Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 21 Jan 2012 02:42 PM PST MukaDepan DATUK Seri Najib Razak bersama Datin Seri Rosmah Mansor turun padang melihat hasil tangkapan nelayan yang menerima sumbangan selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di Kampung Tanjung Lumpur, Kuantan, semalam. KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak memberi tempoh tiga bulan kepada pasukan petugas khas semakan semula Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk membuat penambahbaikan dan menyediakan cadangan baru yang dapat memuaskan hati setiap penjawat awam di semua peringkat. Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan memastikan cadangan serta penambahbaikan kepada skim berkenaan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak yang diterima sebelum ini. Justeru, beliau yakin penjawat awam akan mendapat kepuasan menyeluruh selepas SBPA disemak semula dan diberi penambahbaikan oleh pasukan petugas khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam."Saya akui banyak menerima maklum balas mengatakan tidak berpuas hati dengan skim baru ini dan kerajaan akan mempertimbangkannya sebaik mungkin supaya ia dapat memberi kepuasan kepada semua penjawat awam. "Kita terima jika ada kepincangan (dalam SBPA) dan berusaha memperbaikinya. Sebab itu kita tubuhkan pasukan petugas khas ini yang akan menimbang segala maklum balas dan rayuan untuk menambah baik lagi skim berkenaan," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan perdana menteri bersama pegawai/kakitangan awam kerajaan/agensi kerajaan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang di sini, semalam. Hampir 7,000 penjawat awam dari seluruh Pahang hadir pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Seri Adnan Yaakob; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Sufian Ismail. Selain itu, Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan bersedia menimbangkan pemberian gaji dan bonus lebih tinggi kepada penjawat awam, tetapi ia perlu selari dengan peningkatan produktiviti perkhidmatan masing-masing. Katanya, jika produktiviti meningkat, ia mampu menjana ekonomi lebih baik, seterusnya membolehkan kerajaan memperoleh pendapatan lebih tinggi, meningkatkan daya saing negara dan memacu sebagai negara maju. "Daripada kita kekang pendapatan penjawat awam, lebih baik kita beri tambahan gaji dan bonus supaya mereka lebih rajin bekerja dan membantu hasil dan pendapatan kerajaan berkembang," katanya. Beliau turut mengakui pentingnya tanggungjawab penjawat awam dalam pentadbiran negara kerana apa jua dasar dan agenda besar bergantung kepada peranan serta sumbangan mereka. Sementara itu, pada sidang media selepas melancarkan Program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di Kampung Tanjung Lumpur, Perdana Menteri turut mengumumkan berita baik kepada nelayan pesisir pantai bahawa mereka boleh mula memohon Skim Bantuan Perumahan (SBP) antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk membaik pulih rumah masing-masing. Perdana Menteri berkata, borang skim berkenaan akan diedarkan menerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) masing-masing. Beliau berkata, peruntukan bantuan membaik pulih rumah nelayan itu adalah sebahagian daripada RM300 juta Tabung Khas Perumahan Nelayan yang diumumkan dalam Bajet 2012. "Skim bantuan ini terbuka kepada semua nelayan pesisir pantai dan mereka boleh mengemukakan permohonan mulai sekarang dan borang akan diedarkan melalui persatuan nelayan di kawasan masing-masing," katanya. Lebih 20,000 orang hadir pada program itu yang juga satu daripada usaha mendukung Gagasan 1Malaysia dengan fokus kepada pelaksanaan khidmat masyarakat dalam pelbagai aspek secara turun padang dan mendekati rakyat. Program itu didokongi sepenuhnya Yayasan 1MDB dengan usaha sama Yayasan FELDA dan kerjasama Jabatan Perikanan, Persatuan Nelayan Kebangsaan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, kementerian dan kerajaan negeri. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenEmilia ELias bersyukur dengan semakan semula...terima kasih kepada PM sudi mengkaji semula...Saya sebagai jururawat yang bekerja di labour room iaitu dewan bersalin ingin menyatakan bahawa saya bekerja menjahit pesakit berkemungkinan besar boleh tercucuk jari.Saya ingin mohon elaun kritikal yg sedia ada sekarang tidak ditambat sebalik nya tolong kaji pekerjaan yg saya lakukan setiap hari adalah bahaya kerana sekarang ramai pesakit HEPATITIS A,B.HIV...tolong selidik semula kenapa ingin tambat elaun kritikal yg sedia ada...saya yang bekerja di ppukm labour room mohon supaya tolong selidik semula. Balero Mano Setuju sangat kajian mendalam dilakukan keatas SBPA supaya tak ada yg terkilan spt bagi mereka yg telah terlau kanan dlm perkhidmatan awam,tak berpeluang meningkatkan kelayakan akademik,tak berpeluang meraih anugerah khidmat cemerlang kerana kekangan kuota 8 peratus,telah berada atas tanggagaji mati 5 hingga 10 tahun,tak berpeluang naik pangkat kerana kekurangan jawatan dsb.nya.Jika pelaksanaan SBPA cantik,akan cantiklah juga Kerajaan dimata rakyat khsususnya penjawat awam yg rata2 mengharapkan Caring Government. annacomel Satu usaha yang baik kerana mencuba memuaskan hati semua lapisan kakitangan awam.harus diketahui juga untuk menjaga hati dan memuaskan semua lapisan adalah satu kerja yang amat susah. mengapa tidak menetapkan gajii berdasarkan pengalaman dan tahap pendidikan? Ini akan mendorong masyarakat lebih mementingkan mencari ilmu dan menjadi contoh kepada pelajar sekolah dan universiti. Perbaiki juga gaji kakitangan awam yang telah 20 tahun bekerja tetapi mendapat gaji hampir sama dengan pekerja junior yang 10 tahun berkerja .Ini berlaku kerana perubahan sistem penyelarasan yang berlaku pada satu waktu dulu.Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana usaha ini. Awang Pakar Dicadangkan kepada Kerajaaan agar mana-mana Penjawat Awam yang gaji mereka telah maksimum untuk beberapa tahun diberikan gaji maksimum dalam SBPA [ bar to bar ] roslan lan syukur alhamdulillah.. kalu naik gaji lebih tinggi, jgn pentingkan Gred atasan saja..terima kasih PM syed Terima Kasih PM di atas kajian SBPA hambali jefri Contoh Pemimpin berjiwa rakyat.TQ PM..Harap penambahbaikan itu pada tahap yang boleh diterima dan seimbang di semua gred agar tidak ada yg rasa terpinggir.Kesan kepada situasi "win - win" akan membuahkan hasil produktiviti dan kualiti berterusan.. zack Dah namanya pun manusia mana ada kepuasan.melainkan mereka yg tahu bersyukur dgn nikmat Allah. ajurima radi yang penting ADIL.. Full content generated by Get Full RSS. |
Skuad Johor dilarang guna telefon bimbit Posted: 21 Jan 2012 02:38 PM PST MukaDepan JOHOR BAHRU: Semua pemain skuad Liga Perdana Johor dilarang menggunakan telefon bimbit dan ditempatkan di satu lokasi rahsia dua hari sebelum perlawanan bagi mengelak mereka terdedah kepada gejala rasuah bola sepak.Langkah drastik berkuat kuasa serta-merta itu dibuat kerajaan Johor bagi memastikan pasukan itu bersih daripada sebarang dakwaan rasuah yang boleh memberi kesan negatif terhadap pembangunan bola sepak negara. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor, Md Jais Darday, berkata semua pemain dilarang menggunakan telefon bimbit dua hari sebelum perlawanan bermula selain ditempatkan di satu lokasi rahsia. "Pemain juga akan diminta menandatangani surat akuan untuk tidak terbabit dengan gejala rasuah. Jika ada pemain didapati terbabit dalam gejala itu, mereka akan dikenakan tindakan tegas termasuk disenarai hitam oleh Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tidak boleh menyertai mana-mana perlawanan selepas ini," katanya ketika dihubungi, semalam.Md Jais berkata, kerajaan negeri memandang serius gejala rasuah di kalangan pemain bola sepak terutama yang mewakili Johor dan sedia mengenakan hukuman berat ke atas pemain yang disyaki terbabit. Sementara itu di KANGAR, empat pemain skuad Perlis, termasuk seorang penyerang import hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan rasuah membabitkan pasukan itu di pejabat SPRM, semalam. Turut kelihatan di pejabat berkenaan ialah Penolong Pengurus Pasukan Bola Sepak Perlis (PFA), Hamunir Hamzah. Pengarah SPRM Perlis, Alias Darus ketika ditemui, semalam mengesahkan beberapa pemain dan pihak pengurusan PFA hadir untuk diambil keterangannya berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam skuad itu. "Hari ini (semalam) adalah sesi pertama soal siasat dan mereka bekerjasama. Mungkin beberapa lagi pemain akan dipanggil selepas ini dan siasatan akan diteruskan sehingga 26 Januari ini," katanya. Beliau enggan menyatakan jumlah sebenar pemain yang dipanggil ke pejabat SPRM kerana siasatan terhadap pemain hanya bergantung kepada maklumat diperoleh dan kaitan mereka dengan laporan rasuah itu. "Masih terlalu awal untuk kami membuat sebarang rumusan terhadap laporan rasuah itu kerana siasatan masih berjalan," katanya. Dalam perkembangan lain, jurulatih pasukan bola sepak MP Muar, Nasir Yusof, menafikan dakwaan kemenangan pasukannya ke atas Perlis 7-2 pada saingan Liga Perdana 9 Januari lalu disebabkan ada pemain lawan yang 'dibeli'. Katanya, sebagai jurulatih dan juga bekas pemain, beliau mengetahui kemampuan anak buahnya yang disifatkan sebagai skuad terbaik, mendengar arahan, selain strategi dirangka untuk memenangi perlawanan dengan adil tanpa campur tangan luar. "Skuad kami memang layak menang, semuanya hasil kerja keras pemain, setahu saya tiada yang tidak kena atau konspirasi dibuat hingga membolehkan kami menang perlawanan hari itu. "Semua tujuh jaringan yang dihasilkan malam itu adalah hasil usaha anak buah saya yang gigih mencari kemenangan untuk mengatasi skuad Singa Utara itu," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komengai apajadi dgn bola sepak kita. Kita terlalu kerdil dlm sukan ini, malah terlalu jauh utk dimegahkan. Terlibat pula dng rasuah...cukup malang sekali. khairul abidin selidiki sehabisnya..gejala rasuah memang akan menjatuhkan sesebuah pasukan.ayuh perangi rasuah disebabkan sekarang harimau malaya sedang dalam prestasi terbaik.so hapuskan rasuah untuk semua!! Mabaloh Ada lg gejalah ini dlm bola sepak. Hindari dan bermainlah demi utk pembagunan bolasepak negara azmir mat nawi nak main bola, main bola la, nak rasuah pergi tempat lain, bola sepak tidak akan maju selagi ada gejala rasuah KHALIJAH ISMAIL Satu usaha yang terbaik oleh persatua bola sepak Negeri Johor. Usaha ini adalah untuk menghampakan peminat bolasepak negara. Mana tidaknya. Peminat beria2 memberi sokongan, ruparupanya ada lakonan dan sandiwara di atas padang. USaha ini juga untuk menyedarkan pemain betapa gejala ini akan memadamkan minat rakyat kepada bolasepak. Demi memulihkan kembali kemeriahan bolasepak negara... inilah salah satu cara yang terbaik. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |