Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Lelong baucar buku di internet Posted: 23 Jan 2012 09:20 PM PST PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet. Berita lanjut dapatkan naskhah Berita Harian hari ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenlusoh kan lebih baik jika voucher itu dapat digunakan sampai kemasukan untuk semester depan. Lagipun, boleh dikatakan semua pelajar sudah membeli buku untuk semester ini. Jika voucher itu tidak digunakan bukankah membazir nanti jika voucher itu tidak digunakn langsung... Bagi voucher hujung sem, pastu ada tarikh luput pulak. Memang la beli je apa yang boleh dibeli. Sekurang-kurangnya boleh menaikkan tabiat membaca. ckg tg krg itulah kesannya bila bg bantuan pada golongan yang selalu berkata " org dah bagi, amik lerr...bkn duit dia pn,duit rakyat..." Kerajaan dah beri, disalah guna. Itu ler sikap pelajar masakini... Bial tak dapat, sisalahkan kerajaan, bila dah beri dijualnya pulak. Seolah2 tidak hargai pemberian tersebut. Saya cadangkan setiap voucher jika hendak diberi perlu di cetak nama/no kad pengenalan pemilik voucher. Tidak sah jika digunakan oleh orang lain. Jgn kompromi dalam hal ini. biasalah itu tabii orang melayu, bila tak bantu salahkan kerajaan, bila nak sedar......... anita memang benar. boucer diberi pada tarikh yang tidak sesuai. buku semua sudah dibeli. Jadi baik gunakan untuk wang perbelanjaan harian dari membeli novel2 yang tidak berguna. Itulah akibat tidak membuat homework apabila melaksanakan ape2 pemberian kepada rakyat Faizal Salam. Saya rasa isu voucher ni memang bnyk timbulkn mslh... ada baiknya jika pemberian wang tunai olh Gov untuk kgunaan pengajian dan pembelajaran akademik.xsemestinya nak beli Buku.. cth: Camera,Mp3 REC,Top Up yuran Pengajian. klu nak guna voucher just beli buku pun ada baki kdi BUKU xkan pulang duit betul kan? if ada baki RM20 msti mrk tapau semua!! mgpa sek Rendah Gov bg tunai RM100? knp IPTA/IPTS diberikan voucher? sy rasa ada baiknya klu gov bg Tunai kpd IPTA/IPTS! Golongan ni lbh tahu untuk menggunakan wang tunai xsmstinya kpd KEDAI BUKU. klu nak kata pengaliran wang dlm negara akan terjejas?? klu guna tunai peniaga semua akan dapat rasa pngaliran wang dlm negara kan? bukan setakat KEDAI BUKU.. Soal Lelong BB1M ni sy rasa mrk xslh krn mrk ada hak masing2. kelengkapan buku untuk stdy dah sedia ada mayB nak beli keperluan/ kegunaan lain lg.. xkan nak BG FREE dgn KDI BUKU??? klu korang d bg Pilihan BB1M(Voucher) VS TUnai sy rasa 99% akan Pilih TUNAI. kerana tunai lebih Mudah compare dgn Voucher!!! dgn Tunai pun bukan XBoleh Beli BUKU/keperluan akademik.. jd saya rasa memang wajar dan Xsalah pun.. myfriend69 Siasat... blacklist nama dia org.. jgn bagi depa ni kerja di Msia.. RAFAIE BIN ISMAIL Insiden begini berlaku atas banyak sebab.Selain kelemahan diri dan tuntutan keadaan.Sebilangan pelajar berbuat demikian mungkin ada benarnya seperti kata adi fazli.Realitinya setiap benda yg percuma sering tidak berharga di mata misalnya pemberian buku teks percuma mencipta banyak masalah bg sebilangan pelajar untuk menghargainya. MOHD SUDI B. MAD SIUL ala...memang tidak patut edaiz 1st, saya selaku pembayar cukai yg duit tsebut digunakan oleh budak2 utk baucar tu, sgt marah dgn situasi ini. kerajaan sepatutnya berkolaborasi dgn pihak KPT bg menyelaras tarikh kemasukan dgn pemberian baucar. bagi masalah skg ni, lanjutkan tarikh sah baucar berkenaan agar dapat digunakan untuk kemasukan semester akan datang.pegawai kerajaan janganlah kerja separuh jalan (half cook).kamu tu di bayar gaji utk selaras benda ni, jangan main tangkap muat je Fauzi Seman Rasanya sesetengah pelajar di IPTA/IPTS lebih memerlukan Voucher Tunai. Setengahnya telahpun membeli buku lebih awal lagi yang boleh digunakan sehingga tamat tempoh pengajian. Dengan Voucher Tunai, mereka boleh membeli buku-buku yang berkaitan. Kalau dah tahu kos mencetaknya terlalu tinggi, sepatutnya kepentingan dan keperluan Voucher Buku berbanding dengan Voucher Tunai perlu difikirkan terlebih dahulu. Jangan sebab PM kata nak bagi habuan pada pelajar, pakai tibai saja tanpa memikirkan 'releven' ke tidak cara pemberian Voucher tersebut. Apabila Voucher tersebut 'digadaikan' oleh pelajar dengar harga yang murah, siapa yang rugi dan siapa pula yang mengutip habuannya. Matlamat pemberian tak akan sampai sepenuhnya. annacomel Apabila pelajar tidak mementingkan buku...mereka lebih mementing barangan peribadi yang lain,inilah hasilnya..boleh juga kita buat kesimpulan mudah ,pelajar universiti pun tidak boleh menfaatkan bantuan ini apatah lagi bantuan lain seperti rm100 dan rm500 yang diterima oleh bukan pelajar universiti yang dianggap agak cerdik.. harap-harap segelintir sahaja pelajar berfikiran saperti ini. adi fazli Salam..sy plajar ipts dan tlh mnerima voucher rm200 brkenaan.masalah yg berlaku ialah ramai pelajar telah membeli buku trlbh dahulu dsbbkan pmberian voucher yg tidak kena dgn tarikh kmasukan plajar. Jadi, rsanya tidak salah jika pelajar mnjual voucher trsbut dgn harga masing2 sbgai alternatif menggantikan semula wang yg tlh dgunakan utk mmbli bku dan alat tlis pd awal kemasukan semester baru..skadar mmbrikan pndpt |
Polis naik lori lembu cekup 16 kaki judi Posted: 23 Jan 2012 09:06 PM PST MukaDepan ANGGOTA polis memeriksa wang tunai yang dirampas di sebuah rumah di Pekan Nanas, Pontian, awal pagi semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, kehadiran 10 anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap, Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor yang bersembunyi dalam kenderaan tiga tan itu mengejutkan kaki judi hingga ada di antara mereka cuba meloloskan diri. Bagaimanapun, tindakan cekap polis yang mengepung kediaman itu terlebih dulu berjaya menahan semua kaki judi, walaupun berlaku sedikit pergelutan dengan anggota polis sebelum mereka merayu dilepaskan kerana bimbang akan dimarahi keluarga jika pecah tembelang. Hasil aduan orang ramai dan maklumat risikan itu, polis merampas RM40,000 wang taruhan, 140 cip pelbagai nilai, tiga biji dadu, satu mangkuk kecil dan kertas putih.Pegawai Turus D7 Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 50-an dipercayai pemilik rumah terbabit kerana disyaki menjadi penganjur selain menjadikan kediamannya sebagai pusat perjudian haram.
"Kita percaya pusat judi ini baru beroperasi sejak seminggu lalu bagi membolehkan kaki judi mencari duit lebih sempena perayaan Tahun Baru Cina, malah pertaruhannya juga membabitkan jumlah yang besar.
Mohammad berkata, semua kaki judi itu akan direman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya. Justeru, katanya, pihaknya akan meneruskan operasi seumpama dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan judi haram. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan terbabit diminta menghubungi talian hotline IPPK Johor 07-2212999. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |