felda kerteh - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda kerteh - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda kerteh</b> - Google Blog Search Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT Kira-kira 200 peneroka dari gugusan Felda Kerteh, Dungun akan memfailkan saman mereka terhadap agensi kerajaan itu pada bulan Julai ini bagi menuntut dikembalikan wang caruman tanaman semula sebanyak RM17,000 seorang.Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihaknya akan memfailkan saman itu pada bulan depan bagi menuntut wang caruman itu yang sehingga sekarang ini belum dibayar balik. "Peguam kami sedang merangka proses untuk memfailkan saman tersebut," ujarnya ketika dihubungi hari ini. Ini merupakan kes pertama peneroka di Terengganu menyaman Felda. Menurut Mazlan, beberapa kawasan Felda lain akan menyaman Felda di negeri itu berhubung kes yang sama. "Kita telah mengadakan pertemuan dengan Felda supaya membayar balik wang tersebut tetapi mereka mungkir janji. Saya yakin, peneroka akan menang dalam kes ini berdasarkan beberapa keputusan mahkamah yang lalu," katanya. Kata, Mazlan, berdasarkan keputusan mahkamah terbaru di Pahang dan Negeri Sembilan, mahkamah memberi kemenangan kepada pihak peneroka dan mereka dibayar sebanyak RM30,000 setiap seorang. "Tuntutan bukan hanya soal kewangan tetapi sebagai satu pembelaan terhadap peneroka yang telah ditindas oleh Felda," tambahnya. Beberapa saman terhadap Felda sebelum ini telah dimenangi oleh peneroka termasuk di Kelantan dan Negeri Sembilan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan tidak dapat dihubungi bagi mengulas saman oleh peneroka Felda Kerteh tersebut. Pada bulan Mac lalu, seramai 766 peneroka Felda Serting memfail saman RM200 juta terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Seremban semalam. Peneroka Felda Serting mendakwa Felda menipu peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 juta kepada mereka. Ujian makmal menunjukkan peratusan KPG sebenar yang diperoleh mencecah 24 peratus sedangkan mereka hanya memperoleh 18 peratus KPG daripada Felda. "Yang peneroka saman kerana ia adalah hak peneroka, bukan Felda," kata Setiausaha Biro Masyarakat Felda Dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham. Felda sebelum ini kalah dalam kes-kes seumpamanya yang melibatkan peneroka di Gugusan Jengka, Felda Sungai Koyan, dan Felda Kemahang 3. Sementara itu, dua minggu lepas, Pengerusi Biro Felda Kebangsaan dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said berkata, Felda akan berdepan lebih banyak saman dari peneroka sekiranya agensi itu masih enggan berunding dan memberikan hak kepada mereka. Menurutnya, Felda kini berdepan dua isu besar iaitu berhubung bayaran dana tanam semula dan isu penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang rendah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from felda kerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |