{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jengka - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jengka - Google Blog Search


UMNO Online - 443 Peneroka <b>Felda Jengka</b> 23 Dapat Durian Runtuh

Posted: 01 Mar 2011 04:22 AM PST

Kategori Berita Pilihan

443 Peneroka Felda Jengka 23 Dapat Durian Runtuh

TEMERLOH 1 Mac – Seramai 443 peneroka di Felda Jengka 23 dekat sini hari ini, menerima durian runtuh apabila kerajaan meluluskan rayuan mereka untuk menerima Skim Insentif Tanam Semula Sawit bernilai RM1,000 sehektar setiap peneroka.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata kelulusan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam dalam satu perbincangan bersamanya dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

"Mereka ini sudah merayu sejak tahun lalu lagi, Perdana Menteri semalam panggil kami dan berbincang. Kemudian beliau (Perdana Menteri) meluluskannya," katanya kepada pemberita.

Katanya, dengan keputusan itu, setiap peneroka terbabit akan menerima sekurang-kurangnya RM4,000 kerana secara purata mereka memiliki kira-kira empat hektar tanaman sawit.

"Apabila sampai tempoh perlu ditanam semula sawit, kita akan berikan insentif ini dengan syarat mereka melakukan proses tanaman semula dengan mengikut panduan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Hamzah berkata, kerajaan dianggar membayar RM1.798 juta di bawah insentif itu.

"Pihak pengurusan FELDA Jengka 23 akan menyiapkan semua dokumen membabitkan perkara ini dan jika sempat diserahkan esok pagi (Selasa) kita akan serah cek kepada FELDA pada Jumaat.

"Peneroka akan menerima wang mereka pada minggu depan," katanya.

Hamzah sebelum itu mengumumkan insentif terbabit di hadapan 200 peneroka FELDA Jengka 23.

Pada majlis itu juga, Hamzah turut diminta mempertimbangkan insentif itu untuk peneroka FELDA Jengka 25 kerana mereka juga sudah hampir untuk memulakan fasa penanaman semula itu.

"Untuk Jengka 25, April ini akan mula ditebang pokoknya. Sebaik selesai semua proses kita akan teliti dokumen dan kita akan berikan juga insentif ini," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat