{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Banteras industri tembakau

Posted:

Banteras industri tembakau

Banteras industri tembakau

Oleh NURUL IZZA ROSLY

PEROKOK akan mencari sumber untuk mereka melepaskan ketagihan.


ACAPKALI kita mendengar ungkapan merokok membahayakan kesihatan. Sungguhpun ramai yang tahu mengenai penyakit-penyakit berbahaya akibat merokok, namun kebanyakannya langsung tidak mengambil pusing.

Bukan kerajaan tidak melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membendung tabiat yang kebanyakannya sudah menjadi 'darah daging' segelintir rakyat Malaysia itu, tetapi ketagihan terhadap hasil produk tembakau tersebut mengatasi segala-galanya.

Bagi membendung tabiat tidak sihat tersebut menular khususnya di kalangan golongan muda, kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak jemu-jemu mengadakan sambutan Hari Tanpa Tembakau yang disambut tanggal 31 Mei setiap tahun.

Dengan membawa tema Gangguan Industri Tembakau (Tobacco Industry Interference) pada tahun ini, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit KKM, Dr. Zarihah Mohd. Zain menyifatkan masalah tembakau sebagai gangguan yang sangat membebankan kesihatan awam.

"Bagi menimbulkan kesedaran terhadap pengaruh negatif tembakau, sekurang-kurangnya sehari dalam setahun kita mengadakan sambutan sedemikian untuk menguar-uarkan impaknya kepada umum.

"Walaupun peringatan seperti ini perlu dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim, sekurang-sekurangnya dengan adanya sambutan ini orang yang tidak tahu pun akan jadi tahu," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Memahami isu tembakau

Tambahnya, dengan perubahan tema setiap tahun, orang awam dapat mengetahui bahawa isu berkaitan tembakau sangat besar dan meluas.

"Kita mahu orang lebih memahami mengenai isu tembakau ini. Ia bukan berkaitan dengan menghisap rokok sahaja, malah lebih daripada itu.

"Sambutan Hari Tanpa Tembakau ini tidak memadai sekadar sambutan sahaja, malah ia mesti diiringi dengan banyak lagi kaedah untuk mengawal industri tembakau seperti menaikkan cukai, memberikan pendidikan kesihatan berterusan seperti Kempen Tak Nak, menyediakan khidmat berhenti merokok dan pengharaman iklan rokok" ujarnya.

Suatu ketika dahulu, syarikat-syarikat rokok menjadi penaja utama kejohanan sukan dan bagi membanteras tabiat merokok dalam kalangan masyarakat, kerajaan tidak membenarkan mereka berbuat demikian.

Sehingga kini, tiada lagi tajaan mahupun iklan-iklan industri tembakau di kaca TV. Namun, ramai pula yang mempertikaikan keberkesanan pengharaman promosi oleh kerajaan kerana melihat bilangan perokok tidak pernah berkurang.

Zarihah memberitahu, golongan perokok akan terus menghisap rokok memandangkan tabiat tersebut sememangnya menagihkan.

"Orang yang merokok akan mencari sumber supaya mereka dapat melepaskan ketagihan, namun kerajaan sudah berusaha mewujudkan kawasan larangan merokok dan persekitaran yang tiada iklan rokok.

"Orang yang memang ketagih akan terus menghisap rokok, namun kita tidak akan berdiam. Ramai yang kata, naikkan cukai rokok pun, orang akan hisap rokok juga, tetapi ia tidak betul," katanya.

Menurut beliau, ramai yang terus menghisap rokok, tetapi bilangan rokok yang dihisap berkurangan, malah ada juga yang berhenti menghisap rokok mahal dan mula menghisap rokok murah. Selain itu, terdapat perokok yang berhenti kerana tidak mampu kerana kenaikan harga rokok.

"Mungkin tiada kajian yang jelas dan meluas di Malaysia tetapi banyak kajian serupa di luar negara yang menunjukkan jumlah perokok merosot akibat kenaikan cukai terhadap produk tersebut," ujarnya.

Kata Zarihah lagi, banyak kajian menunjukkan bahawa 50 hingga 70 peratus pero

Makan besar promosi sajian Johor

Posted:

Makan besar promosi sajian Johor

Makan besar promosi sajian Johor

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

PENGERUSI Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Hoo Seong Chang (dua dari kanan) mencuba salah satu hidangan tradisi negeri Johor di Hotel Sunway Putra.


NEGERI Johor sememangnya terkenal dengan pelbagai hidangan kulinari yang sentiasa menjadi ingatan setiap pelancong saat berkunjung ke negeri di selantan Semenanjung Malaysia itu.

Hidangan seperti nasi beriani gam, nasi ambang, laksa Johor, mi bandung dan otak-otak Gelang Patah merupakan hidangan tradisi negeri berkenaan.

Bersempena dengan promosi kebudayaan dan masakan tradisional negeri Johor, Citrawarna 2012 - Colours of 1Malaysia, Coffee House Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai hidangan masakan dari negeri tersebut dari 18 Mei lalu hingga 3 Jun ini.

Bertemakan Jom Makan Besor, hotel yang dahulunya dikenali sebagai Hotel The Legend itu menawarkan hidangan bufet untuk makan tengah hari pada harga RM59++, manakala makan malam pula RM80++.

Chef yang dibawa khas dari Johor, Mohd. Khairulfazi Mohamed ditugaskan untuk memasak hidangan utama.

"Antara hidangan yang ditawarkan ialah nasi beriani gam ayam, kambing kuzi, ayam masak merah, pajeri nanas dan ikan pari asam pedas.

"Selain penggunaan resipi khas turun-temurun dari negeri Johor, saya juga turut menggabungkan elemen-elemen masakan dari Jawa, Bugis dan Banjar seperti tempe yang sememangnya sinonim dengan hidangan dari negeri Johor," katanya yang juga seorang pensyarah di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Menurut anak jati Batu Pahat itu, selain daripada masakan tradisional negeri Johor, pelbagai pencuci mulut dan kuih-muih turut disediakan antaranya kuih koleh kacang, pisang salai, ubi kayu rebus gula Melaka dan cendol durian.

Persembahan kebudayaan negeri Johor seperti tarian zapin, lagu-lagu tradisional negeri Johor dan kuda kepang turut dipersembahkan ketika pengunjung menikmati hidangan makan malam di hotel tersebut.


BAGI penggemar masakan pedas, anda boleh mencuba hidangan ikan pari asam pedas.


Pelbagai barangan kraftangan yang dibuat di negeri tersebut seperti kompang, rebana dan tudung saji turut dijual sempena sambutan Citrawarna 2012 di Hotel Sunway Putra.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Md. Zanal Misran memberitahu, promosi itu merupakan salah satu usaha kerajaan negeri Johor untuk memperkenalkan lagi hidangan serta kebudayaan negeri tersebut kepada orang ramai khususnya di luar dari negeri Johor.

"Sempena sambutan Citrawarna pada tahun ini, kami memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi untuk mempromosikan makanan dan kebudayaan Johor.

"Masakan Johor yang asli sememangnya sukar untuk didapati di luar dari negeri kami. Kami membawa hidangan negeri Johor untuk memberi peluang kepada orang ramai merasa keenakannya," katanya.

Coffee House Hotel Sunway Putra mempunyai kapasiti untuk 350 tetamu pada satu-satu masa.

Bagi pembaca yang berminat menikmati masakan tradisional Johor, tempahan boleh dibuat menerusi talian 03-4042 9888 sambungan 9032 atau e-mel ke dineshph@sunwayhotels.com.

Tiubnano karbon sentuhan anak Malaysia

Posted:

Tiubnano karbon sentuhan anak Malaysia

Tiubnano karbon sentuhan anak Malaysia


ABDUL RAHMAN (tengah) menunjukkan bahan tiubnano karbon yang dihasilkan bersama dua lagi penyelidiknya, Siang Piao (kiri) dan Choon Ming pada sidang akhbar di USM baru-baru ini.


TIUBNANO karbon, bahan paling inovatif abad ke-21 yang mempunyai kegunaan untuk penghasilan produk akhir industri serta mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kini telah mampu dihasilkan oleh saintis tempatan.

Ia hasil kajian selama 11 tahun sekumpulan penyelidik Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Penyelidikan yang dikenali sebagai Kaedah Pengeluaran Berterusan Tiubnano Karbon Menggunakan Reaktor Putaran itu diketuai Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed. Ia sekali gus mencatatkan sejarah sebagai kejayaan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

Beliau dibantu Prof. Madya Lee Keat Teong, Dr. Chai Siang Piao, Seah Choon Ming dan Yeoh Wei Ming.

Tiubnano karbon sentuhan anak tempatan itu mempunyai kualiti yang setanding dengan bahan serupa dari luar negara atau lebih baik lagi, sekali gus menyaksikan Malaysia melakar nama apabila mampu menguasai teknologi termaju berkenaan.

Ia juga menjadi antara komoditi terpenting abad ini selain berpotensi memberi impak tinggi kepada bidang penyelidikan tempatan.

Menurut Abdul Rahman, tiubnano karbon mula ditemui saintis dunia sekitar tahun 1991 melalui perkembangan yang dicapai dalam teknologi nano (debu halus).

Katanya, bahan itu berupaya menambah baik kualiti produk pembuatan kerana kekuatan mekanikal, sifatnya yang ringan, namun padat serta struktur elektronik yang unggul.

"Sebelum ini kita berjaya membangunkan bahan pemangkin bagi proses tiubnano karbon ini, diikuti membina sendiri reaktor mini yang mampu menghasilkan kira-kira satu kilogram tiubnano dalam masa sehari.

"Kejayaan menghasilkan tiubnano karbon sendiri ini membolehkan industri-industri yang berkaitan di dalam negara menggunakan teknololgi tersebut selain ditawarkan ke pasaran antarabangsa.

"Teknologi tempatan ini lebih murah berbanding bahan sama dari luar negara, tetapi memiliki ketulenan serta kualiti yang standing ataupun lebih baik," ujarnya.

Sistem reaktor itu menghasilkan tiubnano karbon daripada bahan asas iaitu gas asli menjadikan prosesnya bersifat mesra alam serta berkos efektif.

Tambah Abdul Rahman, kos penyelidikan itu dibiayai sepenuhnya beberapa geran kerajaan termasuk geran terbesar daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bernilai RM1.3 juta.

Tiubnano karbon digunakan secara meluas dalam penghasilan produk-produk akhir seperti cip memori, bateri cas semula, raket tenis, raket badminton, basikal, komposit untuk pembuatan kereta dan kapal terbang.

Katanya, sebagai langkah mengkomersialkan teknologi itu, USM melalui anak syarikatnya, Advance NanoCarbon Sdn. Bhd. kini giat meneroka pasaran dalam dan luar negara termasuk ke beberapa syarikat global.

"Dengan kapasiti yang ada kami mampu menawarkan tiubnano karbon pada harga pasaran AS$30 (RM94) setiap gram yang jauh lebih rendah berbanding pengeluar lain iaitu antara AS$35 (RM110) hingga AS$60 (RM188). - ZAKI SALLEH

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat