Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Cantik dengan bahan dari dapur Posted: Cantik dengan bahan dari dapurOleh NIZHA PERIASWAMY
KECANTIKAN dan wanita cukup sinonim. Dalam apa jua cara dan kaedah, seseorang wanita pastinya mahu menampilkan diri mereka secantik mungkin. Bagi Devyamini Selvaraju, 23, kecantikan itu boleh diperoleh dari dapur seseorang. Wanita muda yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang rekaan grafik di Universiti Lim Kok Wing itu tidak mahu berlengah mencari hala tuju kerjaya. Selepas pengajian, dia menyambung pengajian ke India untuk mempelajari selok-belok dunia kecantikan dan kosmetik selama beberapa bulan. Hari ini, beliau memiliki dan menjalankan perniagaan butik kecantikan Rayneez Bridal di Klang, Selangor. Tidak sekadar memberi petua kecantikan, Devya yang mempelajari ilmu tentang kecantikan lebih mendalam daripada neneknya di India berkata, Rayneez Bridal bakal dijadikan pusat sehenti kecantikan secara menyeluruh. Menyediakan perkhidmatan kecantikan muka seperti rawatan kecantikan muka termasuk jerawat, rawatan muka emas, berlian dan ayurvedik, Devya menawarkan lebih daripada itu. Antaranya, rawatan rambut dan kulit kepala, pembentukan bulu kening, rawatan kuku dan merias kuku. Selain itu, rawatan lain termasuklah mendandan rambut, pengantin mengikut acara, khidmat solek, mengikat sari, mengurut badan dan kepala, sesi fotografi peribadi sehingga sesi transisi diri, semuanya ada di Rayneez. Belajar solekan Devya juga membuka peluang kepada pelanggan untuk belajar solekan dan mendandan melalui kursus sehari yang akan diadakan secara bermusim. "Semua ini saya lakukan kerana saya mahu setiap wanita mengenali diri mereka secara lebih mendalam. Setiap wanita mempunyai sisi kecantikan mereka tersendiri, cuma mereka tidak sedar atau kurang mahir menambah nilai diri," kata Devya. Sambil berkongsi beberapa tip kecantikan termasuk produk yang digunakan pada sesi rawatan muka, Devya percaya bahan-bahan mentah semula jadi adalah rahsia kecantikan dan kesihatan kulit khususnya di India. "Di India, produk-produk ini banyak membantu wanitanya kekal kelihatan muda, sihat dan melembapkan kulit muka. Ia juga sesuai untuk semua jenis muka, lebih-lebih lagi kita yang banyak terdedah kepada sinaran ultra ungu (UV) dan pencemaran alam," katanya. Mengambil beberapa contoh rawatan muka di Rayneez Bridal, Devya menunjukkan beberapa pilihan rawatan seperti pembersih, penyental, topeng muka, urut muka, pemutih dan melembut kulit muka. RAYNEEZ memastikan hanya menggunakan bahan semulajadi sepenuhnya dalam merawat pelanggan. "Kombinasi minyak zaitun dan telur digunakan sebagai pembersih. Bagi penyental pula, boleh gunakan kacang hijau, kacang badam, susu, telur dan air mawar. Anda boleh pilih mana-mana kerana ada produk yang sukar diperoleh," katanya. Berkongsi tip mengenai topeng muka, secara amnya, Devya menyarankan campuran minyak zaitun, madu dan telur, namun bagi masalah kulit kering, tairu amat digalak. "Tairu adalah agen pelembap dan pemutih yang sangat baik untuk kulit. Beberapa titis air lemon juga membantu." Devya menambah, mungkin memeranjatkan sesetengah orang mendapati betapa mudah dan murah untuk mendapatkan kulit cantik, sihat dan mulus. "Di Rayneez, saya juga menambah beberapa produk tambahan lain seperti yang ajar oleh nenek supaya pelanggan memperoleh kesan yang lebih hebat. Devya hanya memberitahu produk tambahan itu berasal dari India yang diperbuat daripada herba, rempah-ratus dan barangan mentah bukan kimia. "Apabila kita merawat menggunakan bahan mentah semula jadi seperti ini, kita tidak perlu risau tentang kesan sampingan. Saya jamin pelanggan akan melihat perbezaan secara berperingkat. Ia bukan kesan pada satu malam malah dalam jangka masa panjang dan kekal," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |