{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jengka - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jengka - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>FELDA JENGKA</b> 19: Utusan Online - Johor

Posted: 01 May 2011 09:32 AM PDT

Prospek pelaburan di Iskandar Malaysia

Posted:

Prospek pelaburan di Iskandar Malaysia

Prospek pelaburan di Iskandar Malaysia

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my


RANDOLPH Mank (dua dari kanan) berbual mesra dengan wartawan pada majlis makan tengah hari di Hotel Thistle, Johor Bahru, kelmarin. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 30 April - Perkembangan pesat di Johor terutamanya Iskandar Malaysia, mempunyai prospek yang tinggi untuk menarik minat pelabur syarikat-syarikat dari Kanada.

Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Randolph Mank berkata, negara itu ini sedang giat mengembangkan perdagangan ke luar negara dan Iskandar Malaysia mempunyai potensi baik kerana lokasinya dekat dengan Singapura, kemudahan pelabuhan di Tanjung Pelepas dan infrastruktur lain.

Menurut beliau, dalam lawatan bersama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman semalam, dia kagum dengan prestasi pembangunan yang ditunjukkan dan tidak menolak kemungkinan untuk mempromosikan Iskandar Malaysia kepada Kanada.

"Tidak ramai antara kami (di Suruhanjaya Tinggi Kanada) sedar mengenai Iskandar Malaysia tetapi selepas saya melihat sendiri projek itu, saya berasa positif untuk berkongsi peluang pelaburan yang ada di sini dengan syarikat-syarikat di Kanada.

"Setakat ini kami masih dalam peringkat tinjauan mengenai peluang yang ada," katanya pada majlis makan tengah hari bersama media tempatan di sini semalam.

Mank turut menyentuh mengenai hubungan dagang dan pelaburan dua hala yang mana Malaysia merupakan rakan dagangan terbesar di dalam ASEAN dengan jumlah RM10 bilion penglibatan syarikat Kanada seperti Bombardier dan SNC-Lavalin dalam kemudahan transit aliran ringan (LRT) di ibu negara.

Beliau juga berkata, fasiliti pemprosesan minyak sesawi milik Felda bernilai RM760 juta di Becantour, Quebec juga menunjukkan hubungan rapat Malaysia dan Kanada.

Selain itu, beliau berkata, tugasnya di sini lebih mudah berbanding negara-negara lain sebelum ini kerana agak ramai rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan di Kanada.

"Kebanyakan syarikat Kanada yang beroperasi di negara ini tidak menghadapi sebarang masalah kecuali beberapa isu mengenai kelulusan visa dan kekurangan tenaga pakar dalam sesetengah sektor," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

IRDA sasar 23 CPP baru penghujung tahun ini

Posted:

IRDA sasar 23 CPP baru penghujung tahun ini

IRDA sasar 23 CPP baru penghujung tahun ini

JOHOR BAHRU 30 April - Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menyasarkan pembukaan 23 Pos Polis Komuniti (CPP) baru di dalam kawasan Iskandar Malaysia menjelang penghujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Ibrahim berkata, sehingga kini terdapat 13 CPP telah dibuka di beberapa lokasi antaranya di Tiram, Kulaijaya, Pasir Gudang, Permas Jaya, Mutiara Rini, Plentong dan Taman Seri Austin di sini.

Beliau berkata, sambutan daripada orang ramai terhadap CPP adalah sangat menggalakkan kerana mereka boleh bekerjasama dengan polis bagi memastikan kawasan kediaman berada dalam keadaan selamat.

"Cadangan penambahan CPP itu turut mendapat sambutan daripada pihak pemaju perumahan dan ada antara mereka bersedia menyumbangkan sebuah rumah yang siap diubahsuai untuk digunakan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian CPP Jalan Tasek, Bandar Seri Alam dekat sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan turut dihadiri Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, M. Munusamy.

Pada majlis perasmian itu, Mohd. Mokhtar mengumumkan pelantikan Lans Koperal Wan Haserinizam Wan Hassan sebagai petugas rasmi di CPP berkenaan.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, pembukaan CPP secara tidak langsung akan mengeratkan lagi kerjasama antara masyarakat dan polis dalam usaha membanteras kegiatan jenayah.

"Masyarakat tidak boleh menyerahkan segalanya kepada kerajaan dan polis untuk menjaga keselamatan sebaliknya perlu bekerjasama dengan menyalurkan maklumat serta berinteraksi secara bersama.

"Perlu diingatkan juga bahawa kemajuan sesebuah kawasan tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata sebaliknya turut diukur daripada tahap keselamatannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>FELDA JENGKA</b> 19: Berita Harian: MukaDepan

Posted: 17 May 2011 09:27 AM PDT

Naik hingga DG54

Posted: 16 May 2011 02:51 PM PDT

KUCHING: Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan.

Jika berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah kerajaan sempena Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan dan menyedari beban tugas mereka memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan beliau dalam rakaman video yang ditayangkan ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, di sini semalam dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

"Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Najib berkata, insentif itu adalah kesinambungan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan yang mengambil kira keunikan tugas guru dan keperluan memberikan kenaikan pangkat melalui kaedah berasaskan masa (time-based).

Katanya, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka pada gred DG48 selepas berkhidmat selama 25 tahun dan sudah tiba masanya laluan kerjaya guru ditambah baik.

"Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik darjah dan padang permainan dengan sebuah negara yang mahu serta bertamadun hebat tidak mungkin terbina tanpa insan bergelar guru.

"Hari ini di setiap ceruk rantau negara, guru tanpa mengenal erti penat lelah sentiasa membawa cahaya harapan kepada anak Malaysia. Merekalah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan bagi membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai beberapa tuntutan yang belum diselesaikan berkata, isu seperti guru siswazah yang belum mendapat kenaikan gred akan diselesaikan secepat mungkin.

"Perjawatan guru amat luas dan kita memandang serius setiap tuntutan yang dikemukakan serta perlu diteliti sebelum diselesaikan seperti isu guru siswazah yang berada di gred diploma.

"Begitu juga dalam mengukur pencapaian guru. Dulu kita sukar untuk menilai, tetapi menerusi sistem dan insentif baru, lebih banyak ganjaran disediakan dan ia berjaya melonjakkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Mengenai dakwaan insentif baru yang diumumkan Perdana Menteri sebagai meniru Buku Jingga pembangkang, beliau menegaskan, kerajaan melakukan pelbagai usaha menambah baik perkhidmatan pendidikan tanpa perlu menunggu pilihan raya.

"Insentif yang Perdana Menteri umumkan ini lebih baik daripada janji RM500 pembangkang yang hanya manis di bibir saja. Kita buat semua ini bukan disebabkan mahu menghadapi pilihan raya umum, sebaliknya ia dilakukan sepanjang masa," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

rasmali

Semua guru layak mendapat pengiktirafan. Kalau guru biasa tak buat kerja, mana nak dapat pencapaian cemerlang. Sekolah cemerlang maknanya semua gurunya cemerlang, berdedikasi dan satu matlamat dengan pentadbir. Kalau askar penakut dan tak terlatih takkan boleh menang peperangan.

mohd aminullah nasir

Terima kasih kpd PM kerana telah mengumumkan berita gembira buat warga guru. namun PM mungkin terlepas pandang kepada guru-guru besar dg44 yang telah maxsima apa cerita.

Ezat

come laa en karim..guru skng ukan mcm dulu..konon keja half day..byk urusan pntabiran kn buat..kelas tmbhan tahun 6..kdg mlm pun buat kelas..skng 1sukan 1murid..akt kokum lg..suma yer d buat d luar waktu P&P..kdg2 guru tpakse keja lbh dr 8jam sehari..smpi umah nak tanda kertas..buat RPH..soalan..jd jan laa pertikaikan tugas guru..en karim pun dulu pnah jd guru b4 jd pensyarah..jd msti sdh maklum dgn hal ini..tau zaman en karim jd cikgu dulu..xmcm nie..Zaman dah berubah en karim..Apapun thanks atas hadiah hari guru ini..wpun xsemua yg mendapat faedah yer..mgkin d masa akn dtg..ada jugak juga..thing p+ jelaa..

guru tua 2

salam kpd guru dg 41 di sk,jangan angkuh sangat dengan dg yang anda perolehi,Ingat anda dulu pun diajar oleh guru dg 29/32/34 sebelum dapat dg 41.jangan biadab sangat..

azhansofi

naik tu baguslah tapi tgk2 la kami yang dg41 sama.. selama ni sebarang kenaikan lebih memihak kepada DGA29 dan DGA32 saja.. Jangan menganaktirikan kami guru2 DG41..

Guru

Hampir 80% guru-guru terkilan dengan janji ini. Bagi mereka yang memang sudah dalam gred-gred yang dijanjikan juga belum tentu mengecapi janji ini. Walau bagaimanapun, ini diharapkan bukan cakap kosong dan janji manis semata-mata sahaja.

Wahyu

Hanya Allah swt yang tahu pengorbanan para guru di Malaysia.....Harap dapat ganjaran setimpal di akhirat kelak. Selamat Hari Guru 2011

ABDUL MANAF BOHARI

Tahniah kepada warga Guru Malaysia. Saya fikir skim baru ini adalah permulaan kepada revolusi yang lebih baik dalam memperbaiki kedudukan guru. Namun, kerajaan juga perlu mengkaji gaji para pensyarah seperti IPTA, IPG, dan yang setara kerana jurang keduanya semakin tidak jauh berbeza. Misalnya, pensyarah DS54 sudah tak jauh degan DG54 (guru) walhal DS54 berada di Universiti dan DG54 hanya di sekolah sahaja. Kalau nak diikutkan kerja pensyarah (termasuklah DS54) agak fleksibel tetapi tiada hadnya. Selain mengajar (dengan pelajar boleh mencecah 200-250 per semester), pensyarah perlu buat research, menulis artikel jurnal, menghadiri seminar, menyelia pelajar (postgraduate) dan sebagainya. Selain itu, pensyarah juga buat kerja admin, kerja3 kerani, dan kerja3 tambahan yang akan bertambah dari semasa ke semasa. Pensyarah juga akan buat khidmat masyarakat seperti program untuk kebajikan masyarakat iaitu kerja ini seringkali menggunakan wang saku sendiri. Semua kerja2 ini termasuk dalam syarat kenaikan pangkat pensyarah dan kalau tak dibuat maka mungkin tak layak naik pangkat. Ini tidak termasuk lulus ujian/ kriteria umum (sebelum ini PTK). Pensyarah tidak boleh mengambil cuti sesuka hati, kerana selagi pelajar berada di kampus, maka selagi itu lah mereka diperlukan. Masa pelajar bercuti pula, pensyarah masih ada tugasan rasmi lain seperti menghadiri seminar, berkursus, memberi ceramah, khidmat masyarakat, dan sebagainya. Inilah hakikatnya, sama ada pensyarah atau guru, kedua-dua profesion ini telah mengalami perubahan yang ketara kerana keduanya ibarat irama dan lagu. Kalau guru diberikan imbuhan, maka pensyarah juga perlukan juga. Jangan disoal gaji pensyarah tinggi atau banyak, kerana itulah hak mereka. Bayangkan mereka nak bergelar pensyarah (gelaran Dr) akan memulakan tugas paling awal pun sekitar usia 27 atau 28 tahun, sekaligus mengorbankan sebahagian usia mereka untuk menjadi ilmuan.

Wassalam.

arolz

habislah cikgu2 nie jejak dinding wat loan nie...

rashidi

SELAMAT HARI GURU....THANKS PM....APA2 PUN BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA..KITA NI KALAU GAJI TINGGI PUN DUIT LAGI BANYAK KELUAR...KERETA BELI YANG MAHAL2..PADAHAL NAIK MOTOR ATAU PERSONA SAMPAI GAK TEMPAT DI TUJU....

king

gaji naik, cukai pun naik... jgn lupa jalan ke LHDN..

NORHARAH BINTI ABD HAMID

hadiah yang terbaik utk yang terbaik. namum....diharap kpm tidak ketepikan GSTT. diharap ada keputusan yang memuaskan agar kami tidak terus digantung tidak bertali. walaupun kami GSTT..namum..khidmat kami sbg gstt yang hampir 4 tahun berkhidmat tidak pernah berkurang seperti guru berjawatan tetap. semoga khidmat dan bakti kami tidak terkubur di sini sahaja. kami sedar status kami...dan kpm cuba mengambil jalan penyelesaian bt kami. namum..jgn terus menghukum kami dgn mengharapkan buah tidak jatuh2. terima kasih bt kpm, jpn,ppd krn masih membuka peluang buat kami GSTT berkhidmat dan berbakti kpd anak bangsa dan negara. slmt hr guru.

PaKCU

saya pernah menyandang dg6 (dg29 13tahun..menjadi gkp sekolah rendah 8 tahun.. peristiwa Kenaikkan pangkat (gpk ke dg5) 2001 kena turun pangkat kerana tidak cukup 16 tahun berkhidmat untuk dinaikkan ke dg5 yang bekelayakan 16 tahun berkhidmat. (peraturan masa itu)..saya sambung belajar (merajuk) pastu dapat dg41..pasa masa itu pula ada kenaikkan 25% untuk dg29 dan saya naik 15 %..kenaikkan itu menyebabkan junior saya yang hanya diploma perguruan mendapat gaji lebih tinggi dari saya..pelik..lepas itu mohon 44 pun tidak terkejar kenaikkan gaji kumpulan ppld itu...dan kini kumpulan atas pulak naik pangkat lagi.. apa yang perlu saya buat lagi? sambung belajar tidak menjanjikan kepuasan kerjaya..duk diam-diam bekerja tengok je orang lain naik kerana perubahan dasar yang berbeza-beza...kesimpulan tunggu pencen jela..mudah --mudahan pencen ngan aman...pe pe pun terima kasih..dah rezeki macam ni..

zailan

ingatkan berita gembira buat SEMUA GURU tp hanya segelintir dpd lebih 300,000 guru seluruh negara yg dapat habuan!!!!guru-guru biasa bertungkus lumus, ketua pula dapat habuan.....kesian kami guru2 yg tak ada pangkat ni!!!!mcm tak nampak je kewujudan golongan kami di sekolah.mcm mana nk perform jika penat lelah langsung tak dihargai.fikir-fikirkanlah dan selamat beramal...

usj

Pengetua ada...Kenapa Guru Besar tak ada?Tak adil ni...Apa pendapat GB semua n Kesatuan Perguruan?Adilkah tu...?Mari sama-sama kita perhalusi...

sailor

harap semua sikgu akan kerja lebih berusaha lagi untuk terus menyumbang kepada peningkatan kerjaya. jangan hanya berkira untuk cuti dan lebih masa sahaja.

Maria

Kenapa tidak diubah kriteria pelantikan Guru Besar? PPPS DG44 patut dilantik sebagai Guru Besar/Penolong Kanan sebab agak janggal jika Ketua Jabatan hanya jawatan DG32.

Cikgu

En Karim En Karim, kau pensyarah kat mana ni? cakap mcm bukan pensyarah, ingat kau saje yg byk keje? minta posting balik jd guru biasa la en karim, br tau. tp kalau dah sampai sekolah biasa, jgn pulak komplen keje banyak.

rocky

en mohdkarim, jom pi sek dan kerja, awat ingat kita goyang kaki ajaq tak sampai 10 jam seminggu, kat ipg master dapat 48 kat sekhabuk pun tarak, cg tak ajaq ipg dpt pelajar kurang ajaq

MOHD YUSRI

Wow, kalau mcam tu nak jadi cikgu la lepas ni... Hahaha... Byak manfaat tu... =)

Guru tua

salam dan salam satu malaysia, kita perlu belajar bersyukur. para pentadbir biasanya yang sudah bekerja puluhan tahun dan mebilang hari pesaraan sahaja. Patutlaah diberi sedikit penghormatan, Mereka dulu pun cikgu biasa juga , menerima arahan dari orng atasan. Takkan kerja satu tahun nak jadi pentadbir .sampai giliran kita pula di atas atau jadi pentadbir.belajarlah bersyukur ...fikirkanlah

mohamad

Kenaikan pangkat perkara ke-2, yang penting buat masa kini ialah kenaikan Gaji Guru-guru seluruh malaysia termasuk kakitangan sokongan yang bertungkus lumus memajukan bidang pelajaran ini...... pangkat bagi mereka yang telah berpangkat saja yang untung...bagi mereka yang tidak berpangkat kenaikan gaji amat penting....sekarang barang semua naik, kos hidup naik!!!!!gaji macam itu saja apa macam mau mengajar....

Guru

Berita gembira ini hanya untuk beberapa orang guru sahaja tapi bagi yang tak menikmati berita gembira ni, anda masih layak menikmati kenaikan gaji tahunan..sebelum ni pun ada kenaikan gaji. yang tak terlibat tu pandai-pandailah bawa diri.

butumpang

Apa saja hasilnya...kita orang bawahan hanya tunggu dan lihat sajalah. Kalau ada rezeki dapat, kalau orang nampak penat lelah kita mereka akan bagi...terima kasih NUTP yang sentiasa berjuang untuk bela nasib GURU.

fadayek

Syabas dan syukur kpd pihak kerajaan.Saya guru biasa tp saya yakin sy akan dpt habuan yg diberikan nanti..sy kena bersabar..begitu juga guru2 yg lain..dg41 jgn la rasa terkilan guru2 besar dilantik dari dg38..anda masih muda takkan nak jd gb kot baru masuk mengajar..belajar hormat..tengok betul2 apa yg diberi oleh kerajaan,,jgn rasa besar diri dgn ilmu yg ada berbandng pengalaman orang yg lebih lama..sabar..ada diantara dg41 masuk mengajar kerana tidak ada pilihan lain..ingat tu..syukur apa yg ada ditangan..anda masuk mengajar baru dua tahun gaji dah lebih dari saya yg mengajar l1bih 10 tahun..tegok dibelakang jgn pandang di depan..

aku

mohd karim... awak pensyarah dari mana? cakap mcm budak2... nak sangat jd cikgu? ok je..meh tkr ngan cikgu2..

Jean

tmakasih PM sbb memberikan khabar gembira, tapi semua lapisan guru dapat manfaatkah?

Lantoh71

Bagi seorang guru biasa pangkat tak penting, sebab yg berpangkat tu pandai arah buat kerja aje..dia tak pernah pikiq org yg buat keja yg dia suruh tu..tunggang terbalik agar dpt hasil terbaik. Kerajaan kena bagilah kenaikan gaji atau elaun kpd guru DG41..itu yg lebih menggembirakan..sebab drpda 300 000 org warga guru tu..tak semua yg dpt...

Ckg Ayus

TQ, PM. Pertamnya bersyukur dgn rezeki yg ada. Namun begitu, apa yang lebih diinginkan oleh para guru ialah satu sistem tangga gaji yang baru dan lebih menarik. Imbuhan kenaikan pangkat sebegini tidak akan melibatkan semua guru. Perlu ada perubahan sistem tangga gaji kerana kerana guru sekarang dialah guru, dialah jurulatih, dialah setiausaha, dialah kerani, dialah pemandu sekolah, dialah tukang kebun dan dialah ......

NoR_Is78

bersyukur lah en karim dah jd pensyarah pun...semuanya bermula hanya kerana guru..kenapa dipertikai kerja guru banyak ke tidak..tranformasi pendidikan telah mengubah dunia pendidikan ke arah yg lebih mencbar..kalu nak ckap biar berlapik...kami warga guru dah jd mcm kerani,ada en karim tahu...balik sama dgn waktu kerani ada en karim tahu..apa beza mengajar budak besar dgn budak yg baru nak kenal ABC...bukalah mata hati...fikir2lah kesusahan org lain jugak...sentiasalah bersyukur dgn nikmat tuhan.....seorg pensyarah tak layak persoal mcm ni....apapun tima kasih kepada PM..

wan

kenapa golongan pensyarah diabaikan sedangkan beban tugas pensyarah bukan hanya termaktub kpd P&P malahan turut bertungkus lumus membuat penyelidikan dan menghasilkan penerbitan. Skim gaji pensyarah tidak pernah disemak, sedangkan untuk menjadi pensyarah kelayakan akademik yg diperlukan adalah tinggi iaitu minimum Ijazah Sarjana (Master degree). Pensyarah tidak akan mendapat cuti free jika cuti semester seperti golongan guru bercuti jika musim cuti sekolah.

Ava Clava

woi mohdkarim..cikgu skolah mana yg dapat balik pukul 2 tu??..jangan la anda menidakkan beban kerja seorang cikgu..sakit hati bila anda cakap 'byk sgt ke keje cikgu'...ya..mmg banyak..jom..pergi ke skolah saya untuk tengok sendiri..

ramani muthusamy

Terima kasih kepada PM dan Timbalan PM kerana mengumumkan berita baik kepada warga pendidik. Tetapi ramai cikgu biasa tanpa siswazah dan bukan siswazah ditinggalkan. Yang mendapat habuan ialah yang berjawatan dan bagaimana dengan yang tidak berjawatan? Ramai guru yang mendapat kelulusan Master dan PHD yang masih berada di sekolah tidak mendapat sebarang pengiktirafan dan insentif dari pihak kementerian. Diharap pihak dapat mengumumkan sesuatu untuk golongan terpinggir ini. 1 Malaysia.

gurangak

terima kasih kerajaan sekarang. satu langkah yang sangat berani dan berwawasan.kerajaan yang prihatin. namun kami guru-guru sekolah rendah DG41 seperti tidak dipandang. guru-guru yang digalakkan belajar sehingga mendapat master dan Phd terlepas pandang.. harap kerajaan dapat bertindak segera.

simon

Keprihatinan kerajaan amat dialu-alukan. Tapi sedih jugahlah yg berjawatan tinggi ja dpt kenaikan Januari tahun depan. Ramai guru time based DGA32, macam tak terlibat.

Cikgusue Pkhas

Terima kasih dari guru.satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah kenapa Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas tidak layak menerima Elaun Tanggungjawab RM 60 sedangkan beban tugas pentadbiran yang perlu dipikul oleh mereka sama dengan GPK Kanan lain. Bahkan GPK Pkhas perlu mentadbir semua aspek termasuk kurikulum , kokurikulum dan hal ehwal murid. Sekiranya perjawatan tersebut telah diluluskan oleh JPA kenapa kami tidak layak menerima elaun tersebut.

sakrimn

Terima kasih kepada Perdana Menteri dan TPM atas keperihatian mengai Kenaikan pangkat guru. Kepada guru yang dapat naik pangkat itu, tingkatkan usaha, kreativiti dan ilmu khususnya dalam bidang ICT buat membantu kemahiran diri dalam melaksanakan tugas yang mencabar kini. Itu semua rezeki dari Allah. Terima kasih.

siti

apa macam ni? tidak semua guru dapat faedah seperti yg diumumkan oleh kerajaan sempena hari guru. maksud saya guru DG41 dan PPLD diketepikan. tidak ada dalam senarai kenaikan pangkat/ gaji, sedangkan mereka penyumbang besar kpd pembangunan pendidikan negara kerana tenaga dan bilangan mereka yang begitu ramai. sepatutnya, mereka ini perlu diberi perhatian. Jasa mereka harus dikenang. Seolah2 mereka ini tidak berbuat ape2 dalam melonjakkan pendidikan mengikut arus transformasi negara!

aimi

adakah pensyarah ipgm berbeza dgn guru?

cgcKING

TQ atas keprihatinan pihak kerajaan di atas sumbangan setiap guru. Namun kenaikan pangkat tidak bukan kehendak semua guru kerana ianya melibatkan sekelompok sahaja. Seharusnya ianya disusuli dengan kajian tentang bebanan guru dan gaji yang seiringan dgn kos kehidupan seorang guru sebagai penjawat awam dan penyumbang kepada ekonomi negara. Kesimpulannya RM @ Pangkat????

Ahmad

Kenapa hanya mereka berempat yg diberi insentif, guru2 biasa x ada, kerani sokongan pun x ada... walhal mereka berempat ni tahu mengarah je... ada guru kelas x dpt nak fokus mengajar sbb banyak sgt kerja pentadbiran yg diarahkan... buat tu lah, buat mcm ni lah... hantar repot tu lah, hantar repot ni lah...

msw

Yang pangkat besau-besar tu penuh teori, perancangan tu, perancangan ni....yang menanggung pelaksanaannya cikgu kecik-kecik. Kalau tak berjaya program tu, depalah dok kena bantai...kena marah tahap kuli bangla pun ada. Kalau dok rancang apa-apa tu, meh pakat ramai-ramai laksanakan sendiri baru tahu baik ka tak baik ka...lepas terbukti senang dilaksanakan, barulah perluaskan...Ni Gaji besaq tak puas lagi...kesianla kat depa yang dok pedalaman, kampung dan belantara tu... telan ai liuq je tengok keta gempaq2

siti

apa macam ni? tidak semua guru dapat faedah seperti yg diumumkan oleh kerajaan sempena hari guru. maksud saya guru DG41 dan PPLD diketepikan. tidak ada dalam senarai kenaikan pangkat/ gaji, sedangkan mereka penyumbang besar kpd pembangunan pendidikan negara kerana tenaga dan bilangan mereka yang begitu ramai. sepatutnya, mereka ini perlu diberi perhatian. Jasa mereka harus dikenang. Seolah2 mereka ini tidak berbuat ape2 dalam melonjakkan pendidikan mengikut arus transformasi negara!

em

kalau nak bagi bagi la kat semua. kami kumpulan bawahan pun nak gak naik pangkat

zuhal2020

kpd en mohdkarim, pandangan anda tidak menggambarkan anda sebagai seorang pensyarah. harap lebih berhemah.

em

kalau nak bagi bagi la kat semua. kami kumpulan bawahan pun nak gak naik pangkat

Ahmad

Kenapa hanya mereka berempat yg diberi insentif, guru2 biasa x ada, kerani sokongan pun x ada... walhal mereka berempat ni tahu mengarah je... ada guru kelas x dpt nak fokus mengajar sbb banyak sgt kerja pentadbiran yg diarahkan... buat tu lah, buat mcm ni lah... hantar repot tu lah, hantar repot ni lah...

siti

apa macam ni? tidak semua guru dapat faedah seperti yg diumumkan oleh kerajaan sempena hari guru. maksud saya guru DG41 dan PPLD diketepikan. tidak ada dalam senarai kenaikan pangkat/ gaji, sedangkan mereka penyumbang besar kpd pembangunan pendidikan negara kerana tenaga dan bilangan mereka yang begitu ramai. sepatutnya, mereka ini perlu diberi perhatian. Jasa mereka harus dikenang. Seolah2 mereka ini tidak berbuat ape2 dalam melonjakkan pendidikan mengikut arus transformasi negara!

LHDNM

tahniah para guru...tahun depan kalau cukai kena banyak janganlah terperanjat pulak...jangan claim yang bukan2 sudah...menyumbang untuk pembangunan negara...

ronnie SMKTG

en mohd karim....kita walaupun dalam bidang yang sama tapi skop tugas kita berbeza....mmg layak guru dapat peluang mcm tu....kalu rasa keistiwewaan takda pada pensyarah nape jadi pensyarah..guru pertikaikan tugas dan keistimewaan kitaorg Guru ni.....yg penting bukan nilai tugas kita, tapi keikhlasan kita buat keja...baru dapat rezeki yang halal dan keseronokan masa berkerja

narise salam

guru cemerlang mesti yang boleh mengubah murid kelas hujung dari segi pencapaian akedemik dan kelakuan sekurang kurangnya ke tahap pertengahan dan bukan hanya diukur pencapaiannya disekolah yang murid muridnya memang bijak di kelas A atau sekolah terpilih. Baru real dan tulin. Kalau tidak semua guru memang terlatih oleh kerajaan dan disahkan kompetennya

YUNUS

Hanya untuk lama sahaja...Guru kaunseling bagaimana pula...sering diabaikan...tiada ruang kerjaya..dan kenaikan gaji yang khusus..terdapat lebih 8,000 guru kaunseling di KPM...harap kerajaan perlu..fikir..kan

Mohd Fairuz

Kerja guru dari luar tidak nampak banyak, tp sebenarnya lebih dari apa yang dilihat.. Gurulah yang mengajar, gurulah yang mengurus data maklumat guru-guru lain, data murid, data staf-staf lain, data asrama.. Kalau nak cerita, banyak lagi.. Guru juga pegang jawatan lain seperti, guru sukan, guru buku teks, guru penyelaras makmal... Malah, guru juga yang pegang jawatan setiausaha, bendahari dan lain-lain lagi dalam PIBG

Ady Telokmas

salam semua, kesian guru , ibarat menang sabung kampung tergadai..khususnya GPK-GPK. Mrk tak dpt apa2, malah dianaktirikan..yg dpt laba GPK Sekolah Kluster. SK dpt apa? Wah rakyat sangkat GPK dpt naik Gred...maknanya dpt naik gaji. Elaun GPK katanya naik ke RM250. Abuk pun tarak..Minta PM dan TPM bela naib guru-guru GPK sekolah rendah yg kebykkn nya nak pencen..untung guru muda diberi peluang sambung belajar..tapi adakah mrk akan jadi guru berijazah yg berkualiti? Tepuk selera tanda selera..

nordin

Dah berkhidmat 6 tahun dg29 5 tahun dgn dg41 tp kene tunggu lg 4 tahun utk time base dg44 servis ms tu dah 15 tahun.dah tu mgjr prauniversiti kecemerlangan utk pljr dah berbongkal2.anak didik dah jadik rakan sekerja tp masih dg41.buang masa buang tenaga.kenape x disingkatkan tahun berkhidmat x perlu kira 3 tahun dg29=1th dg41.cgu sek rendah x bg sumbangan ke. Hrp dibantu bekas ppld ni.xde cgu sek rendah x akan ada budak yg naik kesek men.pikir la wei

suzie

bagaimana dengan nasib guru gred DG41 yang baru berkhidmat?

bagaimana dengan kami guru2 gred 41..

Marzuki

Selamat Hari Guru. Sebagai warga guru kami tidak mementingkan sangat ganjaran sebaliknya menjalankan amanah mendidik anak bangsa lebih penting. Kami masih lagi menunggu maklum balas daripada kementerian tentang mengatasi beban tugas guru yang kian bertambah setiap hari. Bagaimana kami hendak mengajar dan mendidik anak bangsa dengan sempurna kerana kerja-kerja seperti perkeranian, mengurus peperiksaan, kokurikulum, mengurus pelbagai program sekolah dan sebagainya menghalang kami daripada memberi tumpuan sepenuhnya dalam P&P. Hal ini sesungguhnya memberi tekanan kepada kami warga pendidik yang juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.

kata berita gembira untuk semua guru tapi hanya berita gembira untuk sebahagian guru..kami guru biasa ni dapat apa?apa yang baiknya berita semalam bagi kami yang masih di takuk lama? jangan kata kami tak bersyukur..

Aminuddin Omar

Kerajaan adil dan saksama. Teruskan usaha dan terus maju.

guru terkilan

Kami guru DG32 Hakiki dan KUP hanya gigit jari pada hal ada diantara kami telah berkhidmat lebih 30 tahun. Kppk pun tidur aje ke ?

Suzzanne

Selamat Hari Guru. TQ kepada PM diatas ganjaran yg diberikan kepada guru. Namun tidak semua guru yang dapat merasakannya. Saya masih was-was dengan ganjaran yang di berikan. Bagaimana sistem ini akan dilaksanakan. Nampaknya golongan di sekolan menengah sebenarnya mendapat ganjaran yang lebih . Hanya segelintir sahaja guru di sekolah rendah yg mendapat imbuhannya. itupun hanya DG34. Oleh itu bagaimana plak guru yg tlh menyandang DG41 di sekolah rendah. Banyak guru mengharapkan agar tangga gaji baru terlaksana dan elaun guru di berikan kerana guru tidak ada elaun overtime berbanding staf sokongan yang lain. Kerja guru di bawa sehingga ke rumah tetapi tidak ada sesiapa yang lihat. Hanya dalam pandangan guru bekerja setengah hari. Hakikat tiada siapa yg tahu. Apa pun Terima kasih PM.

nera

Apa beza GC dgn guru wibawa & Pendeta guru? rasa mcm sama je...coz GC pun boleh smpai DG54 n JUSA C jugak....Pengumuman PM tu mcm saja2 highlight kan benda yg sdh wujud...tak ada apa2 pun hadiah utk guru...hanya pihak pentadbir sja yg dapat hadiah...itu pun kalu PK tu masih DG41...tak kan dia terus lompat p DG48...logik ka? Hadiah PM tak menyeluruh utk semua guru...tidak seperti hadiah utk polis n tentera.....guru ni tak ada kepentingan utk PM kot..pasal tu tak dihargai sgt...fikir-fikir la sendiri...

guru terkilan

Kami guru DG32 Hakiki dan KUP hanya gigit jari pada hal ada diantara kami telah berkhidmat lebih 30 tahun . Kppk pun tidur aje ke ?

mohd anuar

terima kasih kepada kerajaan.tapi harapnya lepas ni adalah pula ganjaran untuk guru-guru biasa cam kami.duk tgh tggu komen dari NUTP.

ana

macamana pula dengan gaji jururawat? ingin juga merasa kanaikan gaji,kerjanya tak kira masa, melebihi waktu kerja tak kisah, asalkan dapat memuaskan hati klien, walaupun terdedah dengan banyak aduan setiap hari, namun jururawat tetap bersabar, walapun tiada pembelaan,,,kami ingin juga marasai penghargaan dari kerajaan untuk manaikan gaji semua.. jururawat. t.kasih

Mohd Salleh Bin mahat

Assalamualaikum w.b.t / salam sejahtera / salam satu Malaysia.

Saya sebagai seorang guru / pensyarah akademik di IPG terpanggil untuk memberikan sedikit komen berkaitan dengan pemberian berhemah pihak kerajaan terhadap warga pendidik.

Syabas kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi perhatian yang sewajarnya. Apakah nikmat ibarat "durian runtuh" ini hanya dinikmati oleh para warga pendidk di peringkat sekolah yang hanya mengeluarkan sijil UPSR, PMR ,SPM dan STPM ,sedangkan di peringkat IPG mengeluarkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Namun demikian warga pendidik seperti saya di IPG, telah berkhidmat sejak 1982- di sekolah rendah, Menengah dan kini berada di peringkat IPG turut sama menikmati limpahan nikmat kenaikan Gred ini. Bermakna perkhidmatan saya kini mencapai 29 tahun iatu 21 tahun di sekolah dan 8 tahun di IPG.

Untuk makluman saya pernah berada di Gred C2,C1, B10, DG6,DG41 dan kini DG44 sahaja. Tidak berpeluang ke DG32 dahulu dan begitu lewat untuk menerima pemangkuan DG48.Persoalannya ,sedangkan rakan-rakan yang berada di Metrikulasi, seangkatan saya telah menikmati gred DG52 dan lebih junior pula telah menikmati gred DG48-untuk makluman Metrikulasi hanya mengeluarkan sijil sahaja.

Saya kini berkelulusan sarjana pendidikan sebagai tuntutan memenuhi syarat berada di IPG sebagai guru akademik.Bagaimana atau apakah cara penilaian yang lebih baik dapat digunapakai di peringkat IPG.

Bagi guru di sekolah, syabas kerana menimati habuan ini.
Sekian terima kasih.

usop

nampaknya yg untung gb, pengetua dan gk, guru ijazah di sk rendah x ada makna sedih org berilmu xdpdulikan.makin naik tocang le gb dan gk 34dpd guru dg41. sedih patutkah koperal mengarah kapten. fikir-fikirkan. kpd pm dan menteri pelajaran letakahan yg hak pada tempatnya. ubahla sistem jika kita nak maju. jgn kerana x tau nak leTAK GB NON GRADUATE, KITA NAYA guru-guru yg berijazah. patutke guru dg41,44,48 di sk rendah diarah oleh gbyg gred rendah. patutkah doktor pakar diarah oleh jururawat diploma. fikir-fikirla. Biar transfomasi itu benar-benar transfomasi yang betul dan tepat dan bukan menguntungkan satu pihak dan merugikan satu pihak lain. biar adil dan saksama.selamat hari guru.

usop

nampaknya yg untung gb, pengetua dan gk, guru ijazah di sk rendah x ada makna sedih org berilmu xdpdulikan.makin naik tocang le gb dan gk 34dpd guru dg41. sedih patutkah koperal mengarah kapten .fikir-fikirkan. kpd pm dan menteri pelajaran letakahan yg hak pada tempatnya. ubahla sistem jika kita nak maju. jgn kerana x tau nak leTAK GB NON GRADUATE, KITA NAYA guruguru yg berijazah. patutke guru dg41,44,48 di sk rendah diarah oleh gbyg gred rendah. patutkah doktor pakar diarah oleh jururawat diploma. fikir-fikirla. Biar transfomasi itu benar-benar transfomasi yang betul dan tepat dan bukan menguntungkan satu pihak dan merugikan satu pihak lain. biar adil dan saksama.selamat hari guru.

wan khairizan bt Meor Abdullah

Tahniah kepada semua pentadbir...
semoga lantikan guru tingkatan 6 diselesaikan secepat mungkin..dan penuh dengan keadilan ..ramai guru yang sudah mengajar lebih daripada 6 tahun tidak dilantik..yng dilatik guru2 baru...tak tau knp..

ANIS

BETUL, memang sambutan hari pentadbir sebab langsung tak nampak apa kebaikan untuk guru biasa.

wan khairizan bt Meor Abdullah

Tahniah kepada semua pentadbir...
semoga lantikan guru tingkatan 6 diselesaikan secepat mungkin..dan penuh dengan keadilan ..ramai guru yang sudah mengajar lebih daripada 6 tahun tidak dilantik..yng dilatik guru2 baru...tak tau knp..

Raffee

Terima kasih kepada kementerian pelajaran.. cuma kami pegawai yang bertugas di PPD amat TERKILAN.. tidakpun disebut soal perjawatan di PPD. TPM sila ambil perhatian

guru kempunan :

"LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA"
GURU YANG BUAT KERJA BERTUNGKUS LUMUS, PENGETUA/GURU BESAR YANG DAPAT NAMA & HABUANNYA..

rosham

Guru-guru DG41 di SK, KPPK telah buat momerandum dengan KPM bahawa walaupun di SK akan ditempatkan lebih 50% PPPS namun jawtan pentadbiran tetap dipegang oleh guru senior @ PPPBS DG32 &34.Kalau anda ingin merasa kenaikan pangkat yang lebih luas cuba mohon ke SMK @ mohon GC DG44 di SK, barulah berbaloi-baloi, takkan gaji nak naik, tapi ngajar sampai jam 1 je.GURU SM jam 2.30 loceng bunyi jam 3 baru sampai rumah. Guru-guru mrsm, kalau nak peluang yang sama kena masuk KPM la, mrsm n KPM lain skim atau dasarnya

guru tpinggir

Tidak memberangsangkan ganjaran diberi dan guru biasa di sekolah rendah tidak diberi peluang

mohd zamri zamri

tahniah guru..apapun ada juga berita kebaikkan untuk cikgu..sampai masa akan dapat juga kenaikkan pangkat kepada gred yg lebih baik...belajar lah bersyukur usaha2 kerajaan mewujudkan peluang untuk guru2, cth wujudkan GURU J_QAF, KPLI n lain2 saya yakin ramai lepasan U terutmanya ORANG MELAYU mendapat manfaatnya..antara dasar2 kerajaan dalam memperkasakan bidang pendidikan..BERSYUKUR!!!

s.balasingam

Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana perhatin mengenai kenaikan pangkat guru.Namun bagi guru-guru yang telah berkhidmat semasa PPLD dan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah adalah sukar untuk memperolehi dari sistem baru ini. Malangnya kumpulan ini tertinggal dalam arus sistem baru kanaikan pangkat yang akan dilaksanakan pads tahun 2012. Daripada 175,267 guru graduate 30% adalah guru senior yang berada dalam kumpulan ini. Saya memohon jasa baik Perdana Menteri dab Timbalan Perdana Menteri memngkaji cara yang baik untk memndapat pangkat. Ramai yang telah berkidmat lebih 23 tahun ( PPLD dan GRADUTE ). Kasihan kami . Jika tidak ditolong kami akan ketinggalan dan bersara dengan pencen rendah. Terima kasih.

mohdkarim

macam mana dengan pensyarah...kami pun bertungkus lumus..sampai ke malam..guru kerja sampai pukul 2 je..pastu cuti sekolah diorg pun turut cuti...byk sgt ke keje cikgu

ami

mudah-mudahan kami kat mrsm yang sentiasa mengekalkan prestasi ni tak ketinggalan. janganlah biarkan kami menelan air liur je

amar

macam manalah nasib kami guru kat mrsm. harap-harap tidak akan ketinggalan

mohd efendi bin abutiar

salam... kepada kerajaan yang dihormati saya nak memberi sedikit komen.. kenapa hadiah hari guru pada tahun ini tidak dapat dinikmati oleh semua guru. kenapa hanya dinikmati oleh para orang besar berempat sahaja. sedangkan guru yang dibawah juga bertungkus lumus menjalankan tugas mereka disekolah mahupun didalam kelas. sekolah rendah juga dianaktirikan seperti tiada fungsi dalam pendidikan negara. pada tahun ini negara kita menyambut "hari pentadbir" bukan "hari guru". terima kasih.. ikhlas dari j-QAF SK BUKIT DINDING JERANTUT PAHANG.

adalah lebih baik sekiranya tempoh time-based dipendekkan lg. ini lebih merangkumi semua gred..

fadzilah bt abu

saya masih keliru dgn kaedah kenaikan pangkat di sk rendah sebab sekarang ramai guru dg41 di sk rendah, tetapi gpk masih lagi diambil dari gred dga32.jadi apa perana guru-guru berijazah di sk rendah, gred pentadbir lebih rendah dpd guru2biasa

dr slump

wow...nak jd che'gu la mcm ni...boleh naek smp jusa c..

Roert bin garatam

Terima kasih kerajaan Malaysia yang sentiasa mengutamakan rakyat. Rakayat adalah raja dan kita yang dilantik oleh rakyat perlu akur dengan keperluan mereka...berbakti untuk rakyat..ada rakyat maka ada negara..negara maju kerana kita bersatu.Mari kita bersatu memajukan negara...jangan asik main politik ja...kerja tak siap-siap...kita asik ketinggalan dengan kemajuan negara lain...

marzuki manan

kena kurangkan aktiviti koko nampaknye lepas nie... bnykan buat aktiviti dalam darjah... banyakkan buat program2 akademik...

RAFIQ AZRI

Tahniah Cikgu!! Mendidik adalah Amanah, Ganjaran bukan ukuran, Ikhlas kepada Allah jadi Ibadat. Apapun Penghargaan Kerajaan kepada Guru sungguh hebat, berbanding sektor lain yg tak kurang bebanan tugas serta terdedah kepada Rasuah/Penyelewengan. Beruntunglah kamu Wahai Cikgu, Sokong lah BN.

Guru tua

Terima kasih TPM/M Pelajaran atas keperihatinan terhadap golongan pendidik yang sekian lama menanti dalam kesamaran.

guru sukan selalunya diabaikan...

ISMAIL BIN SAID

Syukur dan syabas. Cuma kenaikan Gred Guru(PPPS) Kedoktoran seperti diumumkan pada sambutan Hari Guru 2010 belum menjadi kenyataan. PPPS yang PhD masih belum terima apa-apa.

RAFIQ AZRI

Tahniah Cikgu!! Mendidik adalah Amanah, Ganjaran bukan ukuran, Ikhlas kepada Allah jadi Ibadat. Apapun Penghargaan Kerajaan kepada Guru sungguh hebat, berbanding sektor lain yg tak kurang bebanan tugas serta terdedah kepada Rasuah/Penyelewengan. Beruntunglah kamu Wahai Cikgu, Sokong lah BN.

abuharta

Terima kasih PM. Namun begitu, beban tugas guru tetap sama dan kian bertambah2.

kami dga32 timebased dapat apa?

juki john

Terima Kasih PM. Kepada guru-guru yang dah dpat naik pangkat janganlah malas lagi. Jangan kata 'Aku dah dapat apa perlu kerja kuat lagi, yang belum dapat perlu kerja kuat'. Saya rasa mereka yang telah dinaikkan pangkat harus diturunkan pangkat jika prestasi pelajar menurun 2 tahun berturut-turut.

Gill

Terima kasih atas keprihatinan kerajaan ke atas kebajikan guru-guru seluruh malaysia namun masih ada perkara yang masih samar-samar terutama perjawatan guru-guru siswazah yang mengajar di sekolah rendah. Di samping harap-harap ada usaha kementerian bukan sahaja insentif dalam perjawatan tetapi sistem yang lebih baik terutama dalam mengagihkan sumber manusia. Saya takut bila seseorang guru/AKS inginkan jawatan lebih baik dia akan sanggup kemana sahaja tetapi cuma untuk sekejap sahaja.....hanya untuk mendapatkan jawatan seperti yang sering berlaku.

Kisman

Terima kasih kepada Datuk Seri di atas pengumuman berkaitan peluang guru mendapat gred hingga ke Gred Jusa C. Ayuh kepada semua warga pendidik untuk menabur bakti dengan penuh keikhlasan demi anak bangsa kita. Terima Kasih Cikgu.

halid bin haron

tahniahlah cikgu semuaa....walaupun ada virus yang merosakkan profession guru ini tapi jasamu tetap dikenang. sebenarnya guru bukan hanya di sekolah sahaja.... tapi guru yang sebenar ialah orang yang membawa kita pada kejayaan dunia akhirat... termasuklah ibu bapa kita.

Sipawa Eng

Tahniah PM, moga inisetif ini akan jadi penyuntik semangat kepada warga guru untuk terus berkhidmat dengan cemerlang demi Malaysia yang tercinta.

bujang

Tahniah kpd guru-guru seluruh malaysia, baktimu telah amat ku sanjung. Utk kerajaan pula tolong kaji-kajikan juga gred gaji perkhidmatan awam.

UDIN bin saad

Terima kasih PM, Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan atas pengumuman tersebut.Ianya hadiah bermakna sempena Hari Guru walaupun impian untuk mendengar kajian tangga gaji guru dinaikkan memandangkan bebanan tugas dan punca ramai golongan muda tawar hati untuk jadi guru,namun syukur.

Tapi jangan lupa kumpulan sokongan, mereka juga memainkan peranan penting dalam kecemerlangan sesebuah sekolah dan pendidikan negara. Terima kasih Kerajaan BN.

Maziah Ismail Maziah

guru...oh guru

Samsudin Mohamed

PIBG SMK Tanjung Pauh Jitra, Kedah mengalu-alukan pengumuman oleh PM dan TPM di majlis sambutan hari guru semalam namun masih mengharapkan guru biasa juga akan mendapat manafaatnya.

Saya juga berharap perayaan ini diubah kepada hari pendidik agar pensyarah-pensyarah juga dapat meraikannya.

Sambutan lebih bermakna dengan penganugerahan kepada guru dan pensyarah nanti.

NYDP SMK Tanjung Pauh, Jitra, Kedah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saiful saksi bercakap benar

Posted: 16 May 2011 02:49 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah saksi yang benar, berwibawa dan diyakini serta keterangannya disokong dengan penemuan pakar, demikian diputuskan Mahkamah Tinggi semalam sebelum mengarahkan Ketua Pembangkang itu membela diri atas tuduhan liwat dihadapinya.

Mahkamah juga putuskan penemuan profil DNA mengaitkan Anwar dengan pertuduhan liwat juga tidak meragukan, walaupun ada dakwaan ia mengalami kerosakan, tercemar dan ada elemen gangguan.

Malah, mahkamah berpendapat ada bukti daripada saksi lain yang menyokong keterangan Mohd Saiful dalam perbicaraan tertutup mengenai apa yang berlaku antara beliau dan Anwar di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 seperti dalam tuduhan. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya yang dibacakan hampir dua jam, berkata, beliau berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap fakta dan pertuduhan liwat dihadapi Anwar.

Katanya, antara persoalan perlu diputuskan mahkamah adalah sama ada keterangan Mohd Saiful selaku saksi utama pendakwaan mengenai apa yang berlaku di antara beliau dan Anwar di kondominium itu, boleh diterima atau sebaliknya.

"Menyedari tuduhan itu bergantung kepada keterangan Mohd Saiful, maka pihak pembelaan melalui sesi soal balas dan hujahan panjang lebar dan kadang kala seolah-olah mengganggu, cuba menggambarkannya sebagai saksi tidak berwibawa, tidak boleh dipercayai dan perlu diketepikan mahkamah.

"Malah, pembelaan juga cuba menyatakan beliau bukan seorang penganut agama Islam yang baik, datang daripada keluarga yang berpecah belah, saudara perempuannya melarikan diri mengikut kekasihnya, pembelot dan penyokong Barisan Nasional.
"Bagaimanapun, itu semua tidak relevan (dengan tuduhan). Dalam kes ini, ada peluang liwat berlaku dan Mohd Saiful menceritakan dengan terperinci bagaimana tertuduh meliwatnya, malah melalui keterangan panjang lebar olehnya serta saksi lain, tiada keterangan lain yang menunjukkan kejadian itu tidak berlaku.

"Daripada penjelasan itu yang dibuat tanpa tokok tambah dan mengada-adakan cerita, saya mendapati beliau adalah seorang saksi yang bercakap benar, keterangannya utuh dan boleh diterima," katanya.

Mohamad Zabidin berkata, tindakan Mohd Saiful tidak melarikan diri ketika diliwat atau meminta tolong daripada pemilik kondominium atau pengawal keselamatan adalah difahami kerana beliau masih muda dan bukan bekas pekerja biasa tertuduh, malah mengagumi ketokohan Anwar serta diberikan layanan istimewa.

"Alasan mengapa beliau tidak meminta tolong pemilik atau individu lain di unit kondominium bersebelahan itu adalah kerana mereka rakan Anwar dan berdasarkan keadaan itu, ia tidak menjadikan keterangannya tidak boleh dipercayai," katanya.

Hakim juga berkata, Mohd Saiful dalam keterangannya berkata dia mengadu kejadian itu kepada beberapa individu, termasuk bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor; bapa saudaranya, Tuah Mohd Alip dan kenalan keluarga, Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar tetapi ada antara mereka yang ragu-ragu serta tidak menggalakkannya melaporkan kejadian itu kepada polis.

Mohamad Zabidin berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan Anwar dan Mohd Saiful berada di lokasi itu pada masa kejadian dikatakan berlaku.

Katanya, keterangan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL), iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan yang menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful juga menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa ada kemasukan zakar ke dalam duburnya.

Menyentuh keterangan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, Mohamad Zabidin berkata keterangan mereka perlu dilihat secara menyeluruh tanpa memperincikan bagaimana kaedah pemprofilan dijalankan dan peralatan digunakan.

"Profil DNA diperoleh Dr Lay Hong daripada seorang penyumbang dikenali 'Lelaki Y' adalah berpadanan dengan profil DNA daripada berus gigi, tuala putih dan botol air mineral yang diambil dari lokap tertuduh.

"Berdasarkan semua alasan itu, saya memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes mereka dan tertuduh diperintahkan membela diri," katanya di akhir penghakimannya.

Mohamad Zabidin kemudian mengadakan perbincangan dengan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin dan peguam bela, Karpal Singh dalam kamarnya serta menetapkan 6 hingga 30 Jun depan untuk perbicaraan bagi tertuduh membela diri.

FAKTA:

* Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

* Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat