{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Keldai siber pula muncul

Posted: 29 Mar 2012 11:42 AM PDT

MukaDepan

Sindiket antarabangsa didalangi warga Afrika peralat wanita kita perdaya syarikat dalam internet

KUALA LUMPUR: Selain dijadikan keldai dadah, wanita tempatan kini diperalatkan sebagai keldai internet oleh sindiket antarabangsa warga Afrika dengan menggunakan akaun internet dan akaun bank mereka untuk pelbagai kegiatan penipuan secara atas talian di seluruh dunia.

Modus operandi sindiket warga Nigeria yang mempunyai kepakaran teknologi maklumat (ICT) itu adalah dengan menggodam e-mel syarikat antarabangsa yang mengandungi maklumat sulit transaksi perniagaan dan menghubungi syarikat itu selepas mencipta emel baru yang alamatnya mirip e-mel pelanggan syarikat yang berurus niaga dengan syarikat yang mahu ditipu.

Modus operandi sindiket warga Nigeria yang mempunyai kepakaran teknologi maklumat (ICT) itu adalah dengan menggodam e-mel syarikat antarabangsa yang mengandungi maklumat sulit transaksi perniagaan dan menghubungi syarikat itu selepas mencipta emel baru yang alamatnya mirip e-mel pelanggan syarikat yang berurus niaga dengan syarikat yang mahu ditipu.

Mereka berurus niaga menerusi e-mel palsu termasuk rundingan pembelian. Selepas meyakinkan mangsa, anggota sindiket mengambil alih urus niaga dan menghantar e-mel mengarahkan pembeli memasukkan wang ke dalam akaun bank milik wanita rakyat tempatan yang didaftarkan di Malaysia.

Sebelum itu mereka menjalin hubungan dengan wanita tempatan supaya mudah dipujuk untuk membuka akaun. Ada antara mereka sanggup memeluk agama Islam dan berkahwin dengan mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata siasatan terhadap enam kes penipuan awal tahun ini mendapati semua akaun bank itu dimiliki wanita tempatan yang disyaki menjalin hubungan dengan anggota sindiket.

"Sebaik bayaran dimasukkan dalam akaun, mangsa diarah pasangan mereka memindahkan wang kepada rangkaian sindiket di luar negara melalui khidmat kiriman wang antarabangsa.
"Suspek mengelak penggunaan akaun bank sendiri atau rangkaian sindiket di luar negara bagi mengelak dikesan jika kegiatan terbongkar.

"Taktik itu juga bagi mengelak wang atau aset mereka di Malaysia atau luar negara dikesan, seterusnya dibekukan pihak berkuasa. Wanita kita dijadikan keldai internet seperti keldai dadah," katanya.

Sejak Januari lalu, enam kes dilapor membabitkan 10 wanita tempatan dengan kerugian mencecah jutaan ringgit, termasuk kes terbaru membabitkan penahanan ibu tunggal berusia 34 tahun di Johor Bahru Sabtu lalu bersama pelajar kolej swasta warga Nigeria yang didakwa suaminya.

Mohd Kamarudin berkata, penahanan itu susulan maklumat Bank Pusat Amerika Syarikat (AS) yang melaporkan pembayaran oleh pelanggannya kepada sebuah syarikat pembuat pakaian di Jakarta, Indonesia dimasukkan dalam akaun bank milik ibu wanita berkenaan sebelum polis menahannya untuk siasatan lanjut.

Hasil soal siasat membawa kepada penahanan suaminya dan seorang lagi lelaki Afrika berusia 25 tahun dalam dua serbuan berasingan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya dan Pandan Indah, Ampang, pada Jumaat lalu.

Polis merampas telefon bimbit dan peralatan komputer yang mereka gunakan untuk berhubung dengan anggota sindiket lain di luar negara serta menggodam akaun mangsa.

"Lebih mengejutkan anggota sindiket sanggup memeluk Islam bagi meyakinkan pasangan, namun ketika ditahan mereka masih memakai rantai mempunyai lambang salib," katanya.

Berikutan itu, polis menasihatkan orang ramai terutama ahli perniagaan supaya berwaspada ketika menggunakan talian internet percuma seperti Wifi, selain meneliti dan menyemak e-mel bagi mengelak maklumat dicuri penggodam.

"Bukit Aman sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa luar negara, termasuk Interpol bagi memantau aktiviti yang meragukan dalam sebarang urusan perniagaan melalui e-mel," katanya.

Beliau berkata, selain Malaysia, sindiket berkenaan beroperasi di Timur Tengah dan Afrika.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Neat Arm

Hari hari ada jer berita panas biar pun dari rakyat malaysia sendiri atau warga asing.Tapi kes kes penipuan internet ni kalo wanita melayu tak ambil iktibar penyakit ini kan menjadi lebih teruk.Kenapa begitu mudah wanita melayu kita mudah percaya pada warga nigeria/afrika yg kita dah tahu tujuan mereka ker malaysia selepas ini tak tahu apa pulak taktik mereka utk memperdayakan wanita melayu lagi.

Yangretibase

Wanita kita gila dunia. Kalau kena musibah baru padan muka!

roney Hai

Penipu memang kerja dia menipu......... yang tak sedar diri ialah wanita yang jadi mangsa tipu warga afrika..........wanita macam, ni tamak.. nak cepat kaya........Allah tak rela.... semua orang tau ramai warga africa ni penipu besar....berita tentang perangai buruk mereka juga tersebar luas melalui pelbagai media...jangan terlalu budiman kepada meraka yang serakah.

Salmah Z

Warga Nigeria yg terkenal dlm sendikit penipuan tetapi kebanyakkan perempuan kita mudah di tipu se olah2 tidak mempelajari lapuran dlm tv dan surat khabar. Boleh dikatakan perempuan seperti ini dah sangat GATAL dgn mereka (jatuh cinta) tapi ada juga perempuan ini sudah dpt habuan (mengandung) lelaki Afrika lari maka tinggal lah perempuan ini dan anak yg berbibir TEBAL. Yang menyedih nya kebanyak kan perempuan GATAL ini dari org MELAYU..Betul2 memalukan bangsa dan agama Islam.

Gila

begitulah kerja korang..menipu saja..tak ada guma punya orang..itulah mak saya tak nak mgunakan talian internet..tkt mcm ni..bahaya tu..


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat