Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Ikan patin kukus di KGPASEPERTI tidak lengkap menjalani ibadat puasa selama 30 hari tanpa juadah masakan Melayu sewaktu berbuka puasa waima sehari. Azam Pandan Sdn. Bhd. yang menjalankan restoran di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara menawarkan pelbagai hidangan Melayu. Bermula dengan pembuka selera dengan ulam-ulaman seperti ulam raja, pucuk pegaga, petai, kerabu, acar dan telur masin. Selain itu, lauk-pauk seperti ikan patin masak stim, kambing kuzi, tetel asam pedas rebung, kambing panggang dan tetel asam pedas rebung pasti membuatkan anda kecur air liur. SELAIN lauk identiti KGPA, daging kambing panggang juga dihidangkan setiap hari. Kambing kuzi merupakan hidangan wajib dinikmati kerana cara masaknya yang istimewa. Ikan patin kukus merupakan hidangan wajib di KGPA dan dihidangkan setiap hari sepanjang bulan puasa. KGPA turut menghidangkan sate, nasi ayam Hainan, char kuetiau Pulau Pinang dan kuih-muih bergoreng. KGPA turut menawarkan dua minuman istimewa iaitu jus kedondong dan air katira. |
Posted: Aksesori untuk gajetPRESIDEN Belkin International Inc. Chester Pipkin (dua dari kiri) menunjukkan beberapa produk keluaran Belkinyang kini sudah boleh diperoleh di Malaysia. CHESTER PIPKIN memulakan syarikat Belkin International Inc. pada tahun 1980-an hanya di garaj rumah ibu bapanya di Australia yang berkeluasan lebih kurang 93 meter persegi. Ketika itu, istilah penat tidak pernah terlintas dalam kotak pemikiran Chester dan akhirnya produk pertamanya iaitu rangkaian kabel untuk komputer berjaya dihasilkan. Produk yang dihasilkan itu dijual ke Pengilang Peralatan Tulen (OEM) tempatan dan juga pengedar komputer. Kini, syarikat miliknya yang ditubuhkan berdasarkan pengalaman orang ramai menggunakan gajet itu memiliki pekerja seramai 1,000 orang di seluruh dunia. Idea Belkin adalah dengan menjadikan sesuatu gajet lebih bersifat peribadi. Ini berikutan terdapat gajet yang baharu dilancarkan mempunyai aplikasi yang memerlukan pengguna melakukan aksi pelik. Sebagai contoh, menekan butang merakam foto pada telefon pintar iPhone sangat berbeza dengan cara menekan butang kamera. "Produk Belkin mengisi ruang yang lompang (kesukaran mengendali gajet) antara teknologi dan manusia," kata Pengarah Pemasaran dan Pengurusan Produk, Asia Pasifik Belkin, Kevin Gilmore. Penambahan aksesori terhadap gajet pengguna juga menjadikan pemiliknya lebih bergaya dan kelihatan mengikut peredaran fesyen. Bertempat di One World, Bandar Utama, Selangor, Kevin memberitahu, Belkin juga bertindak mengintegrasi teknologi yang sedia ada menjadi lebih mesra pengguna. WeMo Switch + Motion (WeMo) merupakan produk keluaran Belkin yang mampu memadam atau menghidupkan semua peralatan rumah dengan hanya menggunakan telefon pintar. SARUNG telefon juga merupakan aksesori biasa yang terdapat dalam rangkaian produk keluaran Belkin. Bukan itu sahaja, ia mampu merakam secara automatik waktu pengguna memadam peralatan elektrik. Alat itu berupaya mengingatkan pengguna jika terdapat kejanggalan seperti terlupa memadam kipas atau sebagainya. Bagaimanapun, WeMo masih belum berada di pasaran Malaysia kerana beberapa perkara seperti ketidakserasian plug elektrik. Ia dijangka berada di pasaran pada akhir tahun ini. Aksesori terkini Bagi pengguna di negara ini, mereka boleh mendapatkan beberapa produk terbaharu keluaran syarikat berkenaan antaranya, siri Belkin LiveAction dan barisan aksesori Belkin yang inovatif untuk iPad. Siri Belkin LiveAction terdiri daripada mikrofon (LiveAction Mic), pemegang kamera (LiveAction Camera Grip) dan alat kawalan jauh (LiveAction Camera Remote). Penggunaan alatan tersebut memperkaya fungsi aplikasi yang terdapat pada iPhone. Anda dapat mengawal kamera iPhone sejauh 30 meter dengan menekan butang merah yang terdapat pada LiveAction Camera Remote, manakala LiveAction Camera Grip memudahkan foto diambil tanpa perlu melakukan aksi pelik. PENINGKATAN penggunaan telefon pintar dan kadar penembusan jalur lebar yang tinggi di Malaysia memberi peluang kepada Belkin dalam melebarkan sayap ke negara ini. LiveAction Mic memberikan pendengar sistem bunyi yang lebih baik seperti menonton konsert sebenar. Aksesori untuk iPad pula menyediakan siri pemegang gajet tersebut ketika berada di dapur. Penggunaan siri itu, membolehkan seseorang mengamalkan gaya hidup mesra alam apabila tidak perlu lagi mencetak resipi di atas sekeping kertas. "Berdasarkan peningkatan penggunaaan peranti dan sambungan internet berkelajuan tinggi di Malaysia, kami menjangkakan segmen terbaharu ini bakal mendapat sambutan baik pengguna," kata Timbalan Presiden Belkin Asia, Alan Sparks memberi jangkaan perniagaan mereka. Jualan telefon pintar di Malaysia meningkat sebanyak 24 peratus iaitu bernilai RM4.5 bilion pada tahun 2010 dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat. Peratusan penembusan jalur lebar di kediaman rakyat di negara ini juga turut meningkat daripada 62.9 peratus pada tahun 2011 ke 65 peratus pada tahun ini. – ADLAN JAAFAR |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |