Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 15 Aug 2011 01:57 PM PDT MukaDepan PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada warga emas dan orang kelainan upaya dari Pusat Jagaan Nur Titiwangsa pada majlis berbuka puasa bersama media di Wisma BERNAMA, malam tadi. KUALA LUMPUR: Ketika pembangkang terus mempertikaikan ketelusan proses pilihan raya yang didakwa berlaku penyelewengan, kerajaan semalam mengumumkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang akan dianggotai wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang untuk membincangkan reformasi pilihan raya yang perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Datuk Seri Najib Razak ketika membuat pengumuman itu, berkata ia bagi membolehkan kata sepakat dicapai untuk mengendalikan pilihan raya akan datang tanpa sebarang perasaan syak wasangka kononnya kerajaan melakukan manipulasi seperti yang dipertikaikan pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Perdana Menteri berkata, jawatankuasa yang akan dibentuk alam waktu terdekat itu adalah tindak balas proaktif kerajaan BN bagi menangani pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan pihak tertentu baru-baru ini sehingga mencetuskan pelbagai pendapat serta polemik."Saya sudah kata dan saya ulang lagi sekali (bahawa) saya dan anggota Kabinet tidak rela menjadi Perdana Menteri serta Menteri tanpa sokongan daripada rakyat. "Kami hanya akan menubuhkan kerajaan sekiranya terbukti rakyat benar-benar memilih kerajaan BN. Inilah yang saya hendak sampaikan bahawa jangan ada sesiapa salah anggap kita (kononnya) tidak inginkan proses bersih dalam memilih kerajaan. Kita komited untuk meneruskan tradisi demokrasi berparlimen yang sudah dimulakan oleh pengasas kita sebenarnya. "Ini bukan perkara baru... ini tradisi kita dan kita bangga dengan tradisi ini. Kita sebagai pewaris kepada legasi yang sudah diasaskan oleh mereka, perlu meneruskan suatu amalan dan cara pentadbiran yang sangat menguntungkan rakyat ini walaupun demo-krasi bukanlah tidak ada kelemahannya. Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G Palanivel; dan Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar; Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa. Najib melakar sejarah tersendiri sebagai Perdana Menteri pertama mengadakan lawatan ke Wisma BERNAMA. Pada majlis itu, Najib dan Rosmah turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan orang kurang upaya dari Pusat Jagaan Nur. Dalam konteks berkaitan, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan hari ini mengamalkan, percaya dan komited kepada demokrasi berparlimen selepas ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ketika dalam kepemimpinan kerajaan mengambil keputusan menyerahkan semula kuasa kepada rakyat melalui pilihan raya berparlimen. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenBUKTI SAHIH SYABAS! AHLI JAWATANKUASA KHAS ELOK JUGA DARI MEREKA YG NEUTRAL. YANG JELAS J/K KENA BUAT SESUATU KPD
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |