{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemelah - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kemelah - Google Blog Search


<b>felda kemelah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2011 03:20 AM PDT

30 anggota Persida jayakan program khidmat masyarakat

Sebahagian daripada pelajar Persida UiTM Johor yang menjayakan program khidmat bakti di Felda Kemelah, Segamat, baru-baru ini.


SEGAMAT 8 Mac - Lebih 30 orang pelajar daripada Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan (Persida) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor menjayakan program khidmat masyarakat yang diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sinar Mutiara di Jalan Pasa, Felda Kemelah di sini Sabtu lalu.

Golongan siswa siswi terbabit bukan sahaja melapangkan masa untuk bergotong-royong bagi mengindahkan lagi PPDK berkenaan malah turut menyumbangkan RM700 untuk mengisi tabung kebajikan pusat berkenaan.

Ketua Projek Persida, Nurul Ain Nadiah Othman berkata, bagi melaksanakan program khidmat masyarakat tersebut, ahli-ahli persatuannya telah mengadakan jualan amal di kampus UiTM itu dari 1 hingga 4 Mac lalu.

"Hasil daripada jualan amal yang diadakan, kami berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM700 sebagai sumbangan kepada PPDK Sinar Mutiara.

"Kami juga berjaya menghimpunkan seramai 32 orang pelajar Persida dan secara beramai-ramai selama setengah hari, kami telah mengadakan gotong-royong sebagai bakti ikhlas untuk mengindahkan lagi PPDK ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Jelasnya, dalam kunjungan di PPDK berkenaan, rombongan Persida telah diiiringi pensyarah mereka, Nadzira Yahaya dan sumbangan menerusi cek itu disampaikan kepada Pengetua PPDK Sinar Mutiara, Datin Aryani Abdullah.

"Program yang Persida anjurkan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk merapatkan hubungan antara golongan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dengan masyarakat setempat.

"Saya yakin program ini juga telah membuka pandangan lebih luas kepada para siswa dan siswi untuk turut sama mengambil berat mengenai keperluan dan kepentingan golongan istimewa yang menjadi pelatih PPDK," katanya lagi.

Tambah Nurul Ain Nadiah, program yang diadakan sempena Minggu Jalinan Persahabatan dan Amal Bakti 2011 itu telah memberi pendedahan terbaik kepada golongan pelajar untuk lebih melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat