{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


4 dituduh bunuh 2 beranak

Posted: 23 Mar 2012 03:29 PM PDT

MukaDepan

EMPAT pelajar kolej swasta didakwa membunuh seorang pensyarah kolej mereka dan bapanya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas perbicaraan, semalam.

EMPAT pelajar kolej swasta didakwa membunuh seorang pensyarah kolej mereka dan bapanya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas perbicaraan, semalam.

PETALING JAYA: Empat pelajar kolej swasta, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana membunuh pensyarah kolej mereka, Zara Eleena Omar Peter dan bapanya Omar Peter Abdullah, di rumah mangsa di Puchong pada bulan lalu.

Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20; Mohamad Sharafe Matt Noh, 19; Azizi Aizat Ibrahim, 20; dan Muhamad Safwan Muhamad, 20; dituduh membunuh Zara Eleena, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong antara jam 1.30 dan 2.30 pagi 9 Mac lalu.

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua membunuh Omar Peter, 56, seorang pesara syarikat kewangan, di tempat sama antara jam 11.30 malam 8 Mac dan 1.30 pagi keesokan harinya. Seorang daripada tertuduh dipercayai kekasih Zara Eleena Semua tertuduh yang tidak diwakili peguam menundukkan kepala ketika tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dan hanya mengangguk tanda memahami tuduhan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 23 April untuk sebutan sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah, berkata pihaknya tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap semua tertuduh dan memohon tarikh lain untuk sebutan kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.

Pensyarah bahasa Inggeris sebuah kolej swasta itu ditemui terbaring atas lantai biliknya, manakala bapanya tertiarap atas katil bilik utama, tetapi menimbulkan tanda tanya apabila tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada tubuh mangsa.
Pemeriksaan awal polis mendapati kereta Perodua Kenari dan telefon bimbit Zara Eleena serta bapanya hilang, namun tiada kesan pecah masuk kerana pintu rumah berkunci selain tiada kesan pergelutan.

Akhbar pada 17 Mac lalu, melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata polis menemui semula barang kemas milik keluarga mangsa bernilai RM100,000, yang sebahagiannya diperoleh daripada suspek, manakala sebahagian lagi sudah dijual serta sebuah kereta Perodua Kenari yang ditemui di Kedah.

Beberapa hari sebelum kejadian, Omar Peter bersama isteri, Normalia Mahmood, dilaporkan pulang ke kampung di Segamat, Johor untuk melawat kebun, manakala anak tunggal mereka itu tinggal di rumah bersendirian.

Ketika di Segamat, mereka menerima panggilan Zara Eleena yang mengadu tidak sihat dan bapanya bergegas pulang berseorangan untuk mengambil anaknya.
Bagaimanapun sejak itu, Normalia bukan saja gagal menghubungi suami atau anaknya, malah tidak menerima berita daripada mereka.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

danny skywalker

sanggup bnuh awek sndiri...manusia ape nie?

ARYATI

dimana nilai2 keimanan manusia

azril bin jamal ares

ke mana perginya sifat kemanusian manusia. Sayang umur semua masih muda tetapi seakan gagal berfikiran secara relevan yang mana betul atau salah

leodash

apalah.. kesian betul... kejam...

roslan lan

inilah dia, bila syaitan telah menguasai diri tidak kenal botol kicap atau botol cuka...


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat