Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 12 Aug 2011 12:43 PM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di masjid dan surau di negeri itu kerana ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini. Pengerusinya Prof Datuk Dr Abd Shukor Husin, berkata larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat. Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri seharusnya mengadakan perbincangan dulu bersama mufti di negeri lain melalui Majlis Agama Islam kerana larangan itu dibimbangi akan menjadi asas hukum kepada larangan sama di negeri lain. Katanya, pertemuan dengan masyarakat setempat perlu diadakan bagi memperoleh kata sepakat sama ada mereka bersetuju jika dilaksanakan larangan itu atau tidak. "Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu. "Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.
Mengenai tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang memutuskan larangan itu adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abi Sa'id al-Khudri menerusi kitab Sunan Abi Daud, Abd Shukor berkata sabda itu diiktikaf oleh Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk tidak mengganggu bacaan al-Quran yang dibaca oleh jemaah lain pada waktu sama di masjid. "Sama juga ketika membaca khutbah, jika kita berbual di belakang adalah dilarang, tetapi masjid sekarang kosong ketika waktu sebelum subuh jadi kita kena mengimarahkan dengan bacaan al-Quran. "Dan bacaan al-Quran di satu kawasan yang majoritinya diduduki umat Islam tanpa ada faktor penghalang adalah digalakkan," katanya. Katanya, beliau ada menghubungi Jawatankuasa Fatwa Negeri, tetapi sehingga kini masih tidak dapat maklum balas daripada pihak berkenaan berkaitan hal terbabit.
"Kita sudah membaca al-Quran sebelum waktu subuh berpuluh-puluh tahun lamanya dan tidak sepatutnya baru sekarang ia ditimbulkan," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmohamad yunus sesungguhnya amat benar kata Nabi Muhammad SAW...tanda2 akhir zaman yg makin hampir telah tiba.kata Nabi Muhammad...diakhir zaman nnt orang yg kurang pengetahuan dalam agama akan banyak becakap berbanding dgn org yg tinggi ilmu agamanya..kata2 mereka yg kurang pegetahuan ini lebih kepada mengikut pemahaman sendiri sahaja...wallahhualam Agus Mula baca Quran kemudian azan pun dilarang pembesar suara. test sikit2. mzabri Barulah 1 Malaysia...! alam mesra melayu itu islam,islam itu melayu
mariam said kerana umat Islam berpecah belah orang bukan Islam mengambil kesempatan menangguk diair yang keruh.Bila lagi kita nak sedar? Yawiekun Ini semua politik,yang ingin mempecah belahkan org Islam.Shahid, sekarang ini bulan puasa,tak salah kan jika kita beribadah.Ingat2-ingat lah mati,tak kan rugi kalau belum sempat bertaubat dah mati.Itu pun kalau hang org Islam lah. mohd izal Ya Allah kau selamat lah negara kami dari anasir2 jahat Yawiekun Ini semua politik,yang ingin mempecah belahkan org Islam.Shahid, sekarang ini bulan puasa,tak salah kan jika kita beribadah.Ingat2-ingat lah mati,tak kan rugi kalau belum sempat bertaubat dah mati.Itu pun kalau hang org Islam lah. farid Saya setuju 110% fatwa tersebut. Inilah masalahnya apabila org islam tak belajar agama.Mukmin itu bagaimana perkataan dan perbuatannya tidak menyusahkan org lain spt sabdaan nabi SAW. Kita kena fikirkan ibu2 dgn anak2 kecil, org2 tua dan pesakit2 di rumah dan di hospital. Hadis juga ada menceritakan perkara2 tersebut. Umar Abd Aziz pernah melarang seorang yang membaca Al Quran dgn kuat didlm masjid yg menyebabkan terganggunya org lain utk beramal.Ini dlm masjid apatah lagi luar masjid. Ada Hadis yg nabi larang tentang perkara ini supaya tidak mengganggu org lain. Cuba kita tgk masjid di Sri petaling di tgh2 kawasan cina yg mana hanya azan shj dgn pembesar suara tapi masjid mereka makmur kerana ada usaha ajak mengajak ke masjid dari pintu ke pintu.Jemaah pula dari berbagai kaum dan bangsa yg beragama islam. Hari ini Byk masjid2 membuka bacaan Al Quran dan ceramah2 melalui pembesar suara di luar tapi masjid masih kosong. Jadi janganlah kita membuta tuli menuduh fatwa tersebut salah. Azan masih dgn pembesar suara, itu tak salah. Cuma kita org awam yg tak faham. Lain kali tanyalah guru2 yg mursyid tentang perkara ni. AHLI PEMIKIR diorang tak tahu apa hikmah bacaan al-quran.. kalam ALLAH sham karisma kalau lah saya yg jadi imam mesjid tu, konpom saya beli speaker yg mcm besar pintu biar lebih besar sound ayat2 AL QURAN itu, masked rider inilah politik di pulau pinang...yang rugi org islam... azmie apeng menyedihkan..tak mustahil Penang akan jadi spt SINGAPURA... Remaja Prihatin Setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan , sepatutnya fatwa negeri mntak pendapat dengan semua pihak. shahid memang patut pun,yg wajibnya azan je,bukan nye baca Al-quran kuat2 sampai 1 kampung dengar,kononnya ingat dapat pahala tapi sebenarnya dpt dosa sebab gangu org sekeliling nk tidur,so lpasni klu boleh bukan stakat kat P.pinang kat lain pun kene ikut same,tok imam@tok bilal xyahla nk bertarahin pjg2 sebelum azan subuh,3 minit je dh cukup,itu yg lbih baik
Ahmad Solihin Saya cukup setuju dengan Aliah Ali,kalau tak silap saya negeri P.Pinang merupakan negeri pertama di semenanjung mengeluarkan fatwa melarang pembacaan al quran mengunakan pembesar suara ini " FATWA " kalau di Singapura cuma larangan sahaja," SYABAS " majlis fatwa negeri P.Pinang,sekarang penduduk negeri P.Pinang yang tingal jauh sedikit dengan masjid tak berpeluang lagi mendengar bacaan ayat2 suci al quran di waktu subuh " SYABAS ".. afero Apa plak pasal politik...ni hasil ijmak ulama negeri...tak payah nak gaduh la pasal ni...doa qunut masa subuh pun ada yg dok bergaduh lg...x payah la nak bergaduh pasal azan ni plak... zamwaja JANGAN POLITIK DGN AGAMA.... SEDARLAH WAHAI ORG MELAYU ISLAM..... budak pulau fatwa yg membelakangkan org islam pulau pinang,inilah akibat yg kita takuti apabila memberi peluang kepada kafir yg secara terang-terangan menolak islam d malaysia,ulama yg bersekongkol atas cita2 politik mereka harus bertanggungjawab terhadap apa yg berlaku,jangan sampai mengabaikan islam demi memenuhi cita2 politik yg boleh membawa keburukan dunia dan akhirat,kenapa kalau d pasang muzik yg kuat pada wktu sembahyang khususnya d pasaraya tidak dikeluarkan fatwa utknya,MAIPP....fikir2kanlah..jgn m udah tunduk.. KECEWA saya betul2 kecewa dengan pemimpin yang kononnya islam, ini baru sikit. ape nak jadi lah.. naga putih kenapa la nk politik kan isu agama.... tolong la jangan timbul kan isu agama yer. hormati perlembagaan M'sia.. bertolak ansur la ckit yer baru hidup kte aman damai. rafiq inilah jadinya bila orang melayu dan orang islam berpecah .... Farid Aswan Bin Ismail Sedihnya apabila ada Apabila bacaan ayat-ayat Al Quran di heret sehingga tahap ini sehingga mengatakan bacaan itu menganggu orang lain. Pihak yang membaca dan mendengar tak harus terlalu membesar2kan isu remeh ini.Cukup cukuplahlah merendahkan martabat agama sendiri. sabri adakah nak dibiarkan unsur2/corak2 kepimpinan kamal antartuk 1925 turki mengganggu keindahan islam d malaysia .
Sani Ali Dah berpuluh tahun laungan ayat Alquran kedengaran. Tiada masalah dan tiada siapa yg komplain pun. Kenapa fatwa negeri mengada sangat nak hentikan! NURUL ASYIQIN BT AB GHANI kenapa ada fatwa macam ni maybe ada satu saja yang benar tentang fatwa. Jaludin Hj Basir dah akhir zamzn... Luqman macamanalah Islam nak berkembang di tempat sendiri...nak jadi macam Bosnia ke?? shark Dia orang dah tak ada kerja lain agaknya..boleh pikir sampai kesitu..ini lah akibatnya kalau tak bergaul dengan orang ramai
samdol puncanya umat islam di PP tak bersatu, lagi2 pemimpin nya. perlu dikaji lagi sbb xsemua tempat same keadaan nya... wasalam hafiz islam Fatwa yg tdk logik langsung.. bukankah m'dgr ayat2 al-Quran itu dpt pahala free2 je.. ni la jk ulama' juga semakin ikut arus duniawi.. sbb itu ada hadis akhir zaman m'gatakan ulama' jenis ini... pening lalat bingung..mana satu fatwa yang betul...punca perpecahan sesama islam Aliah Ali Aduh kesiannya umat Islam sekarang ni,semua ni mesti ada kaitan dengan tekanan politik.Apa dah jadi ,kalau nak baca Quran pun ada keluar fatwa larangan.Sedikit demi sedikit kebebasan Agama Islam terhalang.Aduhai umat Islam kesiannya..... muhammad yasir Bersikap lemah lembut terhadap orang yang beriman dan bersikap keras terhadap orang-orang Kafir.....umat islam mudah mngalah dan bertolak ansur adalah jalan terbaik yg d katakannya....
belia kita negara islam...susah la klu mcmni... Anak Permata Hairan dan ajaib, sesuatu perkara yang baik begitu sekali ditegahnya tetapi yang sepatut difatwa tidak pula difatwakan. Apakah Mufti baru lahir kerana amalan membaca al-quran sebelum solat subuh telah diamal zaman berzaman. Garam Dilaut PEMIMPIN ISLAM DI PULAU PINANG TERLALU TAKSUB DENGAN POLITIK SEHINGGA TAKUT KEPADA ORANG KAFIR SEBAB ITULAH ORANG KAFIR SEMAKIN BERANI MENCABAR KECUCIAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA.ORANG ISLAM SENDIRI MEYOKONG ORANG KAFIR UNTUK MEMBUTAR BELIT AGAMA ISLAM.INILAH CARA PEMIMPIN ISLAM DI NEGARA MALAYSIA SEKARANG BERCAKAR SESAMA SENDIRI SEMUA TIDAK BETUL. insan_kedah bersama menjaga kedaulatan islam. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |