{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda kepis - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda kepis - Google Blog Search


Bila Tinta Menari-Nari: Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa, Biro <b>...</b>

Posted: 21 May 2011 09:10 PM PDT



FELDA KEPIS :21 Mei – Kehadiran YB Dato' Ahmad Maslan ke FELDA Kepis melalui Program Isu-isu Semasa atas pelawaan YB Dato' Abd Samad b Hj Ibrahim Selaku Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Pilah tepat pada masanya.

Majlis ilmu ini dihadiri oleh Penduduk FELDA Kepis sendiri di bawah kepimpinan Pengerusi JKKR Felda Kepis menjangkau seramai 300 orang dikalangan generasi pertama FELDA. Turut hadir, YB Dato' Hj Ismail bin Hj Lasim selaku Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, En Jamaludin bin Abd Wahab selaku Ketua Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri Wilayah Raja Alias, En Roslan bin Suli selaku Pengurus FELDA Kepis.

Ketika sesi alu-aluan kehadiran YB Dato' Hj Ahmad bin Hj Maslan, YB Dato' Abd Samad bin Hj Ibrahim memaklumkan bahawa Biro Penerangan UMNO Bahagian Kuala Pilah sedang bergiat aktif dalam misi-misi penerangan bagi menjawab tohmahan-tohmahan dan fitnah-fitnah pembangkang. Penerangan seumpama ini adalah sangat penting bagi pihak UMNO/BN menjelaskan kepada akar umbi terutamanya mengenai isu-isu yang sengaja dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Maka dengan itu, menjemput YB Dato' Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap TImbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah tepat. Memandangkan YB Dato' Hj Ahmad Maslan sendiri dipertangjawabkan menjaga FELDA 1 Malaysia.

Menambah dari Ucapan YB Dato' Abd Samad bin Hj Ibrahim, YB Dato' Hj Ismail bin Hj Lasim yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah menyeru kepada penduduk-penduduk FELDA Kepis agar bijak menganalisa isu-isu yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang. Pihak pembangkang tidak ada idea apabila lebih suka memanipulasikan usaha-usaha kerajaan diperingkat nasional, negeri dan tempatan. Usaha-usaha ini perlu dibenteras dengan jawapan-jawapan yang tepat agar tiada penduduk yang memperakui dakyat-dakyah pembangkang itu tepat dan benar.

YB Dato' Ismail Lasim juga menjelaskan kehadiran Presiden Parti Keadilan Anuar Ibrahim di Kg Seri Pilah, Senaling pada 8 Mei 2011 dalam misi Mengombak Kemenangan Kuala Pilah. Dalam misi dan cita-cita yang tinggi itu, kita perlu melihat kredebiliti Anuar Ibrahim tidak akan memungkinkan dia menjadi Perdana Menteri sementelaah tuduhan ke atasnya sudah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendapati ada kes prima facie terhadap tertuduh.

Namun begitu, YB Dato' Ismail Lasim mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi terutamanya peduduk FELDA mengundi BN ketika pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Membuktikan pengundian FELDA Kepis sebagai Fixed Deposit Kemanangan UMNO/BN Kuala Pilah amnya. Namun begitu, kita juga perlu berhati-hati dan sentiasa memainkan peranan penting apabila pembangkang juga sedang mengasak Generasi Kedua FELDA. Kehadiran YB Dato' Ahmad Maslan ke FELDA Kepis adalah bertepatan kerana beliau bekerja di bawah Perdana Menteri yang masih menjaga FELDA.

Ketika menyampaikan sessi penerangan yang diselang seli dengan gelak tawa hadirin seramai 300 orang itu, antara lainnya YB Dato' Ahmad Maslan menjelaskan bahawa YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak telah mengalir darah pengasas FELDA iaitu Allahyarham ayahandanya Tun Abd Razak. Malah beliau juga mengakui bahawa FELDA Kepis menjadi Fixed Deposit Kemenangan BN pada pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Manakala FELDA di Negeri Sembilan merupakan FELDA Ketiga terbesar selepas FELDA di negeri Pahang dan Johor. Perdana Menteri ingin menjadikan penduduk FELDA sebagai mentaliti kelas pertama apabila Kerajaan Perseketuan melalui Perdana Menteri kini membelanjakan sebanyak RM50 juta dalam Pendidikan bagi Pembangunan Modal Insan untuk seramai 1.6 juta anak-anak FELDA yang berjaya dalam pendidikan. Beliau menjelaskan bahawa PM ingin melakukan transormasi terhadap FELDA bagi kepentingan rakyat Malaysia. Bukan untuk kepentingan individu seperti yang di dakwa oleh pembangkang.

Satu ketika dahulu, FELDA merupakan hutan banat yang takut untuk didiami oleh orang ramai. Berkat daripada kesabaran pengurusan ketika itu Tun Abd Razak yang memperkenalkan Buku Hijau telah memungkinkan kita sebagai peneroka dan mengusahakan Ladang Getah, Ladang Kelapa Sawit, Ladang Tebu. Kini Perdana Menteri menjadikan FELDA sebagai pengeluaran gula terbesar Malaysia iaitu sebanyak 70% pengeluarannya.

YB Dato' Ahmad Maslan menjelaskan sekali lagi, bahawa usaha Perdana Menteri tidak akan pernah berakhir di dalam membangunkan FELDA apabila PM mengimpikan FELDA sebagai perusahaan Gedung Makanan Negara, iaitu sebagai pengeluar bahan-bahan makanan utama untuk Malaysia malah pengeluaran itu pula akan dieksport ke luar negara.

Apabila isu kerajaan menggunakan duit KWSP dimainkan oleh pihak pembangkang, Dato' Ahmad Maslan menjelaskan bahawa Kerajaan sebenarnya telah meminjam wang itu sebanyak RM 1 ribu juta bagi tujuan membeli gula. Apabila kerajaan meminjam daripada KWSP dan membayar balik pinjaman itu, KWSP mendapat keuntungan sehingga 6%. Maka tidak wajarlah kerajaan dipersalahkan menggunakan wang bagi kepentingan sendiri.

YB Dato' Ahmad Maslan juga memaklumkan Projek pembinaan Menara FELDA setinggi 50 tingkat di Jalan Stonor, dijangka siap sepenuhnya Jun 2012. Menara FELDA setinggi 50 tingkat berhampiran Menara Berkembar Petronas itu begitu signifikan dengan kejayaan 50 tahun FELDA sebagai organisasi pembangunan tanah paling berjaya di dunia. Oleh yang demikan, tidak mungkin Perdana Menteri melupakan jasa-jasa peneroka FELDA di dalam pembangunan negara. Selain itu, katanya, bangunan ini mempunyai status Koridor Raya Multimedia (MSC). Menara Felda mempunyai lingkungan kawasan lantai bersih seluas 689,000 kaki persegi dan mempunyai sebuah dewan serba guna yang mampu memuatkan 1,500 orang.

Merujuk kepada isu kes Anuar Ibrahim yang terlibat dengan kes liwat dan Video Lucah, Perkara ini telah disahkan oleh siasatan polis dan mahkamah telah menjatuhkan hukum. Tidak timbul tentang mahkamah berat sebelah dalam menjalankan prosuder penghakiman. Bukti-bukti tersorak telah berjaya dirungkaikan oleh pihak berkuasa.

"Mereka yang buat hal mengapa UMNO yang perlu mencuci tahi mereka", katanya.

Beliau seterusnya memberi contoh Anwar mendakwa kononnya UMNO menjadi dalang dalam kes video seks sedangkan yang membuat pendedahan video tersebut ialah Datuk Eskay yang terang-terang bukan ahli UMNO.

"Penyokong-penyokong Anwar juga dinasihatkan jangan terlalu fanatik dan menyokong membabi buta. Nilai dahulu sesuatu perkara itu. Jangan menyesal di kemudian hari"

Semoga Barisan Nasional terus kekal di pilihanraya-pilihanraya akan datang di Bahagian Kuala Pilah. Merupakan satu-satunya bahagian yang dipelopori oleh UMNO keseluruhannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat