felda lepar utara - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda lepar utara - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search Posted: 08 Feb 2012 12:00 AM PST Oleh HARIS FADILAH AHMADutusanktn@gmail.com JERANTUT 8 Feb. Seramai 15,000 penduduk di Gugusan Felda Lepar Utara dekat sini mengalami kesukaran untuk memasak berikutan bekalan gas untuk tujuan itu terputus sejak tiga bulan lalu. Masalah itu meliputi penduduk di penempatan Felda Lepar Utara 1, 2, 4, 8, 9, 11 dan 14 serta kakitangan kilang sawit Lepar Utara 4 dan 6. Ia berpunca daripada kekurangan bekalan gas dari depot di Lembah Klang manakala pembekal di bandar lain enggan menghantar gas ke kawasan itu dengan jumlah kecil kerana terletak di luar operasi bekalan masing-masing. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kedai Felda DMart yang terletak di Felda Lepar Utara 3, 9, 11, 1, 2 dan 4 turut menerima tempias apabila masing-masing cuma menerima penghantaran 60 tong gas dalam tempoh seminggu. Ketua Kampung Felda Lepar Utara 3, Osman Shaari, 46, berkata, senario yang dialami penduduk di situ bermula sejak tiga bulan lalu dan keadaan semakin kritikal pada Disember tahun lepas. Bekalan gas dari pembekal di Bandar Tun Razak, Jengka yang terakhir ke kawasan ini adalah pada awal tahun ini dan sehingga kini kami terputus bekalan. Kami memohon pembekal di bandar Jerantut menghantar bekalan gas memasak, tetapi mereka enggan kerana di luar kawasan operasi mereka, katanya kepada pemberita di sini semalam. Seorang peneroka Felda Lepar Utara 8, Sulaiman Nayan, 62, berkata, keadaan semakin kritikal sejak awal Januari lalu dan ia menjejaskan pendapatan peniaga kedai makan di kawasan itu. Peniaga terpaksa memberhentikan jualan berikutan ketiadaan gas memasak di pasaran, katanya. Dia meminta kerajaan negeri memulihkan kemelut berkenaan dengan membenarkan ramai pembekal menghantar gas memasak ke kawasan berkenaan. Seorang peniaga kedai makan, Fatimah Jaafar, 48, berkata, bekalan tiga tong gas masih tidak mencukupi dan terpaksa berbelanja lebih untuk memperoleh gas memasak di bandar Jerantut sejauh 80 kilometer dari Gugusan Felda Lepar Utara. Harga setong gas seberat 12 kilogram adalah RM23.50 dan akan meningkat sebanyak RM24.70 apabila dijual di kawasan ini akibat ketidakcukupan bekalan dan ia menyusahkan penduduk, katanya. Dia menambah, penduduk terpaksa memunggah menggunakan kereta dengan dikenakan caj sehingga RM80 untuk dua tong gas termasuk membayar sewa kereta untuk ke Bandar Tun Razak, Jengka dan Jerantut bagi mendapatkan bekalan. Dipetik dari Utusan Malaysia |
Blog Felda: <b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search Posted: 07 Feb 2012 12:00 AM PST 15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - OSMAN menunjukkan stor simpanan tong gas yang kosong di sebuah premis di Felda Lepar Utara 3, Jerantut semalam. JERANTUT – Lebih 15,000 penduduk di Gugusan Felda Lepar Utara di sini menghadapi kesukaran untuk memasak selepas bekalan gas memasak di kawasan tersebut terputus sejak tiga bulan lalu. Masalah itu dipercayai berpunca daripada kekurangan bekalan gas memasak dari depot di Lembah Klang manakala pembekal di bandar lain enggan menghantar gas memasak ke kawasan itu dengan jumlah yang kecil. Ketua Kampung Felda Lepar Utara 3, Osman Shaari, 46, berkata, senario dialami penduduk di situ bermula sejak tiga bulan lalu dan keadaan semakin kritikal bermula Disember tahun lepas. "Bekalan gas memasak daripada pembekal di Bandar Tun Razak, Jengka yang terakhir dihantar ke kawasan ini adalah pada awal tahun ini. "Kita memohon pembekal di bandar Jerantut menghantar bekalan gas memasak tetapi mereka enggan berbuat demikian kerana di luar kawasan operasi mereka," katanya di sini semalam. Peneroka Felda Lepar Utara 8, Sulaiman Nayan, 62, pula berkata, masalah bekalan gas memasak terputus turut menjejaskan pendapatan peniaga kedai makanan di kawasan itu. "Peniaga terpaksa menghentikan operasi mereka berikutan ketiadaan bahan api itu di pasaran," katanya. Sementara itu peniaga kedai makan, Fatimah Jaafar, 48, berkata, dia terpaksa berbelanja lebih untuk memperoleh gas memasak di bandar Jerantut yang terletak sejauh 80 kilometer dengan Gugusan Felda Lepar Utara. "Harga satu tong gas seberat 12 kilogram dijual RM23.50 tetapi ia melambung kepada RM24.70 satu tong akibat kekurangan bekalan dan ia menyusahkan penduduk di sini," katanya. kosmo/- |
You are subscribed to email updates from felda lepar utara - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |