tinggi sangat. Abseil ketiga yang paling tinggi. lebih kurang bangunan 5 tingkat. Abseil ni yang paling best sebab paling tinggi. Memang layan gile masa turun tu.huhu... Abseil keempat ni kami panggil abseil negaraku sebab batu dy tegak je. Memang enjoy la trekking hari ni sebab main air dan abseil. Tapi memakan masa yang lama sebab kene tunggu giliran dan nak setup tali sambil trek kene lompat2 batu sungai dan lalu lereng2 bukit. Trek yg kami ckp babi pun tak lalu.hehe...


Sampai campsite hari dah gelap. Kami buka campsite betul2 tepi sungai. Memang gamble gile. Tapi escape route kalo kepala air datang dah ada la. Alhamdulillah malam tu langit sangat clear dengan bulan purnama so semuanya selamat. Malam tu tido dengan nyenyaknye...

17 May 2011...Rasa memang malas nak bangun. sebab port tu memang best. Masing2 bangun lewat. termasuk guider2 skali.huhu...

Laluan trek hari ni betul2 ikut sungai. Lompat2 batu lagi. Tapi cuaca hari ini agak mendung sikit. So kami bergerak pantas. Dalam time tengah hari hujan dah mula turun rintik2. Pergerakan kami semakin pantas. Trek pun dah byk lalu tepi tebing sungai. in case kalo kepala air dtg boleh panjat tebing je. Kemudian hujan semakin lebat. air sungai semakin laju. Kami masih ikut trek sungai lagi. Daun2 kering kayu2 kecik dah mula nampak atas permukaan air. Petanda awal kepala air ni. Kami terus bergerak sampai trek masuk hutan balik. 15 minit kami lalu trek hutan, kepala air pun datang dengan lajunya. Alhamdulillah kami semua selamat...


Trek hutan hari ni mencabar gak. laluan lereng2 bukit celah2 batu. Kemudian sampai ke waterfall tinggi. Kat situ tak wat abseil pun. Turun ikut trek tepi je. Tapi waterfall tu memang cantik gile. Kitorang dapat tengok dari tebing tinggi je. Tapi percikan air dari waterfall tu boleh rasa kene kat muka. Masa sampai kat waterfall tu hujan dah berhenti dan matahari memancarkan sinarnya lalu terbentuklah pelangi kat waterfall tersebut. Memang cantik sangat. Aku tak boleh nk amik gambar sebab percikan air byk sgt. So save dalam otak je la.hehe...

Lepas take five 30 minit kat waterfall tu kami teruskan perjalanan dan terpaksa cari tempat untuk buat campsite sebab trek seterusnay kene lalu sungai. Tapi air sungai agak besar so esok je la sambung.huhu...


Sampai campsite awal. Dalam pukul 4 petang dah sampai. Setup tempat tido, mandi, masak dan berehat je malam tu. Malam tu buat sharing skit dengan team UPM sebab esok hari last. Dah nak kua hutan.

18 May 2011...Pagi2 dah bangun sebab nak gerak awal sebab masing2 dah nk balik.hehe. Tapi aku rasa macam nak stay kat situ lama lagi. Best pulak port tu.hehe... Gerak seawal jam 9 pagi. Tanpa brekfast berat2. Just minum air je sebab target nk makan kat last waterfall.

Trek hari ni paling best. Laluan sungai dan sampai kat satu tempat tu kitorang panggil sunway lagoon.hehe... Sebabnya kene main gelongsor kat batu sungai tu. Macam kat sunway lagoon.hehe... memang best. Haversack masing bungkus dengan plastik hitam. Bungkus pun masuk air gak.huhu... Itu laluan paling best la. Dan mafla aku hanyut kat tempat ni. Cis betul. Xperasan sebab asyik sangat main air sampai hanyut mafla.huhu...


Kemudian perjalanan kami diteruskan. Haversack dah basah lencun berat gile.huhu... Trek masih ikut sungai. Sungai berlingkar2 so ade trek yang kami potong ikut hutan. Akhirnya sampai ke last waterfall.
Makan tengah hari kat situ. Dalam perjalanan tadi aku tak tau kena ape kat aku, bile sampai kat last waterfall tu badan rasa gatal2 pastu muka jadi bengkak2. Aduh spoil mood skit masa tu. Nak layan fotografi pun malas. Abah cakap kene tahi ulat. Aku pun tak tau kenapa. Pastu lumur badan & muka dengan garam dan biarkan kering dalam setengah jam. Masa muka bengkak tu nak bukak mata pun susah. Tak tau la rupa aku masa tu cmne.huhu...
Alhamdulillah pastu bengkak tu dah susut. Tapi tak hilang lagi la.
Setel makan kami teruskan perjalanan pulang... Dari last waterfall nak sampai ke umah abah dalam sejam lebih je. Sungai tu kalo folo memang sampai belakang umah abah. tapi jauh la. Perjalanan diteruskan sampai ladang sawit Cheng Teck.
Sampai kat ladang tu haversack kami diangkut naik 4x4 en. halim untuk dihantar ke umah abah. Kami pun menapak dari ladang sawit tu sampai ke penempatan berdekatan. Kat situ ade kedai. So ape lagi layan air puas2 la.huhu...
Kemudian teruskan menapak sampai landasan ketapi dan tunggu 4x4 tadi utk pick up kitorang. tak larat dah nak menapak sampai umah abah.huhu...
Sampai umah abah dalam pkul 6 petang. Akhirnya kehidupan kembali normal...
Malam tu kami team UPM bertolak balik naik train pkul 10.30mlm dari stesen Gua Musang. Tamatlah sudah pendakian yang paling ekstrem ni.hehe...

Alhamdulillah semuanya selamat. Pergi dan balik seketul. Ini merupakan pengalaman paling best panjat gunung. Aku comparekan gunung rabong dengan gunung tahan yang aku panjat tahun lepas. Ternyata gunung rabong lebih mencabar. Tapi setiap gunung tak sama. Masing2 ade kelebihan dan kekurangan masing2.

Guider yang jaga kami semuanya best2 belaka. Tak pernah nk push kitorang utk gerak laju. Yang penting selamat sampai.

Persoalan yang selalu timbul kalo panjat gunung ni. Kenapa la kite susah2 panjat gunung pastu lepak kejap kat puncak pastu turun balik?

Jawapan aku sebab nak amik gambar je.hehe...

Gunung Rabong. repeat? xdehal.hehe...

THANKS TO ALL GUIDER AND PARTICIPANT

abah
abe long
madey
abg man
kebok
jugah
mirul
lehe
captut
kude
ella
mcd
maz
jaja
fara
indra

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat