Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Stereotaip paras rupaWAJAH yang cantik mungkin memudahkan seseorang mendapat kerja, tapi pada akhirnya komitmen dan dedikasi seseorang pekerja akan menjamin peningkatan kerjayanya. DALAM dunia ini, adakalanya manusia sangat beruntung kalau mereka mempunyai perawakan yang menarik. Ini menjadikan mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk disukai, malah memiliki kelebihan untuk mendapat pekerjaan baik dan pasangan yang lebih baik. Satu kajian pernah dilakukan dengan menggandingkan pelajar yang baru mengenali antara satu sama lain secara berpasangan. Selepas sesi perkenalan pertama, mereka kemudian diminta merancang untuk pertemuan seterusnya dengan pasangan tadi. Hasil kajian menunjukkan mereka tidak mempedulikan keburukan pasangan dari sudut dalaman seperti pendiam atau kolot, sebaliknya mementingkan paras rupa fizikal. Dalam memilih pasangan hidup, kita juga mendapati bahawa manusia cenderung untuk memilih pasangan berdasarkan paras rupa. Ketampanan dan kecantikan menyebabkan dunia berlaku tidak adil. Kajian-kajian di Amerika Syarikat dan Kanada misalnya menunjukkan orang yang menarik biasanya mendapat purata gaji yang lebih tinggi, malah mereka juga cenderung dinilai sebagai bahagia serta bijak. Kajian mendapati manusia sukakan seseorang yang mempunyai hidung, kaki atau tubuh badan yang tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Sebaliknya, jika sifat fizikal keterlaluan berbeza daripada manusia kebanyakan, mereka akan dianggap sebagai tidak lagi menarik. Sebenarnya, begitulah hakikat yang biasa terjadi dalam kehidupan manusia. Persepsi telah mengubah bagaimana seseorang itu menilai orang lain atau dinilai oleh orang lain. Bagi mereka yang memohon pekerjaan, menulis resume yang baik dengan gambar yang menarik memberi peluang besar untuk dipanggil temu duga berbanding individu yang kurang cantik atau kacak. Banyak faktor lain Bagaimanapun, pada akhirnya wajah yang cantik dan potongan badan menarik bukanlah satu-satunya sebab hubungan dibina. Ada juga yang sekalipun tidak menarik, tetapi mereka tetap disukai dan mendapat pasangan yang terbaik. Antara faktor lain ialah interaksi. Kekerapan interaksi yang berlaku antara seseorang dengan orang yang lain boleh membina hubungan yang mesra. Ia diistilahkan sebagai proximity atau dalam kedekatan. Orang yang biasa-biasa sahaja, tetapi oleh kerana kerap berjumpa, akan dilihat menarik juga akhirnya. Orang yang tinggal sebilik di asrama atau sering melalui pintu masuk yang sama lebih cenderung untuk saling menyukai. Sebab itu, kita lihat banyak orang yang bercinta atau berkahwin, biasanya adalah mereka yang pernah kerja dalam satu pejabat atau belajar di universiti yang sama. Kedekatan itu juga berkait rapat dengan emosi. Alumni dari universiti yang sama atau mereka yang datang dari negeri atau kawasan yang sama lebih cenderung untuk cepat mesra berbanding mereka yang datang dari tempat yang berbeza. Jadi, salah satu cara untuk disukai ialah menggunakan elemen kedekatan itu. Oleh yang demikian, kita dapati kebanyakan mereka yang terlibat dengan bidang politik biasanya menggunakan pendekatan ini. Mereka mungkin tidak mempunyai potongan badan menarik atau muka yang cantik. Mereka disukai kerana mereka sering dilihat dan turun padang bersama rakyat. Artis atau pelakon yang mempunyai wajah yang menarik selalunya lebih diminati. Namun, wajah yang cantik dan tampan sahaja tidak menjamin populariti. Kekerapan muncul di kaca televisyen menjadikan mereka seolah-olah sering berinteraksi dengan peminat. Kalau tidak bagaimana mungkin pelakon atau pelawak seperti Apek, Johan dan Zizan jauh lebih popular berbanding hero filem yang kacak. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |