{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Menu warisan Bugis

Posted:

Menu warisan Bugis

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SHAHRIM (kanan) bersama Indok Chichuk (tengah) dan pelajarnya, Nor Syahidah ketika sesi previu masakan Bugis di UPM baru-baru ini.


KEISTIMEWAAN dan keunikan yang terdapat dalam makanan Bugis mendorong seorang pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk melakukan kajian khusus mengenainya.

Malah, biarpun bukan daripada keturunan Bugis, Prof. Madya Shahrim Ab. Karim mengambil inisiatif menulis sebuah buku masakan bertajuk Sajian Eksotik Warisan Bugis bagi memastikan keunikan kulinari Bugis terus terpelihara.

Menurut Shahrim, untuk mempelajari seni memasak makanan itu dengan lebih teliti, beliau telah tinggal bersama sebuah keluarga Bugis di Kampung Sungai Kuali, Pontian, Johor selama dua minggu.

"Individu yang banyak membantu saya dalam memahami dan mempelajari bagaimana sesuatu hidangan disediakan ialah Indok Chichuk Daeng Hadadek atau mesra dipanggil ibu. Wanita berusia 66 tahun itu tidak lokek berkongsi rahsia masakan," jelas Shahrim sewaktu majlis mempromosikan sajian Bugis di UPM baru-baru ini.

Tambah anak kelahiran Tengkera, Melaka itu, masakan Bugis sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri. Namun, ia jarang ditemui di restoran dan kurang popular dalam kalangan masyarakat di negara ini.

NASU likkuk iaitu menu dada ayam yang dimasak bersama lengkuas.


"Keistimewaan masakan ini terletak pada bahan-bahan yang digunakan, cara penyediaan dan nama makanannya yang unik. Gohu, tumpi-tumpi, nasi ulam, urang nasu gore kaluku, nasu likkuk, barongko, sorbet dan bubuk delima Bugis antara menu yang terdapat dalam buku saya ini.

"Saya mengambil masa selama satu tahun setengah untuk menyiapkan buku ini dengan dibantu oleh pelajar saya, Nor Syahidah Ismail," ujarnya.

Buku tersebut boleh didapati di semua pengedar kedai buku terkenal pada harga RM26.00 dan mengandungi lebih 60 sajian masakan Bugis serta mempunyai lima bahagian iaitu pembuka selera, istimewa, lauk-pauk, pencuci mulut dan kuih-muih.

Buku tersebut dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada 28 April lalu sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat