{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda pasoh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda pasoh - Google Blog Search


Blog Felda: <b>Felda pasoh</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Feb 2011 12:00 AM PST

Suatu hari di thaun 1999 - RSAT, Kem Senawang. Pagi tersebut dijadualkan untuk pemeriksaan perubatan. Rasanya tidak perlu saya bercerita tentang prosedur tersebut. Yang menariknya, seorang kenalan (yang baru saya kenal) mengalami heamophobia (ketakutan pada darah). Dia beratur di depan saya ketika itu. Kemudian, tibalah gilirannya. Jarinya dibersihkan dengan 'alcohol swab' dan seterusnya dicucuk dengan sebatang jarum. Setitik darah merah mula terbentuk pada jarinya. Melihat titisan darah tersebut, dia mula rasa pening. Hmmm... inilah kali pertama saya bertemu dengan seorang yang takut pada setitik darah. Mungkin dia seorang yang benar-benar berhati mulia. 

Saya ada membawa kamera dan bergulung-gulung filem pada masa itu tetapi entah apa yang telah berlaku, semua filem tersebut tidak dapat dipakai. Yakni, saya kehilangan semua cetakan memori pada masa itu. Sedihnya.

Apapun, kenalan tersebut akhirnya menjadi antara sahabat baik saya ketika menempuhi saat-saat pahit manis pada tahun-tahun berikutnya. Bukan setakat itu sahaja, malah kami berkongsi pelbagai minat seperti melukis, kartun, komik... senang kata, alam kreativiti. Dan oleh kerana itu juga, kami sering dikerahkan untuk kerja-kerja dalam bidang itu. Haih, penat.

23 Ogos 2008 - Sepuluh tahun selepas kami berkenal, dia telah melangsungkan perkahwinannya di Felda Pasoh, Negeri Sembilan. Sebagai sahabat baik, takkan saya tak hadir? Lagipun, kebetulan saya agak lapang masa itu (biasalah, menganggur mah...). Saya, ditemani beberapa kawan, telah memandu dari Kuala Sungai Baru, Melaka ke Seremban dan kemudiannya ke Felda Pasoh. Fuh, jauh juga perjalanan yang ditempuhi. Namun, permandangan sepanjang perjalanan juga amat indah terutamanya di kawasan Jeram Toi (itu, lain kali saya cerita).

Hampir tengahari, rombongan telah tiba di rumah kampungnya. Felda Pasoh merupakan kawasan peneroka kelapa sawit dan seperti kawasan yang seumpanya, memang meriah apabila ada majlis keramaian. Penduduk-penduduk sekampung pasti akan tiba mengunjung memeriahkan suasana.

Apa yang istimewa di kampung tersebut ialah perkahwinan ini ialah perkahwinan yang penuh beristiadat Tentera Laut Diraja Malaysia. Antara yang menjadi tarikan pada majlis ini ialah barisan kawalan yang mengiringi pengantin dan seterusnya membentukkan gerbang pedang untuk pasangan bahagia ini.

Namun, saya tidak mendapat tempat yang terbaik untuk merakamkan suasana indah ini kerana ternyata ramai lagi yang ingin merakam gambar. 

Di sana, saya juga berpeluang berjumpa dengan beberapa kawan lama dan abang pengantin (yang pernah berkerja di tempat yang sama suatu ketika dahulu). Dapatlah saya bertukar berita sementara menunggu acara yang dinanti-nantikan.

Tidak lama kemudian, tibalah jejaka tampan segak berpakaian seragam istiadat putih TLDM bersama pasangannya yang berseri-seri. Boleh dikatakan pinang dibelah dua. Erm... sebenarnya, saya memang tak pernah lihat bagaimana rupanya pinang dibelah dua. Tapi memandangkan ramai yang setuju dengan perumpaan itu, saya ikut saja.

Memandangkan saya kurang selesa dengan suasana yang penuh dengan orang (introvert ataupun anti-sosial), saya telah mengundur diri secara senyap-senyap. Dalam hati kecil ini, saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan ini dan semoga mereka bahagia selalu.

Yo, saya tahu suatu hari nanti kamu pasti akan membaca blog ini. Jadi, ini didedikasikan kepada kamu diatas persahabatan kita. Terima kasih.

P.S. Kata nak bagi gambar yang kamu tangkap kepada saya (yang ada muka sayalah). Tak ada pun?

Dalam gambar di bawah ini, dari kiri ke kanan: Shao Weng, Hazreen, Segar, budak kaca mata hitam, saya (yang paling hensem tu), Aidi (mencangkung), tak ingat, tak kenal, tak ingat, Hadi, Shairul dan tak ingat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat