Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 30 Jun 2012 04:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Pantang lihat 'pucuk muda', pasti mahu 'dibahamnya'. Itu tabiat jelik segelintir penerbit dan pengarah filem atau drama tempatan yang tergamak meminta habuan seks daripada pelakon baru sebelum diberi peluang memperaga bakat dalam produksi mereka. Senario itu bukan sekadar gosip atau khabar angin dalam industri hiburan tempatan, sebaliknya disahkan beberapa pelakon yang pernah berdepan pengalaman membabitkan maruah dan harga diri. Difahamkan, kelompok penerbit dan pengarah miang itu dikenali di kalangan penggiat seni, cuma tiada pihak berani membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana khuatir 'periuk nasi' mereka bakal terjejas. Ikuti pendedahan pelakon terbabit yang berharap 'barah' dalam dunia hiburan ini dapat diatasi pada masa depan seperti diluahkan kepada wartawan Metro Ahad.
Tanpa syak wasangka, dia segera ke pejabat pengarah itu namun sebaik sampai, dia terkejut apabila diminta menyerahkan tubuh sebagai syarat mendapat kerja. "Saya setuju berjumpanya apabila dia mahu beri saya kerja. Namun, saya terkejut apabila dia mengajak saya mengadakan hubungan seks. Apabila saya menolak secara baik, dia seolah-olah mencabar saya supaya berani menyerahkan tubuh. "Saya bertanya padanya, apakah cara sebegini perlu dibuat untuk dapat tawaran kerja? Dia tetap berdegil mahukan saya akur dengan permintaan itu, tapi saya akhirnya mengambil keputusan menolak tawaran itu," katanya ketika dihubungi. Elly berkata, dia tidak mahu memperbodohkan diri dengan menjual maruah semata-mata mahu mendapat tawaran kerja atau meraih populariti dalam masa singkat. "Kalau mahu buat kerja terkutuk seperti itu, sudah lama saya lakukan, tapi saya mahu mencari rezeki halal. Walaupun pengarah gatal seperti ini menyatakan saya susah dapat kerja lain jika tidak mengikut kehendaknya, saya tidak kisah. "Kerjaya saya bermula dari bawah sebagai bekas peserta program realiti dan kemudian mencuba nasib sebagai pelakon tambahan. "Biarlah saya tidak popular atau mendapat tawaran hebat asalkan jujur dan bekerja bersungguh-sungguh," katanya yang pernah membintangi drama Ini Harta Aku Punya, Biasa Je, Jejaka J dan Luka Seorang Perempuan. Pelakon berasal dari Taiping, Perak, ini juga pernah melalui peristiwa sama ketika menerima pelawaan seorang lagi pengarah untuk makan malam. Tembelang sebenar pengarah itu terbongkar apabila dia bertindak berani memegang tangan dan merabanya. "Dia tanya bila mahu 'bermesra' dengannya, sedangkan dia sudah berikan saya kerja. Saya yang tak selesa dengan situasi itu pantas bangun dan memarahinya lalu meninggalkan dia. "Sebelum bergelar artis, saya pernah dengar ada orang bercerita mengenai cabaran dalam industri hiburan ini. Apabila melalui pengalaman hitam seperti ini, baru saya percaya ia benar-benar berlaku," katanya. Menurut Elly, yang penting, dia perlu lebih berhati-hati ketika berurusan mengenai sesuatu kerja. "Jangan percaya janji manis pengarah atau produser yang mahu beri kerja semata-mata menerusi jalan mudah iaitu tidur dengannya. "Lelaki itu berjanji akan menyimpan rahsia apabila artis perempuan sanggup menjalin hubungan sulit, tetapi itu hanya janji palsu. "Seboleh-bolehnya, saya mahu berkongsi pengalaman hitam ini dengan artis perempuan lain, terutama yang baru menceburi bidang ini, supaya tidak menjadi mangsa," katanya yang bakal muncul dengan single, Ke Tepi Ke Tengah tidak lama lagi. |
Posted: 30 Jun 2012 04:11 PM PDT CHERAS: Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3), Asiahtunakma Abdullah atau Akma, 27, sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi Mohamad Fatmi, 28, semalam. Bertempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, di sini, Akma dinikahkan bapanya, Abdullah Abdul Rahim dengan disaksikan Jurunikah dan Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohammad, jam 10.35 pagi.
Pada majlis itu juga, Akma menerima sebentuk cincin emas putih, mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM15,000.
"Suami juga sentiasa menyokong karier saya dan tidak menghalang jika saya ingin terus aktif dalam bidang hiburan asalkan tahu batasan sebagai isteri," katanya.
"Saya gembira hasrat menyunting Akma menjadi suri hidup termakbul dan segala-galanya berjalan lancar. Sikapnya yang suka ketawa dan bijak berkomunikasi membuatkan saya berasa selesa setiap kali kami keluar," katanya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |