Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Danok bergegar, gudang mercun meletup Posted: 16 Jul 2012 01:55 PM PDT ARAU: Pekan Danok yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam, di sini malam tadi bergegar apabila sebuah kedai dipercayai gudang mercun meletup. Kejadian kira-kira jam 10.45 malam waktu Malaysia itu dilapor memusnahkan sekurang-kurangnya 10 kedai majoritinya di sepanjang deretan Lorong 2 di pekan tumpuan rakyat Malaysia itu. Sumber polis Thai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang berlaku kurang 50 meter dari Kompleks Kastam dan Imigresen Thailand, dekat sini. Bagaimanapun, katanya sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa yang terkorban, termasuk rakyat Malaysia.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/17 |
Posted: 16 Jul 2012 01:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Impian indah seorang janda beranak tiga untuk melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan bulan ini musnah selepas teman lelakinya bukan sekadar menghilangkan diri, malah turut melarikan wang RM30,000 miliknya. Wanita berusia 29 tahun itu menyerahkan RM30,000 ketika kali terakhir berjumpa lelaki terbabit di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 29 dan 30 Jun lalu dan wang berkenaan kononnya untuk membeli barang hantaran serta urusan majlis perkahwinan mereka. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Shanti, 29, berkata, dia bersedia menyerahkan wang berkenaan pada dua pertemuan berkenaan kerana yakin dengan kesungguhan teman lelakinya itu mahu memperisterikannya walaupun mereka baru sebulan berkenalan. Shanti berkata, dia mengenali lelaki berusia 20-an itu melalui seorang rakan dan bersetuju berkahwin selepas tertarik sikapnya mengambil berat terhadap dirinya serta anak-anak.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |