{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Dari mana datang 500 perwakilan DAP Pulau Pinang? - David Dass

Posted: 29 Apr 2013 02:29 AM PDT

SEREMBAN 29 Mac - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini diminta menjelaskan mengenai kewujudan 500 perwakilan dari Pulau Pinang yang hadir dan mengundi pada Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata, pihaknya menemui perangkaan itu selepas membuat analisis lanjut terhadap proses pemilihan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada yang diadakan semasa kongres berkenaan, Disember tahun lalu.

Pada masa yang sama, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS)menyiasat mengenai cawangan yang diwakili oleh 500 perwakilan itu sama ada ia sudah didaftarkan atau sebaliknya.

"Secara umumnya setiap cawangan berhak menghantar sekurang-kurangnya tiga perwakilan ke kongres kebangsaan.

"Ini bermakna, 500 perwakilan yang dikatakan datang dari Pulau Pinang ini mewakili kira-kira 166 cawangan.

"Saya berasa ragu-ragu dan bimbang cawangan berkenaan adalah tidak sah sekali gus menjejaskan keputusan pemilihan ahli CEC semasa kongres tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau kesal dengan kepimpinan DAP kerana isu 753 perwakilan DAP tidak menerima surat undangan untuk menghadiri kongres itu masih belum diselesaikan dan muncul pula isu baru yang mempunyai kaitan dengannya. - UTUSAN ONLINE

Polis nafi hanya beri tumpuan pada politik

Posted: 29 Apr 2013 02:14 AM PDT

PAPAR 29 April - Polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh pasukan keselamatan itu hanya memberi tumpuan terhadap politik sehingga tidak mampu menangani kes-kes jenayah di negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, tugas polis bukan hanya menyelesaikan kes berkaitan dengan politik sahaja tetapi turut menjaga ketenteraman awam seperti mana yang ditetapkan dalam Seksyen 3(3) Akta Polis.

"Kita ada Indeks Prestasi Utama (KPI) dan ada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Kalau kita fokus kepada politik sahaja, kita tidak dapat mencegah jenayah dan tidak dapat menjaga ketenteraman awam seterusnya kita tidak akan dapat memastikan Sabah ini selamat.

"Sepatutnya pihak yang bercakap itu kena melakukan sesuatu untuk membantu kita bagaimana hendak mengekalkan keselamatan sebab polis tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana tugas kita ialah untuk pastikan keselamatan dapat dikekalkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di Dewan Masyarakat Papar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Nallakaruppan terima SMS ugut bunuh

Posted: 29 Apr 2013 01:45 AM PDT

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR 29 April - Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengugut untuk membunuhnya kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Beliau tidak menolak kemungkinan ugutan itu ada kaitan dengan pembabitannya membantu kempen-kempen anjuran Barisan Nasional (BN) di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Nallakaruppan telah membuat laporan tentang ugutan tersebut di Balai Polis Sentul di sini kira-kira pukul 3 petang hari ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat