{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Suara 2 juta belia

Posted: 26 May 2012 03:47 PM PDT

MukaDepan

Generasi muda menyatakan rasa hormat dan sokongan kepada Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Kehadiran dua juta belia pada Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 di sini 'mewarnai' bandar raya pentadbiran ini dengan pelbagai kegiatan sehingga turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta barisan Kabinetnya.

Warga belia yang datang dari pelosok negara sejak Rabu lalu mengambil bahagian dalam 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini. Warna-warni sambutan itu pula diserikan dengan kemunculan beberapa kelompok belia yang memakai kemeja-T merah, biru, merah jambu bertulis 'I Love PM' (Saya Sayang PM) yang turut menarik perhatian Perdana Menteri.

Najib secara berseloroh berkata, perkataan `Saya Sayang PM' itu tidak akan menimbulkan rasa cemburu isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, kerana ia dilakukan atas dasar rasa hormat belia kepada pemimpin negara.

Himpunan Jutaan Belia 2012 yang disifatkan sebagai belia 'menawan' Putrajaya adalah antara 10 karnival terbesar di dunia dengan menyaksikan khemah untuk ekspo dan pameran sepanjang enam kilometer di Persiaran Perdana, di sini.

Terdahulu, Najib dan isteri serta beberapa menteri Kabinet meluangkan masa kira-kira satu setengah jam melawat tapak pameran sambil beramah mesra dengan belia.
Aktiviti yang dilawati termasuk My Kampung Art yang menyaksikan Najib disambut dengan tarian tradisional dan kawad kreatif daripada kira-kira 1,700 sukarelawan, sebelum menyerahkan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Akademi Tatih Seni yang berjaya mencipta rekod baru mencanting dan mewarna batik terpanjang, iaitu 263.3 meter.

Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara ini tidak boleh bergantung harap masa depannya kepada belia yang 'demo crazy' (gila berdemonstrasi).

"Demokrasi bukan bererti rusuhan jalanan, membaling batu dan menendang anggota polis, itu bukan demokrasi, itu 'demo crazy' namanya," katanya.

Justeru, beliau menggariskan lima ciri belia yang negara boleh bergantung masa depan, iaitu mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang yang berupaya menjamin `hari ini lebih baik berbanding hari esok.'

"Kalau kita melakarkan imej seorang liar, yang sedang menendang seorang anggota polis yang sedang terbaring di atas jalan, bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita, gambaran belia yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang sopan santun yang boleh kita bergantung harap untuk masa depan," katanya.

Perdana Menteri juga berkata, keadaan dan kemajuan negara yang lebih baik pada hari ini berlaku kerana kira-kira 55 tahun lalu, belia pada masa itu serta orang dewasa membuat pilihan yang tepat serta bijak ketika memilih kerajaan.

Najib berkata, belia perlu tahu menilai antara kaca dan permata dalam aspek memilih kerajaan kerana suara mereka adalah keramat untuk memilih kerajaan yang boleh menjamin masa depan negara, sekali gus menjadikan esok lebih baik berbanding hari ini.

"Belia ada kuasa untuk memilih, gunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, penuh bijaksana, jangan termakan hasutan, fitnah dalam internet (dengan) ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab menghasut," katanya.

Beliau juga berkata, majoriti belia adalah yang cintakan keamanan seperti mereka yang hadir pada himpunan itu.

"Saya nak tunjukkan imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis, polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik daripada hari ini," katanya.

Pada majlis itu, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, menyerahkan 'Deklarasi Belia Sahabat Keamanan' kepada Perdana Menteri yang antara lain mengandungi ikrar belia Malaysia menyokong keamanan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat