{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Semangat Terry Fox kuasai Malaysia

Posted:

Semangat Terry Fox kuasai Malaysia

Semangat Terry Fox kuasai Malaysia

DARI kiri: Ahmad, Doris (isteri Douglas) dan Douglas pada larian Terry Fox yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur baru-baru ini.


LEBIH 6,000 warga Malaysia mengambil bahagian dalam Larian Terry Fox 2012 yang dianjurkan di Padang Merbok, Kuala Lumpur baru-baru ini. Acara tahunan tersebut diadakan atas sokongan terhadap penyelidikan kanser yang dijalankan di negara ini.

Para peserta tahun ini dilepaskan pada pukul 9 pagi oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser (CARIF), Tunku Tan Sri Ahmad Tunku Yahaya dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi untuk Kanada, Douglas Bingeman.

Kesemua individu yang mengambil bahagian perlu menyudahkan laluan 3 kilometer (km) melibatkan berjalan kaki, berlari, kayuhan basikal dan meluncur menggunakan kasut roda. Kategori lebih sukar pula menyaksikan peserta meredahi laluan sepanjang 5km.

"Sekali lagi kami berasa terharu dengan sokongan berterusan yang diterima daripada Larian Terry Fox ini. Ia membawa makna yang besar kepada kami apabila melihat sebahagian komuniti beramai-ramai memperjuangkan inisiatif yang dijalankan yayasan ini," ujar Pengerusi komiti Larian Terry Fox KL 2012, Jo Tan.

Tahun ini, kira-kira 13,00 baju T Larian Terry Fox berjaya dijual sebelum larian dimulakan dan semua hasil jualan tersebut disalurkan terus kepada CARIF. Buat julung-julung kalinya, Larian Terry Fox yang dianjurkan membuka peluang kepada pesakit kanser yang telah pulih daripada penyakit tersebut.


LARIAN Terry Fox merupakan acara kutipan amal satu hari bagi membantu penyelidikan kanser.


"Kami amat berterima kasih kepada orang awam atas sokongan menakjubkan tahun ini. Setiap derma tidak kira kecil atau besar pasti membawa perubahan dan membantu kami mencari penyelesaian dalam mencegah, mengesan dan merawat kanser pada peringkat awal," jelas Ahmad.

Kutipan amal

Larian Terry Fox merupakan acara kutipan amal satu hari bagi membantu penyelidikan kanser yang terbesar di dunia. Ia diadakan bagi meraikan seorang pesakit kanser muda, Terry Fox dari Kanada yang memulakan Marathon of Hope.

Usaha Fox berlari mengelilingi Kanada bagi membiayai penyelidikan kanser meskipun sebelah kakinya telah dipotong, menjadi aspirasi yang tidak ternilai kepada masyarakat sejagat. Fox menjadi hero dunia apabila berjaya berlari selama 143 hari dengan jarak larian 5,373km. Dia meninggal dunia pada tahun 1981.

Yayasan Terry Fox kemudiannya ditubuhkan pada tahun yang sama bagi meneruskan legasi Fox melalui penganjuran larian setiap tahun. Sejak itu, Larian Terry Fox telah diadakan di lebih 50 buah negara dan berjaya meraih lebih RM1.6 bilion bagi mencari penawar kanser melalui Yayasan Terry Fox.

Seperti yang pernah diungkapkan Fox: "Biarpun saya gagal tiba di garisan penamat, kita perlu memberi peluang yang lain untuk terus berjuang. Ia perlu diteruskan walaupun tanpa saya."

Di Malaysia, Larian Terry Fox telah berjaya mengutip lebih RM1 juta sejak ia dimulakan pada tahun 2001. Tahun lalu, ia menarik lebih 6,000 peserta dengan hasil kutipan mencecah RM161,000.

Kenangan manis pasangan mempelai

Posted:

Kenangan manis pasangan mempelai

Kenangan manis pasangan mempelai

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


JIM LIAW menunjukkan antara hasil karya fotografinya.


BAGI pasangan yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada musim cuti persekolahan ini, Hotel DoubleTree by Hilton yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur mungkin boleh memberi satu idea baharu kepada anda.

Hotel tersebut menawarkan promosi perkahwinan iaitu Kenangan Manis Sepanjang Hayat bagi pasangan yang berminat untuk melangsungkan hari bahagia mereka di hotel berkenaan.

Setiap pasangan yang mengambil bahagian dalam promosi yang bermula pada 1 Oktober hingga 30 November itu akan mendapat sesi fotografi secara percuma pada resepsi makan malam perkahwinan mereka.

Selain itu, mereka juga akan diberi pilihan untuk mengadakan sesi fotografi praperkahwinan bernilai RM3,800 oleh jurugambar terkenal, Jim Liaw.

Bulan madu di Phuket

Sepanjang promosi itu, lima pasangan yang berbelanja paling tinggi dan melangsungkan perkahwinan pada 31 Disember 2013 akan menerima hadiah percutian prabulan madu di Hilton Phuket Arcadia Resort dan Spa, Phuket, Thailand yang ditanggung sepenuhnya. Pakej perkhidmatan fotografi yang bernilai RM20,000 oleh Jim Liaw juga disertakan.


MANISAN pencuci mulut yang serba lazat dan bergaya.


xPengurus Komunikasi dan Pemasaran hotel tersebut, Cindy Wong memberitahu, kerjasama dengan Jim Liaw mampu memberikan hasil karya fotografi yang menarik kepada pasangan untuk mengabadikan kenangan sempena hari bahagia mereka.

"Jim Liaw merupakan seorang jurugambar berpengalaman. Setiap hasil karya fotografinya mampu memberikan perspektif yang berbeza jika dibandingkan dengan karya-karya jurugambar lain yang terlibat dalam sesi penggambaran pengantin," ujarnya ketika ditemui semasa sesi pengenalan promosi tersebut di hotel tersebut baru-baru ini.

Variasi konsep

Pihak hotel menawarkan promosi konsep perkahwinan Melayu mewah yang berharga RM1,588++ bagi sebuah meja untuk 10 orang dengan tempahan minimum untuk 40 buah meja.

Sementara itu, bagi konsep klasik China, Diraja India dan ala barat ditawarkan dengan harga RM1,888++ bagi sebuah meja untuk 10 orang dengan tempahan minimum sebanyak 30 buah meja.

Untuk dewan yang ditawarkan oleh pihak hotel, ia mampu menempatkan 650 orang tetamu dalam satu-satu masa serta dilengkapi sistem audio visual yang canggih dan lampu candelier yang menghiasi segenap dewan.

Bagi setiap pakej, pihak hotel turut menyediakan kek perkahwinan setinggi lapan tingkat, hiasan bunga segar di sepanjang laluan pintu gerbang perkahwinan dan buku tetamu istimewa.


ANEKA hidangan lazat yang disediakan barisan chef berpengalaman di Hotel DoubleTree by Hilton.


Bagi Jim Liaw, dia berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pasangan yang terpilih menggunakan khidmatnya.

"Sebelum ini saya telah terlibat untuk merakamkan detik-detik manis di pelbagai majlis perkahwinan dalam dan luar negara. Menerusi pengalaman yang ada, saya akan memberikan rakaman fotografi terbaik kepada setiap pasangan," ujarnya yang telah menerima anugerah fellowship daripada Persatuan Jurugambar Master di United Kingdom.

Promosi perkahwinan Kenangan Manis Sepanjang Hayat merupakan kerjasama pihak hotel itu dengan Hilton Phuket Arcadia Resort dan Spa, Studio Fotografi Jim Liaw dan CIMB bank.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej promosi perkahwinan ini, sila layari weddingbyDoubleTreekl.com atau sila hubungi 03-2172 7272/03-2172 7721.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat