Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 20 Jan 2012 08:35 AM PST MukaDepan Pejabat Peguam Negara sahkan notis difail jam 4.30 petangKUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara semalam memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, empat tahun lalu. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Halilah Suboh mengesahkan notis rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini semalam, pada jam 4.30 petang. Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Manoj Kurup yang dihubungi Berita Harian, petang semalam, mengesahkan beliau memfailkan notis rayuan itu. Difahamkan notis itu ditandatangani Peguam Cara Negara I, Datuk Idrus Harun.Sementara itu, Pejabat Peguam Negara dalam kenyataannya berkata, notis rayuan difailkan berdasarkan keterangan dan undang-undang, tanpa mengikut emosi atau dipengaruhi mana-mana pihak. Katanya, permohonan itu bagi membolehkannya memperoleh penghakiman bertulis dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi seterusnya mengetahui dengan jelas alasan penuh keputusan hakim. Pada 9 Januari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya yang hanya mengambil masa kurang tiga minit, berkata mahkamah membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh untuk menyokong keterangan Mohd Saiful, 27. Sehubungan itu, katanya, adalah tidak selamat untuk bergantung semata-mata kepada keterangan DNA, selain tiada keterangan lain untuk menyokong keterangan Mohd Saiful. Mohamad Zabidin berkata, dalam kes jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh dengan hanya bergantung kepada keterangan Mohd Saiful. Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Di PUTRAJAYA, Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) petang semalam menyerahkan memorandum meminta Pejabat Peguam Negara membuat pertimbangan sewajarnya dengan memfailkan rayuan kes itu. Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Azwanddin Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail perlu bertindak memberikan keadilan kepada Mohd Saiful sebagai rakyat Malaysia yang layak menggunakan saluran perundangan bagi mendapatkan keadilan untuknya. Sementara itu, Mohd Saiful menerima baik keputusan Peguam Negara memfailkan notis berkenaan bagi membolehkan kesnya dirayu. Dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan dalam laman blog peribadinya di http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com, Mohd Saiful berkata rayuan itu membolehkannya mendapat hak dan keadilan sehingga ke peringkat perundangan tertinggi. "Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya supaya hak saya sebagai warga negara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana. "Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar dan hanya kepada Allah saya berserah," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenHitam Semoga Mohd Saiful tabah dalam menghadapi dugaan ini. Bersumpah dengan Al-Quraan Saiful sudah lakukan. Sebelah pihak lagi belum harap dapat dilakukan untuk memastikan kebenarannya. Sebab Al-Quraan menjadi saksi. Sekiranya sebagai orang islam tidak berani bersumpah dengan menjunjung Al-Quraan ada sesuatu yang orang boleh persoalkan. Kita percaya kepada Al-Quraan tetapi pada yang sama takut atau tidak bersumpah dengannya. Kerana ada cara penetapan Sumpah dengan menjunjung Al-Quraan. abasidykupang tiada siapapun boleh puashati dlm sesuatu perkara. Guna saluran yg betul bagi setiap perkara hanya adil bagi satu pihak shj sementara pihak lain sebaliknya. Apa yg penting berpuashatilah dlm tindakan krn bila tdk melibatkan diri kita bkn bermaksud kita menidak atau iakannya. Keadilan hanya satu jangkaan minda setiap orang. Terimalah hakikat & lapangkan hati menerima keputusan positif maupun negatif. Det siapa salah tuhan yg tahu vijay singh biarlah orang yang berfikir sahaja menentukan apa yang perlu difikirkan, bukan kepada burung kakak tua yang hanya pandai berkata-kata, tapi tidak faham apa yang dikatakannya. Mabaloh Im.Tokoh Buat yg terbaik agar semua pihak berpuas hati. Redzuan Ibrahim klu dekat us dgn DNA air mani dalam dubur dah tentu Anwar x mkin dibebaskan. Betullah kata Anwar undang2 kita ketinggalan zaman. sepatutnya dia bersyukur sebab undang2 yang ketinggalan zaman tu dia bebas hari ini. affiz Harap kebenaran menyebelahi mu.. zulkiple Setiap rakyat malaysia perlu sentiasa menghormati undang-undang negara .undang-undang juga perlu dijalankan seadil-adilnya tanpa mengira siapa mereka.Biarlah mahkamah menjalankan kerja mereka dengan bebas dan adil.Marilah kita sama-sama menjadi warga negara yang cintakan keamanan dan kemakmuran negara untuk masa depan negara yang lebih gemilang. mohamadbakhari salam.bersabarlah saiful dalam menempoh dugaan allah ini.yang benar tetap benar.saya berdoa semoga kamu mendapat kebenaran yg kamu cari isaallah. roslan lan "Saya akan terus berdoa, istiqamah,sabar dan hanya kepada Allah saya berserah" Tapi merayu-merayu pada manuasia...apa semua tu??? MY SUDAH2 LA NAK MALUKAN KAUM SENDIRI.. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |