{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda nitar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda nitar - Google Blog Search


Sempat tulis surat wasiat

Posted: 22 May 2011 09:16 PM PDT

MERSING: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nitar sempat menulis wasiat minggu lalu yang hanya boleh dibuka selepas dia meninggal dunia, sebelum dia maut akibat kemalangan jalan raya, pagi kelmarin.

Allahyarham Mohd Hanif Omar, 14, dikatakan menulis wasiat berkenaan ketika menghadiri program motivasi di sekolahnya sebelum menyerahkannya kepada keluarga dan meminta dibaca apabila dia meninggal dunia kelak.

Bagaimanapun, keluarga tidak menyangka gelagat pelik anak periang berkenaan adalah petanda dia akan meninggal dunia, sehinggalah motosikal yang ditunggangnya bertembung sebuah Proton Wira di Jalan Mawar Felda Nitar jam 11.40 pagi kelmarin.

Kakaknya, Julia, 21, berkata, antara kandungan wasiat itu termasuk memohon kemaafan kepada ibu bapa, menghalalkan segala makan minum dan mengampuni dosanya.

"Selain itu, wasiat berkenaan turut meminta ibu bapa sampaikan salam kepada guru dan rakan-rakan serta meminta maaf daripada mereka," katanya.

Menurutnya, sebaik pulang dari program motivasi itu Arwah menyampaikan wasiat berkenaan kepada ayah dan memintanya menyimpan surat itu hingga dia meninggal dunia, barulah boleh dibaca.

"Saya tidak sangka wasiat yang ditandatanganinya itu benar-benar berlaku kepada adik dan meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. "Kami sebak apabila bapa membacakan kandungan wasiat itu, namun reda dengan kejadian yang menimpanya," katanya.

Sementara itu, bapa arwah, Omar Ismail, 63, yang sebak selepas membaca wasiat itu berkata, dia tidak sangka anaknya itu sudah meninggal dunia.

"Sebelum kejadian, arwah meminta wang RM1 untuk membeli aiskrim di kedai berhampiran sebelum bertandang ke rumah seorang rakannya. "Bagaimanapun tidak lama selepas arwah keluar rumah di Blok 10 A Felda Nitar, saya menerima panggilan telefon daripada rakannya memberitahu Hanif parah akibat kemalangan.

"Saya bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, saya dapati Mohd Hanif parah di kepala dan badan sebelum membawanya masuk ke dalam kereta untuk dihantar ke Hospital Mersing," katanya.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, ambulans tiba menyebabkan mereka memindahkan Mohd Hanif yang cedera parah ke ambulans sebelum menyambung perjalanan.

Katanya, anaknya diberikan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian.

"Arwah seorang yang periang. Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, pemandu Proton Wira berusia dalam lingkungan 30-an tidak cedera dan dipanggil memberi keterangan.

Beliau berkata, pihaknya belum tahu punca kejadian kerana terdapat beberapa versi dan berharap sesiapa mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kami berharap orang ramai akan membantu kami dalam siasatan," katanya.

MyMetro
23 Mei 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

cEtusAn RasA: Sempat tulis surat wasiat

Posted: 22 May 2011 06:29 PM PDT

MERSING: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nitar sempat menulis wasiat minggu lalu yang hanya boleh dibuka selepas dia meninggal dunia, sebelum dia maut akibat kemalangan jalan raya, pagi kelmarin.

Allahyarham Mohd Hanif Omar, 14, dikatakan menulis wasiat berkenaan ketika menghadiri program motivasi di sekolahnya sebelum menyerahkannya kepada keluarga dan meminta dibaca apabila dia meninggal dunia kelak.

Bagaimanapun, keluarga tidak menyangka gelagat pelik anak periang berkenaan adalah petanda dia akan meninggal dunia, sehinggalah motosikal yang ditunggangnya bertembung sebuah Proton Wira di Jalan Mawar Felda Nitar jam 11.40 pagi kelmarin.

Kakaknya, Julia, 21, berkata, antara kandungan wasiat itu termasuk memohon kemaafan kepada ibu bapa, menghalalkan segala makan minum dan mengampuni dosanya.

"Selain itu, wasiat berkenaan turut meminta ibu bapa sampaikan salam kepada guru dan rakan-rakan serta meminta maaf daripada mereka," katanya.

Menurutnya, sebaik pulang dari program motivasi itu Arwah menyampaikan wasiat berkenaan kepada ayah dan memintanya menyimpan surat itu hingga dia meninggal dunia, barulah boleh dibaca.

"Saya tidak sangka wasiat yang ditandatanganinya itu benar-benar berlaku kepada adik dan meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. 

"Kami sebak apabila bapa membacakan kandungan wasiat itu, namun reda dengan kejadian yang menimpanya," katanya.

Sementara itu, bapa arwah, Omar Ismail, 63, yang sebak selepas membaca wasiat itu berkata, dia tidak sangka anaknya itu sudah meninggal dunia.

"Sebelum kejadian, arwah meminta wang RM1 untuk membeli aiskrim di kedai berhampiran sebelum bertandang ke rumah seorang rakannya. 

"Bagaimanapun tidak lama selepas arwah keluar rumah di Blok 10 A Felda Nitar, saya menerima panggilan telefon daripada rakannya memberitahu Hanif parah akibat kemalangan.

"Saya bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, saya dapati Mohd Hanif parah di kepala dan badan sebelum membawanya masuk ke dalam kereta untuk dihantar ke Hospital Mersing," katanya.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, ambulans tiba menyebabkan mereka memindahkan Mohd Hanif yang cedera parah ke ambulans sebelum menyambung perjalanan.

Katanya, anaknya diberikan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian.

"Arwah seorang yang periang. Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, pemandu Proton Wira berusia dalam lingkungan 30-an tidak cedera dan dipanggil memberi keterangan.

Beliau berkata, pihaknya belum tahu punca kejadian kerana terdapat beberapa versi dan berharap sesiapa mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kami berharap orang ramai akan membantu kami dalam siasatan," katanya. - myMetro


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat