Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 22 May 2012 12:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kesangsian banyak pihak yang mempersoalkan pendirian sebenar beliau terhadap Ketua Pembangkang itu. Malah, ada yang menganggap beliau 'mangsa' politik terbaru Anwar untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, akan datang. Anwar berhak mendapatkan peguam pilihannya dan saya sanggup serta boleh. Mereka meminta saya menyertai dan menghubungi saya malam semalam (kelmarin). Saya seorang profesional. - Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Bekas Peguam Cara Negara II. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali percaya Anwar menggunakan khidmat Mohamed Yusof untuk menunjukkan seolah-olah beliau semakin mendapat sokongan khususnya daripada bekas pegawai kanan kerajaan. "Anwar jenis yang buat apa pun bermatlamatkan politik. Hanya sebab kepentingan politik peribadi. Kita tahu dia sudah terkenal dengan matlamat menghalalkan cara. "Dia tengok kawan (Mohamed Yusof) sudah bersara dan membuka firma undang-undang, dia upah dan beritahu orang ramai dulu peguam ini dakwa dia dan sekarang bela dia pula," katanya. Bekas peguam Anwar, Datuk Zulkifli Noordin pula mendakwa Mohamed Yusof sebelum ini secara konsisten mempersoalkan kredibiliti dan moral Penasihat PKR itu. "Sepanjang mengenalinya selama 20 tahun, beliau konsisten berpendirian Anwar mempunyai masalah akhlak. Justeru, saya ingin tahu apakah kini Mohamed Yusof masih berpegang kepada pendiriannya atau sebaliknya. "Saya tidak mempersoalkan tindakan beliau menjadi peguam Anwar atau sesiapa saja kerana ia soal profesion, tetapi yang penting pendirian ditegaskan oleh Mohamed Yusof sebelum ini," katanya. Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim pula keliru dengan tindakan Mohamed Yusof yang sebelum ini mengetuai pasukan pendakwa bagi kes liwat Anwar. "Tindakan ini akan menimbulkan persepsi negatif rakyat kerana Mohamed Yusof amat lantang dalam kes liwat Anwar sebelum ini," katanya. Bekas penyokong kuat Anwar, N Gobalakrishnan pula mendesak Mohamed Yusof mendedahkan jumlah yuran guaman yang diterima daripada Anwar sehingga sanggup beralih arah membelanya. "Saya terkejut tapi selepas melihat situasi ini, saya perasan sudah lama wujud persefahaman antara Mohamed Yusof dan Anwar. Jadi dia mesti beri penjelasan," katanya. Bekas Peguam Cara Negara II dakwa penglibatan tiada kaitan politik. Dapatkan akhbar Berita Harian untuk berita lanjut Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenbrother jangan pertikai hak orang, anwar ibrahim juga ada hak dia, apa pula nak sibuk Atuk Dragon Hanya ALLAH sahaja yang tahu. Ketentuan
Aida Kenapa kita sesama melayu bergaduh. Orang2 kafir bertepuk tangan. Orang kita tidak satu hati malah di pergunakan oleh bangsa asing. annacomel ..peguam bela itu swasta... sesiapa sahaja boleh dapatkan pembelaan..yang penting bayar..itu bisnes peguambela...awak mahu berapa banyak peguambela pun boleh..bayar sahaja..jika awak ingin mendakwa pun kena bayar juga...kecuali melibatkan pelanggaran peraturan dan tuduhan oleh pihak berkuasa kerana awak melanggar undang2..tak hairan pun ... Bobby Asmanor Biarlah Allah saja yang menghukum Anwar jika benar dia bersalah, kerana itu hakNya. Dalam soal ini seandainya ada yang memfitnah sesiapa... bertaubatlah...kerana anda tak akan dapat lari dari hukuman Allah, walaupun di dunia mahupun di akhirat. Bertaubatlah sebelum datang kiamat kecil. Matt kerja kat sapa2 pun tak kisah, janji rezeki halal Rashidi Hasan Dah peguam, ikut suka dia la nak wakili sapa pun awang abdul rahman mcm-mcm hal..ahli politik skg ni memang glamer..knape tak masuk bintang rtm je dulu-dulu..hmmmm.. awie wawasan kita melayu bertelingkah...kaum lain kat belakang sana...tepuk tangan....betul TUN MAHATHIR kata " MELAYU MUDAH LUPA " renung2 kan lah......
insanbimbang ramai individu zaman sekarang bila soal wang akan lupa integriti dan lupa Allah...tak heran kalau dulu lawan kerana imbuhan dan masa depan yang dijanjikan lumayan semua pendirian akan diketepikan... jack sepatutnya semakin kita tua kita sudah sedar dan tahu mana yang betul mana yang salah. Hanya Allah SWT Yang Maha Tahu abu teringat kata tok uban ayam penyet cyberjaya, manusia boleh dibeli..... tambah plak MELAYU. jangan marah melayu2 sume Mahadi Abu Apalah nak herankan perkara macam ni, itu namanya profesional lawyer. Fahaman politik tak sepatutnya menjadi faktor dalam menjadi peguam ni. Beratus2 lagi peguam yang kerja dengan kerajaan menjadi peguambela kes2 jenayah, atau apa saja kes ke atas terdakwa. Zulkiflee Sahabat kadang-kadang boleh menjadi musuh yang paling dahsyat. Musuh kadang-kadang boleh menjadi sahabat yang paling akrab. Mungkin suatu ketika dahulu musuh kita memang memberikan hujah dan pandangan memusuhi kita kerana pada masa tu nampak sangat kita ni tidak betul di matanya. Tetapi apabila musuh tadi telah melihat kepincangan pada pihaknya dan telah menilai semula apa yang telah berlaku dan dia dapati apa yang dipertahankan selama ini tidak menepati apa yang telah dipertahankan maka dia beralih arah. Ada kemungkinan juga bayaran yang telah diterima atau dijanjikan merupakan suatu jumlah yang cukup lumayan untuk menjalani kehidupan yang mewah di dunia ini. Siapa tak nak wang dan kekayaan. Kalau saya berada di tempatnya pun saya tidak akan menolak kerana saya tetap masih mampu memberikan alasan atas dasar profesionalisma. Fikir-fikirkan Azhari Hj Abu Nasihat kpd Dato Mohamad Yusoff agar berbuat "Solat Istikharah" jika beliau masih dalam kecelaruan didalam memilih mana satu yg patut beliau perbuat. Kita tau itu hak profession TETAPI sebagai manusia kita ada maruh diri dan integriti king kong the point is > akan terBELAkah DSI nanti? pemerhati dari jauh kalau seseorg tu ada prinsip dia akan kekal dgn pegangannya. mungkin mohd yusof ada strategi tertentu... NINJA JAWA YA ALLAH YA TUHANKU BERSIHKANLAH HATI2 RAKYAT MALAYSIA,TURUNKANLAH LEBIH RAMAI TENTERA IMAM MAHADI DI TANAH MELAYU INI UNTUK MENCANTAS TUNAS2 YG TAK DI PERLUKAN DAN YG MEROSAKKAN IMAN ANAK CUCU ADAM MABO Tak pelikpun ini soal kerja so buktikan anda seorang peguam yang berjaya Peja Haha... Mmg terkejut. "Anwar menggunakan khidmat Mohamed Yusof untuk menunjukkan seolah-olah beliau semakin mendapat sokongan khususnya daripada bekas pegawai kanan kerajaan"...
lantak la sape dia nak bela, yang kau org sibuk ape pasal, rasa berat atas kepala kot...org politik ne sama je...tak boleh nak jangka.. tunteja mungkin dia nak membetulkan kesilapan dia sebelum ini.. farock aku xpaham apa yg di persoalkn ibrahim ali,
Mim Zulkifli Nordin & Ibrahim Ali.. muhasabah diri dulu kalau nak pertikai pendirian orang lain.. cairro apa nak diheran kan,karpal singh yang pernah tuduh anwar peliwat kat parlimen dulu pn sekarang ni jadi peguam bela anwar luqman tak terkejut pun, lantaklah siapa yang sokong anwar, saya peduli apa, a.samad said pun sokong anwar, bagi saya itu hak seseoranglah nak sokong siapa, kenapa kita tidak terkejut pemimpin-pempin dalam pembangkang keluar pati, bukan seorang dua ramai tu, kepada penyokong anwar bolehlah rasa gembira sebab ada orang kanan kerajaan sokong anwar, naiklah sokong terhadap anwar "konon-kononnya" akan besarlah peluang nak jadi PM hahahahah kesiannya dia. lepas ini siapa lagi yang mahu sokong anwar sokonglah tak terkejutlah, yang agak lucu bagi saya dan terkejut besar orang sokong ambiga, yang ini kejutan paling besar dalam idup saya, ambiga dengan perjuangan mengizinkan murtad dan sex bebas tapi di sokong oleh sekian umat Islam lelaki dan perempuan yang ini saya terkejut. jalil tiada siapa berhak mempersoalkan kebebasan individu terutama ibarahim ali yg layak dipangil katak.bising bila nak hujan ! HJ SHARI Datuk Mohd Yusof, mempunyai prinsip keprofesionalan bidang beliau (undang-undang) ia itu membela sesiapa sahaja yang didakwah sebelum dibuktikan kesalahannya. Ramai orang kini selalunya menghukum sesuatu itu sebelum terbukti kesalahan.Pandangan peribadi sahaja ini. Power Of Chinnese Haha..melayu sama melayu gaduh..kami tunggu dan lihat sahaja..peace Wanazizanwanaahmad Salam...Hmm... semuanya ini adalah gerak dan kerja Allah...Dia akan memaparkan kpd kita semua kebenaran dan kemungkaran yag berlaku..Kita sama2 tunggu dan lihat !!! karlhildebert@yahoo.com beralih arah dari baik ke jahat atau sebaliknya? Hanya Allah sahaja yg tahu kebenarannya. mari kita lihat hujah dan pendedahan yg akan disampaikan kelak. miedeen manusia memang begitu asal boleh jadi duit tak kira siapa dia kawan atau lawan. abg long sebab tu la orang melayu lumpuh pasal duit. shukri Kuasa wang mampu mengubah segalanya. Apalah sangat tentang pendirian dan jati diri jika dibandingkan dengan ganjaran yang bakal diterima. IRAMAN HJ KARIM Sanggupkah beliau menjadi peguam pendakwa menentang anaknya sendiri atas nama profesion?. cloudz nampak sgt ada yg tak kena sampai org beralih arah.... mamuali itu hak dia hanya ALLLAH yg tahu jgn kita sangka yang tak baik kakikus kepada loyer buruk & zelidi..igt duit bukan segala-galanya..mungkin dato' yusof menjalankan tugas sebagai peguamcara sebagai org profesional..semasa menjawat dia telah menjalankan tugas sebagai pendakwa..namun setelah bersara beliau gunakan ilmu dan kepakaran untuk jadik peguambela..jgn anggap semua macam kamu...duit menjadik tuan kepada segalanya azmel hehe..kalau orang nak persoalkan ibrahim ali pun bolehkan? nama pun manusia.boleh berubah sekelip mata. itulah hakikat tentang manusia.hari ini musuh,esok jadi kawan.hari ini kawan, hari esok jadi musuh. tiada apa yang hendak dihairankan.semua ini perkara kecil berbanding dengan masalah akhlak pemimpim-pemimpin yang rasuah dan masyarakat yang telah rosak. baik kita fokus kepada masalah utama.wake up bro! ahmad Satu isu yang memang pelik & mengelirukan. Boleh dipersoal dan diperdebatkan. Tetapi biarlah dipersoalkan orang yang lebih utuh moralnya. Bukan dari ahli politik yang tiada pendirian. Ibrahim Ali bercakap tentang matlamat menghalalkan cara? Apa yang dia buat di Pasir Mas untuk menang sebagai Ahli Parlimen? Zulkifli Nordin pula bercakap tentang konsistensi Mohamed Yusof. Konsistenkah dia sebagai Ahli Parlimen Kulim? Kedua-dua manusia ini tiada merit untuk bercakap tentang isu di atas. zul TTDI Haaa, haaa, macam-macam ada...betul la orang kata, jika nak tahu keburukan seseorang kena tanya musuhnya, jika nak tahu kebaikan seseorang kena tanya sahabatnya. Kita sudah tinggalkan adat sopan santun (Melayu); Kita sudah jauh dari ajaran Rasulullah (Islam). jiddin tidak ada orang yang lebih pakar/ islamik kah boleh dirujuk selain darin ibrahim ali untuk memberi pandangan? Demokrasi Negara kita negara demokrasi, apa yang nak dikecohkan2.... loyer buruk pasal duit orang boleh lupa apa yang pernah dicakapkan dahulu MOHD RANI siapa Ibrahim Ali untuk mempersoalkan hak kebebasan individu? Zelidi Kerana wang manusia sanggup korbankan prinsip dan harga diri. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |