Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 27 Jan 2012 11:26 AM PST GEORGETOWN: Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan tumpuan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan, terutama bagi penjawat awam gred 54 dan ke bawah. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenamin baik untuk semua penjawat awam.. omiedanza sepatutnya penjawat awam patut bersyukur dgn rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan. kami pekerja swasta langsung tiada ditetapkan kenaikan gaji smada 7% sehingga 13%. kenaikan gaji kami bergantung kpd keuntungan syarikat hasil dari usaha gigih kami untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat.Pihak kami juga langsung tidak mempunyai bayaran elaun atau COLA walaupun bekerja setengah mati. Alhamdulillah. noys Kita bincang pasal hak..mmg la berpada2..tp klu bkerja baru setahun dah sama gaji dgn 3 tahun..bleh berpada2 ka..dgn klulusan yg sama..klu.kena btg hidung sndiri baru fikir kot. fazli patutnya laksanakan dulu kenaikan gaji dalam SSM untuk kali terakhir. LIPHILUX Adil tak adil le..tapi kira sendiri la gaji saya.janji kenaikan dari 7% - 13%.skrg cuma dapat RM180 saja.Gaji pokok SSM RM3000.Jadi sepatutnya saya dapat berapa.? budak sekolah rendah pun tau kira. Julian Rakyat Malaysia kena banyak2 bersyukur terutama yang berkerja. Fikirkan reziki yang kita dapat, jangan fikirkan apa yang orang lain dapat. Itu rezeki mereka. Lipat gandakan usaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih daripadaNya.. amir to G rifen : skim F mana ada naik 3 tahun? prove to me! Minta JPA mansuhkan sistem kenaikan gaja tahunan secara kelompok.Kekalkan bulan kenaikan gaji SSM masing2 kerana ada golongan yang rugi jk sistem kelompok ini dilaksanakan. salwani aziz pebjadualan semula ke...ade kenaikan gaji ke,,ape ke,,,...harga barang2 tetap baik..org yang mkan gaji ok la,yang xmkn gaji , yang kain pagi makan pagi, kais petang makan petang tu ape citer pulak?...ini lah Malaysiaku...hahha nasib kita la jadi warga Malaysia.. jaco kadang2 kikta lihat gaji yg tidak sepadan dgn bebanan tugas,golongan kelas sokongan sebenarnya lebih berperanan dlm menjayakan misi jabatan kerajaan.sebagai contoh diklinik-klinik kerajaan umpamanya kdg2 kita lihat pembantu perubatan sahaja yang bertugas.bertugas selepas ofice hour dan pada waktu ofice hour orang yang sama sahaja.sedangkan doktor-doktor telah diberi elaun oncall .persoalannya dimanakah mereka dan adakah golongan begini terus akan dinaikkan gred gaji.fenomena ini banyak lagi berlaku di sektor yang lain dan kami menyokong sepenuhnya tindakan cuepacs lee yin Datuk presiden kalau berhujah tu...jgn beremosi sangat....sabar banyak2.... m.nasir Kami anggqota pdrm yg telah brkhidmat selama 30 tahunpun amat terasa dgn knaikan sbpa ini jika dibndingkan agg yg bru brkhidmat 15thn.tlg bg kyakinan pada kami. sumardin kepada G Rifen & para penjawat skim DG (Guru), tolong kaji & tidak sedap lepas ckp..para DG susah nak atur proses kenaikan pangkat antara punca utamanya adalah para DG yg senior2 takmau hijrah & wujudkan kekosongan..mcm mana nak naikkan org kalau yg atas taknak gerak?? rantaian ini berterusan sampaila yg DG yg super2 atas tu..puncanya dari DG sendiri yg nak duduk 1 tempat saja sampai bila2..walhal bukankah HIJRAH itu bnyk hikmah!sedangkan urusan rekod perkhidmatan & pentadbiran..siapa yg control di Jabatan Pelajaran? tolong muhasabah diri dulu, jgn sedap melenting saja k. takraw Setuju 1000percent...prmhonan cuepacs....)) selva dapat masters tapi gaji ijazah sarjana muda tolong fikirkan golongan ini belajar tinggi tau, dapat masters, tapi gaji ijazah juga apa cerita ini Hj Wan Pada hakikatnya, semua penjawa Awam bersetuju dengan SBPA sebab ada kenaikan gaji walaupun RM1. Tapi, kenapa masih ada yang tidak berpuashati. Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah swt, anugerahkan.
combat senang cerita naikkan je semua gred rm400. golongan atasan ke atau golongan bawahan naik sama banyak. mengkarong saya setuju dengan cadangan cuepecs sbb penjawat gred prof di univ menerima kenaikan 100 peratus sedangkan gred 54 ke bawah ada yang naek 100 ringgit. Gile punye sistem. Yang dah byk duit lagi byk duit. Gap antara miskin dan kaya semakin besar. Ini tanda2 hampir jatuh kerajaan. Good luck. Mohamad Gaji Pem. Tadbir / Pem. Penguatkuasa (Gred N17)dah tak jauh beza dengan gaji Pemandu (R3). Mohon semak semula gaji gred N17. Mohd Salleh Harap Kaji Kekanan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA. Pegawai yang dah 10 tahun di dinding gaji matagaji akhir dengan pegawai yang baru setahun di mata gaji akhir akan sama gajinya di SBPA. Langsung tidak menunjukkan kekananan di antara pegawai tersebut. Mungkin dapat diselesaikan dengan cara pegawai yang telah berada 5 tahun ke atas mendapat 3 anjakan gaji sebelum ke SBPA dan gaji maksima 5 tahun ke 3 tahun 2 anjakan gaji sebelum ke SBPA barulah menampakkan kekananan. Kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus hendaklah dikira dalam SSM kemudian barulah dipindah ke SBPA kerana PM memberi kenaikan gaji sebelum adanya SBPA. Perdana Putra As salam. Setuju dengan mohdrusidi. Wajar jika naik gaji mengikut kelulusan terkini. Majriti belajar dengan membuat pinjaman, gaji pula rendah, pasti niat untuk membalas jasa kerajaan dengan menjadi pembayar yang taat akan terbantut. Pandangan demi agama, bangsa dan negara. buzz kepada sesiapa yg tidak berpuas hati kepada golongan atasan seperti En rudzi ibrahim, diharapkan dapat memikirkan dgn logik akal kenapa kenaikan adalah tinggi. Kenaikan gaji adalah mengikut kelayakan akademik. Jadi, kalau nak gaji lebih, sambung belajar la sampai peringkat ijazah. Jangan ingat sesuatu yang mudah untuk mendapatkan segulung ijazah. Fikirlah dengan logik akal. Apa yang dibuat oleh kerajaan adalah sesuatu yang adil. Tiada diskriminasi dalam SBPA >. Suhaimi Sampai kiamatpun orang takkan puas hati. Berpada-padalah.
sabri bin ismail Diharapkan JPA buat yang terbaik MOHD RIZAL BIN AHMAD As Government Servants We Should Follow What Will Decide.I Hope All Of Us Who Are Government Servants Will Satisfy. G rifen Kenapa pegawai kumpulan M dan F boleh naik pangkat dengan mudah iaitu 3 tahun sedangkan kami kaum DG (Guru) lebih dari sepuluh tahun baru boleh naik pangkat. Apa beza pegawai DG, M dan F ni boleh berlakunya double standard ni. HJ. ZAINAL ABIDIN BIN MONIL Kami menyokong Presiden Cuepacs kerana skim gaji SPBA tidak langsung mengambil perhatian kepada kekananan dalam perjawatan, disamping itu mereka yang telah lama tersekat dalam gaji maksima apabila SPBA dilaksanakan orang lama yang telah tersekat di gaji maksima selama 10 tahun atau lebih terpaksa berpuas hati dengan orang junior. sekurang-kurangnya pertimbangkanlah dengan pemberian kenaikan satu tangga bagi dua tahun tersekat gaji maksima. Bagi GB sekolah rendah mereka hanya bolah berpuas hati dengan DG 1-2 sedangkan mereka lebih terbeban kerja jika dibandingkan dengan GPK di Sekolah Menengah. Kebanyakan GB di Sekolah Rendah juga mempunyai ijazah Sarjana. Kami bersukur apa yang kami dapat tetapi berilah perhatian kepada kami guru-guru tua yang terus bersaing untuk mencapai kejayaan sekolah dan terus berusaha belajar untuk diberi perhatian yang sewajarnya. mohdrusidi naik gaji mengikut kelulusan terkini.... fizi kena kaji semula dan buat perubhan agr semua merasa kebaikkan skim yg baru. cedok jo jono Tuan Presiden Cuepacs tolong Berikan kami Ahli Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) Jawatan Tetap....Kami Rasa Tersisih Untuk menikmati skim Perjawatan Tetap Dan Rasa Terhina Dengan kakitangan tetap yang menggunakan perjawatan tetap mereka 1 ugutan kepada kakitangan kontrak....selama kami berkhidmat tak mengira masa samada hari sabtu,ahad,siang,malam kita bergerak melakukan program2 kerajaan....Semoga Tuan Pengerusi Dapat mempertimbangkan Permohonan kami kakitangan kontrak...Mudah-Mudahan rezeki kita Di Mudah kan oleh Allah s.w.t...InsyaAllah Amin...Terima Kasih rudzi ibrahim apa bezanya tentera dgn penjawat awam?tentera telah melaksanakan gaji baru bermula Jan 2012.ada kepincangan dlm perlaksanaan tersebut.PM dlm bajet 2011 menyatakan..kenaikan gaji terssebut adalah untuk meningkatkan sara hidup bagi yg berpendapatan rendah.gaji golongan bawahan kenaikan hanya tidak seberapa tapi bagi golongan atasan terus tinggi.ibarat yg kaya bertambah kaya dan yg miskin tetap ditahap yg lama.apakah matlamat PM yg dinyatakan dlm bajet akan tercapai.contoh sy sendiri,kenaikan gaji hanya rm115 yg telah berkhhidmat dlm tentera 18tahun.sedangkan org yg berkhidmat tidak sampai 10tahun kenaikan gaji rm190.Cuepacs perlu campur tangan dlm kenaikan gaji anggota tentera.kenaikan gaji dari 1% hingga 15% tidak dilaksanakan dgn betul. |
Kerajaan tanggung subsidi gula 54 sen Posted: 27 Jan 2012 10:58 AM PST MukaDepan KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untuk menanggung kenaikan harga gula dunia dengan menambah subsidi sebanyak 34 sen lagi menjadi 54 sen tahun ini berbanding 20 sen pada tahun lalu bagi memastikan harga gula di pasaran kekal RM2.30 sekilogram.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu, kerajaan membelanjakan RM567 juta subsidi gula tahun ini, peningkatan lebih RM300 juta berbanding hanya RM262.41 juta tahun lalu. Katanya, keputusan yang dibuat dua minggu lalu itu disebabkan oleh kenaikan mendadak harga gula dunia dengan negara kini mengimport 99 peratus gula daripada negara seperti Brazil, Thailand dan Australia.Rasuah bukan saja menjejaskan imej dan integriti negara, malah memberi kesan dari segi ekonomi. Justeru, kerajaan menggalakkan amalan yang bersih dalam perniagaan. - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. "Rakyat tidak perlu bimbang kerana harga gula kekal. Kerajaan juga sudah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat seperti mewujudkan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)."Jika harga gula naik, ia akan memberi kesan kepada usaha kerajaan kerana tidak mungkin MR1M akan kekal pada harga antara RM2 hingga RM4 dan produk minuman serta makanan KR1M boleh terus dijual pada harga yang rendah," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sini semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Mohd Naim Daruwish. Harga gula mentah dunia kini berada pada paras AS$0.544 (RM1.65) sekilogram, berbanding AS$0.515 (RM1.56) sekilogram Disember tahun lalu. "Kos sara hidup kini semakin meningkat dan kerajaan cuba membantu mengurangkan bebanan rakyat, tetapi pada masa sama rakyat tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk melindungi kepentingan mereka," katanya. Sementara itu, beliau berkata negara menanggung kerugian anggaran RM10 bilion setahun atau satu hingga dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jika amalan rasuah dalam perniagaan masih berleluasa serta mengakibatkan harga produk dan kontrak jauh lebih tinggi daripada sepatutnya. "Contohnya, pemberian kontrak dilakukan dengan tujuan yang menyalahi undang-undang sehingga ada projek yang terpaksa ditender semula kerana tidak mengikuti prosedur dan spesifikasi sepatutnya. Kerajaan pula terpaksa menanggung kerugian tambahan. "Rasuah bukan saja menjejaskan imej dan integriti negara, malah memberi kesan dari segi ekonomi. Justeru, kerajaan menggalakkan amalan yang bersih dalam perniagaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |