Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
‘Itali tewas’ 4 das Posted: 02 Jul 2012 03:07 PM PDT JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis kini koma selepas ditembak empat das oleh rakan setugasnya ketika berselisih faham ketika mereka bersama-sama menonton perlawanan akhir kejohanan bola sepak Euro 2012 antara Itali dan Sepanyol menerusi skrin besar di sebuah premis hiburan, awal pagi semalam. Pertembungan dua pasukan bola sepak gergasi Eropah itu berkesudahan Sepanyol yang terkenal dengan jolokan La Roja menumpaskan pasukan Azzurri 4-0. Kejadian berlaku di sebuah premis hiburan di Taman Nusa Bestari, di sini, pada jam 4 pagi dan mangsa seorang konstabel berusia 24 tahun berasal dari Sarawak. Sumber polis berkata, mangsa ditembak di perut sebelum rebah di tempat kejadian.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Umpan anjing untuk ‘pesalah’ Posted: 02 Jul 2012 03:07 PM PDT SARATOK: Selepas hampir dua minggu menjadi buruan, akhirnya buaya paling dikehendaki kerana membunuh seorang wanita, Sia Munsong, 42, pertengahan bulan lalu, tewas di tangan seorang bomoh di Lubok Nanga Sungai Nyiar, Roban, pagi semalam. Penangkapan buaya jantan hampir empat meter panjang oleh Indet Senabong, 49, yang juga pawang buaya terkenal, hasil penggunaan umpan anjing yang mengena pada jam 8.30 pagi. Menurut Indet yang berasal dari Ulu Paku, Spaoh, mereka turun memasang umpan di beberapa tempat di sungai yang sebelum itu dijampi terlebih dulu, bermula jam 6.30 petang kelmarin. "Umpan dijampi untuk 'pesalah' yang pernah membunuh manusia dan apabila air pasang, buaya dimaksudkan akan datang untuk memakan umpan itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |