{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Anwar bebas

Posted: 09 Jan 2012 11:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang hanya mengambil masa kurang tiga minit untuk membacakan penghakimannya berkata, beliau mendapati tiada bukti kukuh untuk menyokong keterangan Mohd Saiful, 27.

Penghakiman hari ini (semalam) membersihkan kerajaan secara keseluruhannya daripada tuduhan tidak berasas kononnya ada campur tangan politik dan konspirasi terhadap Ketua Pembangkang. - Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri

"Selepas meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful, tidak terusik.

"Disebabkan itu, adalah tidak selamat untuk bergantung semata-mata kepada keterangan DNA, selain tiada keterangan lain untuk menyokong keterangan saksi pendakwa pertama (Mohd Saiful)," katanya yang mula membaca penghakiman pada jam 9.20 pagi.

Mohamad Zabidin berkata, dalam kes jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh dengan hanya bergantung kepada keterangan Mohd Saiful.

"Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu," katanya.
Anwar, 65, yang memakai kemeja biru dan seluar hitam kelihatan tersenyum sebaik hakim selesai membacakan keputusan dalam mahkamah yang penuh sesak. Beliau kemudian keluar kandang tertuduh dan dikerumuni anggota keluarga, pemimpin parti pembangkang dan penyokongnya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, yang ditemui selepas keputusan itu, berkata pihaknya belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan, bagaimanapun mereka mempunyai masa 14 hari untuk berbuat demikian.

Sebelum itu, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 8.30 pagi dan memasuki mahkamah kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan semua anaknya termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Ribuan penyokongnya turut berhimpun di luar mahkamah untuk mengetahui keputusan itu.

Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau yang mengaku tidak bersalah, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabitan kesalahan.

Perbicaraan kes liwat itu yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Keputusan semalam, amat dinantikan selepas hampir dua tahun setengah perbicaraan kes liwat itu berjalan selepas tertangguh lebih 60 kali akibat pelbagai permohonan sampingan dan rayuan dibuat pasukan peguam Anwar, termasuk ke Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Ini adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar, pada 1998.

Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar.

Turut hadir mengikuti prosiding semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Sasterawan Negara, A Samad Said dan bekas Menteri Penerangan dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Dol

Itu maknanya badan kehakiman negara kita berfungsi dengan betul. Andai kata anwar disabitkan bersalah mulalah ada yang kata mahkamah ni pro kerajaanlah, berat sebelahlah.Tapi bila dah menang mulalah ego semacam.Tapi elok juga anwar tak bersalah kalau tak sepilah dunia politik ni.

cimie

Anwar didapati tak bersalah,baguslah tu.Cuma tertanya-tanya kenapa masa bicara dulu dia takut sangat nak bagi sample DNA nya dan takut juga nak bersumpah dalam dan luar mahkamah.Pelik.pelik.pelik 1000 pelik.Kenapa agak nya.

mohan

Wallahualam...kdg2 Allah akan terus bagi kemudahan dan kesenangan untuk menyesatkan lagi org yg sesat...=)

dissman

DSAI takut bersumpah....lihat aje seri mukanya?

Manz

Inilah senario politik malaysia...

ezraenn

fikir dan renungkan...

razak din

siapa yang bersalah tak dapat kita pasti. berlaku diluar kemampuan pemikiran semua orang. yang pasti hanya ALLAH saja yang mengetahui. tapi dari raut wajah si anwar tu tidak ceria lagi, senyum dalam paksa. macam masih banyak masalah yang akan dihadapinya. ALLAH membayar secara TUNAI sebagai pengajaran kepada orang lain. sama sama kita tunggu dan lihat kerja kerja ALLAH tu, insyaALLAH

angah

mana Azizan Abu Bakar kenapa tidak turut serta membantu Mohd Saiful Bukhari Azlan, jika mereka di jalan yang benar ??

nordin

Buat apa nak rosakkan masa depan orang lain kalau tak ada apa-apa?

Nora

Apa-apa pun, kita tunggu keputusan penuh bertulis yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes tersebut. Barulah kita boleh kaji keseluruhan kes.

Simpati

selalunya Tuhan menyebelahi yang tidak bersalah...............syabas Anuar.

nuar

semua ni politik semato mato......xtau hok manow btul....nuar kow saipul....ikut pok mu larrr,,,,,kecek sajow2 xdop gunow blakowwww....

zyd

Bertaubat nasuha la dan mohon ampun kepada-Nya bagi mereka yang berbuat dosa dan kesalahan besar kerana Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.Amin...

Widad

biar laa kali ni beliau terlepas dr kes khalwat ni, cukup laa dulu beliau menanggung derita.. masih ingat kematian ibu beliau?? ada hikmah di sebalik ape yg terjadi.. anda semua tidak ada hak untuk mempertikai kan apa yg telah di aturkan oleh yg MAHA PENCIPTA.. jgn sesekali mempertikaikan apa yg terjadi, kerna anda sendiri belum tentu lagi nasib anda akan datang..syukur rahmat..

hms

truskn prjuangn dgn niat yg satu, dmi agma, bgsa dn ngra.

bandenben

nasib kau le saiful....taubat je le....

Adam Sejodoh

DSAI seharusnya dilepaskan sejak awal. Pertuduhan ke atas beliau memang rekayasa orang tertentu yang berkepentingan.

mak bedah

Hanya Tuhan yg Maha Mengetahui..mahkamah dunia berpandukan bukti...bukti pula blh diada2kan atau pn dihilangkan..YANG PASTI.... di akhirat nnt seluruh anggota kita menjadi bukti dan saksi...x pyh pakai lawyer pn..kita pn bkn boleh hidup menongkat langit....dpt smpai umur 63 pn dh bonus...jd dato' seri kita renung n ambil la masa untuk lgkpkan persiapan @ bekalan ke akhirat, bukan mengejar dunia smpai ke akhir hayat.menang di dunia belum tentu menang di akhirat...apa2 pn tahniah ler...

Pergh

Udah2 le tu korang...aku confirm kat sini semua pandai bercakap ttg ketuhanan, janji Allah pada Hari Pembalasan, syurga dan neraka..tp berapa banyak yang betul2 menjaga amal ibadahnya, jaga makanannya (tidak makan benda yg haram atau hasil orang lain dengan paksaan), yang menjaga aurat bagi laki2 dan perempuan, yg tak pernah buat maksiat atau zina.. KETAHUILAH BAHAWA TAUBAT NASUHA ITU PELENGKAPNYA ADALAH HUDUD jika tidak dihudud tidak akan diterima Allah taubat itu (baca sirah nabi SAW kisah Rejam Wanita Yang Nusyuz kepada suaminya - dimana akhirnya Allah mengangkat wanita itu ke surga selepas direjam.
Muhabasah la diri korang semua ya!!

fee

akhirat jua jadi penentu, semoga malaysia aman dan damai

putihkaseh08

Saiful kalah coz x cukup bukti jer, kejadian memang berlaku, mahkamah dunia memang perlukan bukti terang dan nyata, x mcm mahkamah akhirat nanti, x perlu saksi, kes dah abis, berbaloi DSAI lantik peguam2 hadalannye, berapa agaknye kos tuk bayaran tu, mana dia dpt duit byk2 tu? Dia keje apa ekk?

saari

anwar bersalah meliwat, cuma kategori liwat paksa yg tidak bersalah. Mahkamah melepaskan atas dasar politik, kerana mahu menunjukkan kat dunia yang negara mempunyai kehakiman yg adil disebabkan tekanan dari dunia barat seperti amerika & uk iaiatu sahabat karib anwar. Jadi menggunakan alasan yang DNA tidak 100%. Kalo orang blajar sains, DNA adalah unik, mustahil bukan di punya. Sekali lagi keputusan mahkamah dipengaruhi politik. Rakyat tidak bodoh dengan keputusan ini.

Idham Mojojo

mmglah dunia lain akhirat lain.tapi agama suruh kita kejar dunia dan akhirat.agama suruh kita majukan Islam didunia disamping menjaga amalan untuk akhirat.ini sebok pulak ckp tggu kt mahsyar...kalau mcmtu kite semua xpayah la nk majukan diri dan agama kt dunia..tggu je akhirat.mmg sampai bile2 la melayu dan ISLAM terutamanya akan diguna2 kt dunia ni..apa daa..fikir habis2 sebelum nk komen lg2 bile tang agama!

Pejo Bond

Syukur alhamdulilah Anwar Ibrahim terlepas dari aniayaan

nana

kebebasan utk trus bjuang, mg dpt bjuang d jln yg btul..:)

sam

Hai masa suka sama suka tak ingat..pas tu dak saman plk ...taubat la saiful...dah x masyuk kotttt

zisam

Kadang2 terfikir siapa yang betul!!!Yang bersumpah ke atau yang kena sumpah!!Nasib baik tak jadi sumpah2...pastinya tidak setakat didunia kannnn.Pada kita jadikan teladan dan sempadan..

suraya

salam.pd sy mane yg btol & mane yg slh hnye diri sndri shj yg tahu.jika die menidakkn sesuatu p'kare keji yg die sndri yg lakukan, hnye die & yg maha kuase shj yg mengetahui.maka, kpd sesiape yg rse dri b'slh, bertaubatla sblm t'lmbt.jgn kite aibkn dri kite @ org lain utk kpntgn.kite sbg umat islam diwajibkn utk memelihara hbgn sesama bangsa & agama.fikir2kn la.wslm.

zisam

Kadang2 terfikir siapa yang betul!!!Yang bersumpah ke atau yang kena sumpah!!Nasib baik tak jadi sumpah2...pastinya tidak setakat didunia kannnn.Pada kita jadikan teladan dan sempadan..

saye

adili diri sendiri sebelum mengadili org lain...xpyh le tengok dosa org lain pasai dosa sendiri pun xtertanggung...taubat le tuan2 dan puan...jgn subahat ngan fitnah...

kitaro

the truth kite mmg xtaw.so,jgn nak tuduh mana2 pihak.

kash

Kita kena hormati keputusan Mahkamah setiap masa....bukanya menghormati keputusan Mahkamah masa menang sahaja bila kalah kecam Mahkamah....mana adil mcm tu....terima je dengan dengan hati yang terbuka...

kalik

harap2 kita dapat mengambil iktibar dari kejadian2 yg panjang seperti ini. akal yg waras tentu boleh menangani setiap masalah. jgn emosional sgt, peristiwa ini hanyalah setitik dakwat yg kita terpaksa lalui (kami pendengar sajalah) byk lagi titik2 lain yg akan kita tempuhi. semoga negara kita kekal aman tidak kira apa masalahnya. amin.

muiruselan

COURT HAD PROVEN THAT NOTHING HAD BEEN PROVEN AND STILL NOT PROVEN AND WILL NOT BE PROVEN UNTILL PROVEN NOT IN WORLD COURT. IS JUSTICE SINCERE WHEN WE ARE NOT THE JUDGE. BYSTANDER IS ONLOOKER IN SILENCE, BETTER THAN TALKING NONSENCE. LET IT BE....LET IT BE..BEFORE THE MIGHTY GOD... ALLAHHU AKHBAR.

viaoutsidecourt

penghakiman dunia tak sama ketelusan/kebenaran pdg mahsyar.kita renung2kan lah....

mudamudi

wahai esman herman..kalau anuar lepas pun ko dapat ape?kalau tengok air muka anuar tu kita semua bleh tahu..xsesuci dulu...dan xseseri lagi..disitu dah nampak aib di dunnia...akhirat wallahualam..

Juan

bukti yang tak kukuh bukan nya salah mahkamah ... nak sabitkan kesalahan sexual kena ada unsur-unsur paksaan ... yang meyakinkan seperti pergelutan, kesan-kesan paksaan seperti lebam, serta keadaan persekitaran semasa berlakunya serangan sexual tersebut. Ini adalah bukti yang mesti ada untuk mengukuhkan tuduhan. Jika semua ini tidak dapat dibuktikan bagaimana nak tuduh ? jika dibuat dari lisan ia tidak boleh mebuktikan apa-apa kerana semua orang boleh berkata-kata ,dari pihak yang mendakwa mahupun pihak yang didakwa. jika mengunakan bukti sample DNA ia tidak bermakna tertuduh melakukan paksaan ia juga boleh melibatkan kerelaan sediri sipenuduh, malah banak lagi pandangan boleh dijadikan bukti tapi gagal dikemukakan. Maka mahkamah terpaksa lepaskan yang tertuduh kerana tiada sebarang bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan keatasnya. Hakim bukannya Allah dan Hakim juga bukan pencipta, Hakim akan bertindak atas budi bicara keterangan yang diberi. Jangan libatkan kuasa-kuasa Allah dalam hal seperti ini, banyak diantara kita yang tak mahukan hukum Allah. Kalaulah kebanyakkan kita terima Allah masakah kita masih dipimpin oleh kuasa-kuasa dan perundangan yang bukan asas islam ? Contoh yang paling terang penolakkan islam dinegara kita ialah membenarkan kan penjualan arak dan perjudian. adakah islam membenarkan yang sedemikian. Jangan sebut nama Allah jika kebanyakkan kita tak pun sokong kehendak Allah. Ia akan membuat Allah lebih murka kepada kita semua.

awang abdul rahman

apa-apalah...yg penting kita sebagai rakyat malaysia perlulah bersatu padu..saiful....be cool....

john

ape2 pun kite semua hanya mampu berdoa biarlah allah bg mereka petunjuk....jgnlah kite nak menghukum mereka walaupun semua dah selesai...harap mereka bertaubat atas perbuatan mereka kelak.....sayangilah negara yg aman dan damai ni....jgnlah kerana setitik kite nak korbankan yg lain....harap difikir2kan..insyaallah

dun wakaf bharu

Mahkamah padang mahsyar semua manusia akan diadili masa tu tak ada masa nak kisah orang sebab diri sendiri pun tak tentu hala lagi untung nasib.

dun wakaf bharu

Mahkamah padang mahsyar semua manusia akan diadili masa tu tak ada masa nak kisah orang sebab diri sendiri pun tak tentu hala lagi untung nasib.

redhuan hashim

semua orang mcm kata anuar bersalah, korang tahu ke perkara sebenarnya dia buat atau tak perkara tu...kalau tak tahu jangan cakap orang tu salah, orang ni salah...

Nasa

Allah maha mengetahui.Pasti akhir nya akan muncul kebenaran.Siapa kita di sisi Allah?

MM

Saya rasa komen tentang wajah anuar itu tak patut... kalau saudara dalam keadaan begitu pun wajah akan stress. Pergi minta maaf dengan Anuar, jika tidak dosa sia-sia aje... Wassalam...

kejora

Tetiba Malaysia senyap tanpa haru-biru....tabik pada Saiful kerana sanggup menggadaikan perasaan dan maruah diri kerana menyelamatkan keadaan, cuba kalau shaiful menang, PASTI haru biru. Tuhan maha mengetahui dan doa orang teraniaya tu akan dimakbulkan.......syabar Shaiful.

MM

Pendapat sebagai atau bagi orang muslim: setiap dari kita perlu bertaubau di atas kesalahan kita. Mana kita tahu yang kalau benarlah Anuar melakukannya, maka jika ia telah bertaubat, hanya ALLAH yang mampu membebaskan atau mengampunkannya. Oleh itu, elakkan kita mengaibkan orang lain kerana dalam islam terdapat hak untuk meminta maaf antara yang melakukan dengan yang dilakukan & tak perlu diabkan jika satu-sama lain bersetuju & insaf. Seperkara lagi, perbuatan "ini" memerlukan persetujuan & kerjasama ke dua-dua pehak untuk berjaya dilakukan dengan berkesan. Jadi kemungkinan "pahat berbunyi selepas rumah siap" perlu difikirkan dalam kes sebegini, kalau kita masih juga mempunyai tanggapan yang Anuar ini ada melakukannya. Oleh itu, berikan ruang untuk nya bertaubat, berampun-ampunan antara satu sama lain & mendapat redha ALLAH S.W.T. Kecuali, jika dia belum insaf, maka berserah kepada NYA yang akan membalas nya nanti. WALLAHU A'LAM…

linda

Saiful, you bersabar la, pasti ada balasannya, janji Allah itu tepat.......... jangan takut...

misga

Ya Allah Ya Tuhan kami....tunjukkanlah kekuasanMu dan balasan siksaMu hatta ketika masih di dunia ini kepada manusia telah banyak melakukkan kerosakkan dan kemungkaran kepada dirinya sendiri, keluarganya, agamanya, rakyatnya dan negaranya..Amin.

noorashikin

rasa x puas ati dgn ape yang terjadi pada anwar...knpa dia dilepaskan sedangkan dia bersalah...akbar menyatakan saiful berani bersumpah dan mgadap al-quran untuk menbuktikan bahawa dia diliwat,sedangkan anwar tidak berani..klu btol anwar tidak bersalah,knape msti takot....?????

ruslin62

walau pun tewas dimahkamah dunia yg fana ini tapi tunggulah dimahkamah masyar itulah mahkamah yang benar dan hakiki.

Penegak Kebenaran

Hanya ALLAH, Saiful dan Anwar sahaja yang tahun kejadian LIWAT tu......kalau benar ia berlaku, Anawr jawablah nanti di padang Mahsar nanti.... Tapi jika betul ini benar2 Fitnah.. Aku doakan Bala Allah yang Daysat sekali menurun terhadap sesiapa yang menyokong FITNAH ini. Semoga ALLAH memberi pentunjuk pada mereka yang benar dan dizalimi.Amin......

Pemerhati

Apa pun keputusan Mahkamah.... perlu dihormati, janganlah kita memperbesarkan isu tersebut.., namun ALLAH tidak tidur... ALLAH Maha Besar dan Maha Kaya...... dari ALLAH kita dijadikan dan kepada ALLAH jua kita kembali..."yang bersalah tetap menerima hukuman darinya........amin ya rabulalamin....

bend

kuasa dan harta hanyalah pinjaman Allah. tak perlu nak beria2 sgt nak kan sesuatu yg memang dari awal bukan hak kita.

fara

NAK BUAT MACAM MANA SAIFUL....

Shahiddan

Istighfar balik saudara-saudari sekalian. Ramai bercakap seolah-olah kita Tuhan yang tahu segala semua perkara. Menuduh dalam Islam banyak timbang taranya. Bukan ikut sedap mulut, tengok cara sahaja. Maruah sesorang menurut Islam sangat berat. Biar kita jadi orang berAKAL bila mengeluarkan kata-kata. Istighfar sama-sama ok. Astaghfirullahalazhim.

emmy

Di DUNIA boleh terlepas... di AKHIRAT belum tentu...

Eza

Alhamdulillah... sudah selesai kes ni.
Yang hairan tu ada yg komen seolah-olah dia berada di tempat kejadian dan nampak apa yg berlaku.
Dari kita sibuk dgn org lain di Mahsyar nanti, lebih baik kenang nasib diri kita sendiri di alam kubur serta di 'sana' nanti.

nssd

apa pula anwar tetap bersalah, dia dah didapati tak bersalah, dia tak bersalah lah, saiful tu bersalah sengaja nak buat kes..... akhirat lain cerita , semua kita tak tahu, mungkin anwar tak bersalah pun boleh jadi, saiful pembohong pun boleh jadi, ni yg kita kira kat dunia ni... mahkamah kata dia tak bersalah maknanya dia tak buat benda tu .

yushail

Anwar serta pengikutnya perlu bersyukur kehadrat Illahi dan jika betul dia tidak melakukannya tak pe lah... tapi jika dia betul melakukan perkara terkutuk itu, dia perlu bertaubat. Saya rasa dengan terlepasnya hukuman ini, Anwar Ibrahim perlu menginsafi diri, ambil iktibar dan tak payah la nak mengidamkan awatan PM lagi..(umur dah lanjut) kalu pembangkang menang dalam PRU13 nanti bagi kat orang lain je lah yeeeee.

mz

Wajah Anwar tak se-seri dan sebaik dahulu.

zaibms

:: kita sebagai rakyat malaysia haruslar bersatu hati demi negara tercinta...
salah atau tidak hanya ALLAH SWT, anwar,saiful SHJ YG TAU....maka di pdg mahsyar semua akan terjawab.

Jas

Dia (Anuar) tidak percaya pada tuhan dan hari pembalasan. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Kita sesama melayu bertelagah, orang asing akan ambil kesempatan satu hari nanti. Sedarlah, tak ada yang sempurna dalam dunia ini cuma pilihlah yang terbaik. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kasihanilah anak-cucu kita nanti..

ibada7

anuar dibebaskan, tak semestinya tidak bersalah. Kisah syaidina Ali dan seorang yahudi jadi pengajaran. Namun jangan tuduh orang sewenang-wenang kerana hukumannya sama

Kamen Rider Fourze

ala...setakat keterangan si Saiful tu....xleh jalan la.... ni semua duniawi...memfitnah org je....

buu

the hidden hand win...

ikhvan

Senangnya cakap..."Mahkamah dunia tak cukup bukti, tapi mahkamah di padang masyar cukup segalanya".Mmg betullah tu. Kalau ikutkan dah bertahun peluang diberi untuk mencari bukti yang kukuh kenapa tak juga ada bukti itu? Itu membuktikan kita lemah, kita pun pun tak pasti siapa sebenarnya betul, siapa yang memang salah. Yang perasan bersalah tu bertaubatlah.Tak rugi utk diri sendiri. Orang tak teraniaya...Tak ke mana hidup kita ni. Hentikanlah semua perbalahan sekrg. Mcmlah kita nak kuasai dunia berjuta tahun.Esok lusa masuk kubur, disoal benda yang sama juga, nak jawab apa? Diberi tempoh 20 tahun lagipun tak selesai cerita ni. Menang dapat apa.. kalah lagilah papa kedana...Allah cipta kita sama. Penentuan di mahsyar bergantung kepada kewajaran kita di dunia. Janganlah semua nak tunggu di mahsyar! Bersatulah wahai umat yang namanya Islam, tumpukan kepada kekuatan ummah. Tugas kita untuk anak cucu banyak lagi. Alangkah syoknya kita sesama kita di Malaysia ini tiada perbalahan besar lagi mcm ni slps ni. Teruknya fitnah!

adie ujang

Apa sudah jadi dengan keadilan dan undang2 negara,,,ini lah dia dunia yang semakin melangkah kehancuran,,,

carlos santiagos

lIWAT, ROGOL-ZINA(VIDEO SEX), SEX LUAR TABII,...apa lh nk jd ni.. LAU DAH KENE GEMPA BUMI dan TSUNAMI baru semua nk INSAF KOT..NAK SGT KE ALLAH TURUN KAN BALA di MALAYSIA NI...NAK SGT???

looheeseman

Menang atau kalah tetap di putuskan. Tetapi kena ingat juga' MENANG/bebas tak semestinya benar.Kebenaran hanya mereka berdua mengetahui, dan Allah tetap MAHAmengetahui.

esman herman

keputusan ini lah yang rakyat nanti2 kan,anuar tidak bersalah.segala himpunan doaa kami minta keadilan pehak yang benar.terbukti, wahai dsai anuar perjuangan repomasi kamu,kami rakyat akan menynokong di peti undi pru13 nanti. hidup anuar, REPOMASI

LORD ZAM

Biasa lah dunia politik. Melayu nak jatuhkan Melayu, mengagongkan Ambalaga, Guan Eng dll yg mana mrk ini anti IslAM DAN mELAYU. mELAYU AKAN TERHAPUS SATU HARI NANTI DAN DIUSIR dari tanah sendiri. UMNO adalah utk Melayu tapi Melayu tak mahukan UMNO...apalah bodoh nya orang Melayu sendiri.Mengenai meliwat, itu hanya politik kotor yg dilakunkan olih diktator "play behind".hanya ALLAH saja yg tahu.

yusmawan wawan

Kite tidak tahu perkara sbnrnye jdi biar yg maha EAS yg tentukan d sana,yg buruk 2 tak semestinye jelek,yg cantik 2 tidak semestinye bagus,,,,

boss

Kepada Pok Teh, beri tahu sapa nak rogol dan liwat Pok teh. Sebut nama DSAI pun mencarut (anu war)
abangaji BP, Bahagimana pula sekiranya orang yang memfitnah……..
George dimal, lu sapa...tuhan ka....

Balan

kita semua manusia biasa dan kita tidak mempunyai kuasa untuk membuat atau mengambil keputusan terhadap seseorang tanpa melihat dengan mata sendiri...hanya tuhan yang berkuasa sahaja tahu...ada tak seseorang itu membuat salah ataupun tidak..akhirnya dialah yang akan membuat keputusan dan akan memberi hukuman yang setimpalnya...SESIAPAPUN TIDAK BOLEH HILANGKAN DIRI DARI HUKUMANYA!!!

ana

Hanya Allah yg mampu untuk mengadili semua kebaikan n kajahatan manusia. kes Anuar bkn semua org tahu ianya betul terjadi atau hanya sekadar fitnah. Allahualam.

rip

udah2 la tu anwar, xyah lgi nak sibuk2 ngan dunia politik, teruk da imej tu.

MatMani Othman

Syabas ..Hakim telah membuat keputusan yang bijak sana.jangan ada lagi dendam dan hasad dengki sesama umat melayu dan islam allah Akbar..

tempurung nyok

Pendakwaan kes peribadi adalah perbuatan kurang cerdik ( bodoh) oleh mahkamah.telah terlalu lama benda ni berlaku.ambil pengajaran dari kes liwat pertama....lepas ni kalau ada sesiapa yg nak menjatuhkan maruah orang dgn kes peribadi tolong hentikan ( umi hafilda -bertaubatlah dan tutup aurat dan banyak buat amalan yg lebih berfaedah...ingatlah KALAU KAMU MENGAIBKAN ORANG, ALLAH AKAN MENGAIBKAN KAMU , KALAU KAMU MENUTUP AIB ORANG, ALLAH AKAN MENUTUB AIB KAMU....Saiful kamu bertaubatlah dan minta maaf dgn anuar, anda juga bersalah

Mat Kepoh

Errm...di dunia...ape pn bleh putaq...akhirat sok hampa putaq la mcm hampa putaq dlm mahkamah tu...

sam

Keadilan mahkamah tidak mengira bulu.

eye

sebaik nye kita diam...sebab kita pun tak pasti mana yang benar mana yang salah..

aku_achick

ALLAH sentisa bersama orang yang betul...

sharifah

george dimal,bagaimana dengan yakinnya kamu boleh kata yang anwar bersalah???? adakah kamu bersama anwar ketika anwar melakukan liwat??? amat mustahil dan tak masuk akal bila seorang laki tua yang berumur 65 tahun meliwat seorang pemuda yang berumur 27 tahun??? its sound funny yeah!!!

Fazzir

Alhamdulilah da selesai kes yg da b'tahun2 lama nya. Pe pun nilai la pemimpin dari akarumbi. bgi Islam kena pimpin diri sdri n keluarga dlu baru blh pimpin yg lebih besar (Negara).contoh yg ringkas suruh kalangan keluarga kita tutup aurat. blh ke kita buat? n ank isteri kita ikut tak? ada ke pemimpin2 kita masuk dlm sarat2 yg sya katakan td? rakyat Malaysia am nya org Melayu fikir2kan la ye...selebih nya hanya Allah SWT je yg maha tau. Allah...hu akbar.

mak su

semoga kita semua orang melayu tidak bergaduh sesama sendiri marilah kita celik demi memartabtakan bangsa di negara sendiri agar tidak melukut ditepi gantang marilah kita bersatu

sengau

Akhirnya solat hajat dan doa dari penyokong dimakbulkan dengan pembebasan DSAI,namun perjalanannya masih jauh dan penuh liku,mungkin keputusan mahkamah tidak penting tetapi impak dan respon dari rakyat yang berbilang kaum di negara ini yang cintakan keamanan dan politik bersih.

halient

kenapa syaiful nk anwar kena ar?kang SUKA SAMA SUKA?kalau SUKA SAMA SUKA...dua2 la ptt kena hukuman..kan? BUKAN KENA ROGOL! hurm...apapun Allah lebih tahu, kalau hukuman tak mendatangkan keadilan...tak menjdi juga....sbb di buat suka sama suka...

yusoffarshad

Yang salah akan terus panas-dunia & aqirat.Tak senang hidup dan tak kan ada keberkatan.Boleh tipu dan fitnah dunia ini kerana inilah ragam dan sikap sebahagian besar manusia yang tiada pegangan agama-bagi mereka hukum agama boleh diputarbelitkan demi sedikit kesenangan dunia.

AZIZAH BTE IBRAHIM

kadang kali,kita terlalu ghairah inginmembuka keaiban orang lain,tanpa memikirkan akibat disebaliknya,sepatutnya kita berbalik kepada AL QURAN,apakah AL QURAN menginginkan kita membuka keaiban orang lain?malah kita begitu berseronok bercerita dan terus bercerita...

hamba allah

kamu semua ni x tahu ape2..jgn hukum orang suka hati..buat dosa je..kita x tahu sapa salah..diam je..serah pada allah je..ramai lagi kes rogol,buang bayi kat luar tu..nape x cegah..maksiat berleluasa..nape x cegah..kalau anuar heboh se malaysia..maksiat depan mata buat x tahu..allah bersumpah demi masa manusia dalam kerugian,kecuali orang beriman dan beramal soleh dan berpesan2 dengan hak (kebaikan) dan berpesan2 dgn sabar..sape org beriman? nabi kata orang yang berulang alik ke masjid tunaikan solat, hanya berserah pada allah je.sapa amal soleh?semua amalan nabi.ikut nabi pasti dia soleh.pesanan ape hak tu?lailahaillallah..ajak manusia pada allah.dan berpesan dengan sabar,lemah lembut,bukan mcm ajak gaduh.mengalah bukan erti kalah.fikir2 kan lah wahai orang beriman..

ilhmada

Tak semestinya bebas dari tuduhan, tidak melakukan kesalahan. Hanya Allah je yang maha mengetahui. Tunggu sajalah pembalasan dari Allah.

Fsk

macam tak logik jer usia muda macam mohd saiful 27 Tahun boleh biar diri kena liwat dengan orang yang berumur. Orang muda takan tak boleh pertahankan diri. ne mesti kes merelakan diri..tak pon orang lain yang liwat dia Anwar yang kena tuduh. masa tu saiful tengah pengsan kot tak kenal muka anwar ke orang lain.

faez

seharusnya dan semestinya anwar di bebaskan dari tuduhan meliwat mohd saiful kerana sepanjang perbicaraan di jalankan sebelum ini,ternyata terdapat banyak keraguan dan ke engganan pihak pendakwa memberi bahan bukti kepada anwar sebagai pembelaan..termasuk kemusykilan kenapa perlu di bicarakan mahkamah sivil sedangkan seharusnya dan sewajipnya kes ini di bicarakan di bawah perundangan islam kerana membabitkan tertuduh dan menuduh sebagai orang islam dan ini merupakan kes yg boleh di sabitkan zina secara luar tabii

eliana elias

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Diharap rakyat Malaysia lebih bersikap terbuka, jgn lah kita bermusuhan sesama sendiri kerana syaitan sentiasa menghasut kita umat manusia untuk menjurus kpd perkara yg mungkar. doakan negara kita Malaysia sentiasa dilindungi, aman dan makmur. jgn jadikan politik sebagai penghalang untuk kita saling hormat menghormati.. amin

bctbikers

Keraguan itu yg membuat beliau terlepas namun
allah tahu apakah yg di lakukan oleh manusia sebegini... di dunia boleh terlepa namun di akhirat akan di bicara kelak....jgn mudah terpedaya dgn kata2 manis yg di luahkan oleh manusia yg tidak pernah bersyukur ini...

jai sdkn

Kuasa dalam dunia adalah mahkamah namun disebaliknya ada Kuasa pencipata itu ada untuk menentukannya. Jangan terlau menghakimi orng kerana kesilapannya tetapi belajarlah untuk melihat kasih sesama kita sesungguhnya orng yang bersalah pasti menerima hukumannya walaupun apa jua kepandaiannya..Serahkan pada mahkamah sahaja.kita hanya melihat dan mendengarnya dan jangan diperbesarkan lagi

Noor

Mahkamah dunia tak cukup bukti, tapi mahkamah di padang masyar cukup segalanya.

mike brunei

hanya Yang Maha Esa sj yg tahu.

kuda kepang

rakyat yang sudah bijak pandai sekarang boleh menilai pemimpin mana yang bermoral dan tidak bermoral. jenayah seks, penyalahgunaan dana dan zakat, ambil rasuah, habuan komisen, telan duit rakyat dll; semua ini perbuatan yang sangat tidak bermoral. rakyat tahu mana yang lebih buruk lagi...

Abdullah musa

Syukur kerana segalanya telah berakhir, tumpukan pd pilihanraya akan datang dan janganlah bergaduh sesama kita umat melayu

odu

bebas tk semestinya tk bersalah, hanya dapat membuktikan 95%. Mereka yg buta mata, sila la tengok betul2 anwar tu jenis irg yg mcmana. Sejak dia dilucutkan jawatan, suka sgt berdemonstrasi. Mungkin kalau negara dah jadi mcm iraq, baru la org2 melayu ni sedar dan menyesal.....

Pok Teh

Rakyat terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka. Namun jika anu war bersalah????? boleh ke terima?...pulak? Kini rakyat bimbang sekiranya seseorang dirogol dan di liwat tanpa saksi lain dan hanya mangsa yang benar-benar di liwat saja menjadi saksi dan mahkamah tak boleh terima bukti ini...maka di mana lagi mangsa hendak mendapatkan keadilan......sedang memikirkan jika diri sendiri yang menjadi mangsa.........minta dijauhkan...Allah selamatkan Malaysia.....

abangaji BP

Hanya ALLAH, Saiful dan Anwar sahaja yang tahun kejadian LIWAT tu......kalau benar ia berlaku, Anawr jawablah nanti di padang Mahsar nanti....Semoga ALLAH memberi pentunjuk pada mereka yang benar dan dizalimi.Amin......

George dimal

Di Mahkamah Anwar tidak salah tapi bagi seluruh umat islam yang menyaksikan saksi yang di liwat adalah di akhirat sana anwar tetap bersalah. bertaubatlah wahai anwar

saharuddin bin lambut

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA KEDUA-DUA PIHAK KERANA TIDAK BERLAKU PERKARA YANG BOLEH MENCEMARKAN NAMA BAIK NEGARA MALAYSIA

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat