{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Maut melayang

Posted: 01 Jan 2012 02:26 PM PST

MukaDepan

KEADAAN kereta MPV Honda Stream yang remuk mengorbankan tujuh nyawa selepas bertembung dengan sebuah treler membawa tong gas di Batu 6 Lekir, Sitiawan, malam kelmarin.

KEADAAN kereta MPV Honda Stream yang remuk mengorbankan tujuh nyawa selepas bertembung dengan sebuah treler membawa tong gas di Batu 6 Lekir, Sitiawan, malam kelmarin.

Tujuh terbunuh selepas kereta dinaiki 10 rakan rempuh treler sebelum sambut tahun baru

SITIAWAN: Perjalanan pulang 10 rakan sekampung selepas membeli barang keperluan untuk menyambut tahun baru berakhir dengan tragedi apabila tujuh daripadanya, termasuk empat pelajar maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung treler dan sebuah kereta lain di Batu 6 Lekir, Jalan Sitiawan-Teluk Intan dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian di ambang Tahun Baru 2012, kira-kira jam 10.30 malam itu turut mengakibatkan pemandu treler cedera parah, manakala tiga lagi penumpang dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki 10 orang itu serta pemandu sebuah lagi kereta jenis Honda Civic, cedera.

Enam mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian terdiri daripada dua beradik, Badrul Isa Sulaiman, 19; dan Mohamad Hadi, 17; sepupu mereka, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15 serta Mohamad Kamil Samsuri, 15; Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15 dan Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16. Pemandu Honda Stream, Mohd HisamMat Zaki, 22, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung (HSM) pada jam 8.35 pagi semalam. Pemandu treler, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, yang berasal dari Ayer Itam, Pulau Pinang dilaporkan parah di muka dan tangan serta masih dirawat di HSM.

Penumpang yang duduk bersebelahan Mohd Hisam di bahagian depan, Khairul Faiz Mohd Noor, 17, serta dua lagi penumpang remaja perempuan yang tidak diketahui identiti mereka serta pemandu kereta Honda Civic dilaporkan cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar.

Mohamad Kamil, Ahmad Faizal, Mohamad Shadan dan Muhammad Shafik Redzuan adalah pelajar Sekolah MenengahKebangsaan Batu 10 Lekir; Mohd Hisam dan Badrul Isa pula bekerja di sebuah kilang di Kampung Acheh, Sitiawan, manakala Mohamad Hadi sepatutnya melaporkan diri mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pagi semalam.

Semua yang terbunuh berasal dari Kampung Batu 15 Lekir kecuali Muhammad Shafik Redzuan dari Kampung Batu 14 Lekir dan Mohd Hisam yang berasal dari Kampung Sungai Mekong, Jeli, Kelantan.
Kemalangan berlaku apabila Honda Stream dari arah Sitiawan memotong beberapa kenderaan dari sebelah kiri sebelum masuk semula ke laluan di depan Honda Civic secara mengejut sehingga hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan treler dari arah Teluk Intan.

Pertembungan mengakibatkan bumbung Honda Stream tercabut dan melayang kira-kira 50 meter dari tempat kejadian, manakala kenderaan itu berpusing dan terbalik beberapa kali sehingga beberapa penumpangnya terpelanting keluar, termasuk seorang yang terjatuh di atas kereta Honda Civic.

Treler pula terbabas ke kanan jalan dan merempuh beberapa gerai buah-buahan di tepi jalan sebelum terperosok ke dalam kebun kelapa sawit.

Keadaan di tempat kemalangan amat mengerikan apabila mayat bergelimpangan di tengah jalan dan ada yang tercampak sehingga ke laluan ladang sawit dengan satu mayat ditemui tanpa kepala dengan otak bersepai, mata tersembul dan isu perut terburai dengan cebisan daging dan otak bertaburan sehingga jarak 50 meter dari tempat kejadian.

Anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengutip cebisan daging dan otak serta mencari kepala salah seorang mangsa yang kemudian ditemui tidak jauh dari situ.

Difahamkan, ketika kejadian, penumpang Honda Stream dalam perjalanan balik ke Kampung Batu 15 selepas selesai membeli barang keperluan dan bersiar sekitar Teluk Batik, manakala treler pula dalam perjalanan menghantar tong gas dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Pulau Pinang.

Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Superintendan Ismail Munajat, berkata semua mayat dibawa ke HSM untuk bedah siasat pagi semalam dengan enam daripada mangsa dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Batu 15 sebelum Asar, manakala jenazah Mohd Hisam dibawa ke Jeli untuk dikebumikan di sana.

"Kejadian berlaku di jalan lurus berturap dan kering, manakala keadaan gelap kerana tiada lampu jalan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Lagi berita dan gambar dapatkan akhbar Berita Harian hari ini pada muka 6/7

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mohd Halit Abdul Ghani

Kalau remaja ini memandu mengikut peraturan pasti semuanya selamat...oleh kerana memandu mengikut nafsu akhirnya semua musnah...

fik89

bdak2 muda baru dpt kereta kot.. sbb tu pndu mcm tu,memotong belah kiri jln.. hilang kawalan msti dsbab kn memandu tlalu laju.. al-fatehah..


Full content generated by Get Full RSS.

17 mahasiswa ditahan demonstrasi

Posted: 01 Jan 2012 02:20 PM PST

MukaDepan

TANJUNG MALIM: Polis menahan 17 mahasiswa, termasuk seorang penuntut wanita kerana menyertai demonstrasi haram dengan membawa keranda, tidur di atas jalan dan cuba memanjat pagar kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, awal pagi semalam.

Demonstrasi itu diadakan atas alasan menuntut kebebasan akademik dengan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan 'membebaskan' pelajar UPSI, Adam Adli yang disiasat kerana menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, pada 17 Disember, daripada dikenakan tindakan tatatertib.

Turut ditahan pada perhimpunan haram yang dianjurkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu ialah Adam, 21. Adam ketika ini disiasat UPSI dengan pendengaran tatatertib ditetapkan 9 Januari ini, selain polis. Demonstrasi itu disertai kira-kira 70 penuntut universiti, kebanyakannya pelajar UPSI, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Management and Science University (MSU). Dua penuntut, termasuk Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Safwan Anang turut cedera ketika polis menyuraikan demonstrasi itu.

Safwan dikatakan cedera, termasuk patah gigi selepas merempuh dinding kaca sebuah klinik 24 jam di hadapan UPSI ketika kumpulan terbabit bertempiaran lari apabila polis cuba menahan mereka selepas amaran bersurai tidak diendahkan.

Seorang lagi mahasiswa yang tidak dikenal pasti identitinya, juga cedera di kepala.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, yang mengesahkan penahanan itu berkata, polis mengadakan sekatan jalan raya di sekitar kampus UPSI seawal 5 petang kelmarin selepas mendapat maklumat awal mengenai perhimpunan haram dianjurkan sebuah pertubuhan tidak berdaftar, SMM.
Beliau yakin SMM mengambil kesempatan mengadakan perhimpunan haram ekoran penganjuran dua acara iaitu konsert ambang tahun baru dan perlumbaan 'mountain bike' oleh UPSI, petang kelmarin.

"Polis mengambil pendekatan berhemah untuk menangani insiden itu. Malah, Ketua Polis Daerah (OCPD) Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan, sendiri turun ke lokasi untuk berunding dengan mereka supaya bersurai secara aman jam 1 pagi.

"Bagaimanapun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila kira-kira 70 mahasiswa, termasuk penuntut wanita mula menjerit dan merentangkan beberapa kain rentang dan poster menyebabkan polis terpaksa memberikan amaran supaya mereka bersurai.

"Namun keadaan menjadi semakin tegang apabila pelajar mara ke depan dengan memprovokasi polis. Mereka mula baring di atas jalan raya menghalang lalu lintas serta mengganggu keselamatan awam. Selain itu, ada pelajar yang menggoncang dan cuba memanjat pagar kampus UPSI.

"Apabila keadaan menjadi tegang dan pelajar tidak mematuhi nasihat, kita ambil tindakan menangkap. Mereka lari bertempiaran dan merempuh kedai berdekatan, termasuk sebuah klinik berdinding kaca yang pecah, menyebabkan dua orang cedera," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim di sini, semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof dan Othman.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk pemimpin pembangkang antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkumpul di hadapan IPD Tanjung Malim tengah hari semalam menuntut pembebasan terbabit.

Mohd Shukri berkata, semua 17 mahasiswa itu berusia 19 hingga 24 tahun yang ditahan di Balai Polis Tanjung Malim direkodkan keterangan mereka dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam, Seksyen 145 Kanun Keseksaan kerana memasuki atau berada dalam perhimpunan yang tidak dibenarkan, Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat (merempuh klinik) dan Seksyen 27(5) Akta Polis kerana menyertai perhimpunan haram tanpa permit.

Bagaimanapun, semua mereka dibebaskan petang semalam dengan jaminan polis.
Polis turut merampas pembesar suara dan beberapa kain rentang serta poster wajah Perdana Menteri yang digunakan dalam perhimpunan itu.

Mohd Shukri juga menafikan laporan blog dan portal yang mendakwa polis bertindak ganas dengan memukul pelajar terbabit, termasuk sehingga seorang nazak.

"Ini semua, termasuk dakwaan polis kerah FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) adalah pembohongan untuk memburukkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Polis tidak kerahkan FRU, hanya anggota tugas am yang mengawal keadaan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Ahmad sord Abdullah

Apa dah jadi dengan penuntut kita sekarang ni semua ,terlalu mengikutkan kata hati sampai ada yang cedera,bukan tak boleh berdemo,bila mesej dah sampai bersurai le,kat kita ni negara demokrasi,segalanya pasti ada tindakbalas lanjut dari kerajaan cuma masanya saja yang belum sampai,akta mungkin dikaji juga pada satu masa yang sesuai.

abangaji

Buang Universiti aja mahasiswa tu.....Tak sedar diri belajar pun masih dibantu oleh ibubapa dan kerajaan masih nak tunjuk BESAR KEPALA.Ambil tindakan tegas terhadap penganjur demo tu. Jangan bagi muka.....Ini bukan budaya kita.... Zaman demo-demo ni pengasasnya adalah DSAI...Semuanya adalah orang-orang upahannya. Konon nak ikut di Mesir,Libya dan negara-negara Asia Barat.Awak duduk sana lah.....Tukar kerakyatan.

hasim

macam ni ke bakal2 cikgu sekolah ni? rosakla bakal anak2 murid nnti..patutnya skrg tuntutlah ilmu sedalam-dalamnya dan kalau dah selesai belajar barulah sibuk nak berpolitik dan sebagainya..belajar baru setahun jagung dah nak buat huru-hara..contoh pemikiran yg sgt kurang bijak..sengal..pihak UPSI tolong ambil tindakan tegas terhadap mereka!

rakyat malaysia

apela korg ni,nk bljr ke nk brpolitik??

khairullah

pelajar berdemontrasi tidak matang.

mohd hamdan

Belum habis belajar dah bt hal...lum tentu lg lulus...klu mau ikut politik jgn belajar pi jd calon bertanding dlm PRU nanti...Bodoh...


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat