{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Konvoi terakhir

Posted: 01 Dec 2012 02:45 PM PST

MERSING: "Saya memperlahankan kereta kerana tak nampak kereta dipandu menantu yang mengekori saya. Tak lama kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga terdekat memberitahu kereta menantu terbabit kemalangan," kata Maidin Mohamad, 66.

Akibat nahas ngeri di Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing di sini, jam 7.30 pagi semalam, Maidin kehilangan dua anak, seorang menantu dan dua cucu.

Ketika kejadian, MPV Nissan Livina dinaiki enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Jengka, Pahang, untuk menghantar ahli keluarga mendaftar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka.

Empat yang maut di tempat kejadian ialah pemandu MPV berkenaan, Abdullah M Yusof, 43; isterinya, Samsiah Maidin, 37; anak kedua mereka, Maisarah, 4, dan kakak ipar Abdullah, Noraini, 41.


Anak sulung mereka, Muhammad Aiman Syakirin, 8, pula maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Mersing, manakala anak bongsu, Ammar Haziq, 3, yang duduk di depan bersama ibu bapanya, kini dirawat di unit kecemasan akibat cedera di kepala dan badan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/02



Bermain di zon maut

Posted: 01 Dec 2012 02:45 PM PST

GAZA: Puluhan kanak-kanak dan remaja Gaza tidak langsung gentar pada ancaman penembak hendap tentera Israel apabila didapati menceroboh masuk dan bermain di kawasan maut dikenali sebagai zon bunuh.

Kawasan berhampiran Khuza'a di selatan Tebing Gaza itu digeruni penduduk berikutan beratus mangsa maut akibat ditembak dari jarak jauh oleh tentera Israel yang mengawasi kawasan itu 24 jam setiap hari.

Difahamkan, pasukan penembak hendap Israel ini bersembunyi di dalam beberapa kubu konkrit yang dibina di sekitar kawasan lapang itu yang dianggap subur untuk pertanian.

Wartawan dan jurugambar Harian Metro yang secara tidak sengaja memasuki kawasan itu semalam, mendapati lima tembok konkrit milik Zionis setinggi lebih tujuh meter diletakkan di kawasan itu.


Malah, sebuah rumah batu milik penduduk yang terletak 200 meter dari tembok konkrit itu menyembah bumi selepas dihujani roket jet pejuang F-16 tentera Israel dalam serangan terbaru 19 November lalu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/02



Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat