{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda gedangsa - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda gedangsa - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2012 07:45 PM PST

Najib Razak cakap,

Kecewa Projek Perumahan Di  Felda Gedangsa Tergendala

Khalid Ibrahim cakap,

Tiada permohonan projek perumahan di Felda Gedangsa

Really3Line cakap,

Mana Satu Betul ni?

Najib Razak cakap,

Projek ini terbantut kerana, walaupun tanah itu dimiliki Felda, tapi terpaksa diserah balik kepada kerajaan negeri untuk diberi balik kepada kita dan dipecahkan lot. Itu yang tak diluluskan kerajaan negeri sampai sekarang.

Saya tak boleh buat apa-apa lagi kerana mereka dah tolak permohonan itu.

Khalid Cakap,

Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda.

Kerajaan negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di Felda tersebut.

Najib Cakap,

Tidak ada apa yang boleh saya lakukan atau BN lakukan melainkan beri sesuatu isyarat kepada tuan puan…kalau hendak projek ini, kalau hendak masa depan lebih baik, lakukan perubahan.

Really3line Mencelah,

Lain macam je statement. 

Khalid Cakap, 

Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.

Really3line Mencelah Lagi,

Aik, tadi kata takde, ni jika ada pulak, macam mane ni?

Khalid Cakap, 

Kerajaan negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk perdana menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu.

Really3line cakap,

Owh… Kuasa ada pada tangan kerajaan Pusat lah ni ye?

Najib sambung,

Kerana politik (mereka) tak mahu kita dapat keuntungan, tak mahu kita disanjung masyarakat, mereka tak bagi kebenaran…tanah adalah kuasa (di bawah bidang kuasa) kerajaan negeri.

Inilah keadaan sebenar, saya terangkan sebab jangan orang kata saya mungkir janji atau Felda tak tunai janji (dibuat semasa) pilihan raya kecil.

Really3line bermonolog,

hm…. 

Najib Last Word,

Terserah kepada masyarakat peneroka untuk berbuat sesuatu mengikut lunas undang-undang, dan yang paling penting, ialah memberi sokongan kepada Barisan Nasional apabila tiba pilihan raya umum nanti.

Khalid Last word,

Kerajaan negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda.

Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik kerajaan negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan kerajaan negeri tidak menerima bayaran satu sen pun.

Really3line,

Fuh.. Pelik juga.. sorang kata ni kuasa kerajaan Negeri dan ia sengaja di tangguhkan, yang lagi sorang pulak cakap ini kuasa kerajaan pusat siap ada akta lagi. hm… sama sama lah kita renungkan.

Kepada siapa yang mahukan kenyataan penuh dari berita ini, 

Klik Sini Untuk Najib Razak

Klik Sini Untuk Khalid Ibrahim

SEKIAN…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full content generated by Get Full RSS.

ULAMA PEWARIS NABI: RAKYAT <b>FELDA GEDANGSA</b> AKAN JADI <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 12:46 AM PST

Tiada Permohonan Projek Perumahan Di Felda Gedangsa
Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di felda itu seperti yang didakwa Perdana Menteri.

"Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.

"Kerajaan Negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk Perdana Menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu," kata Menteri Besar.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana didakwa enggan meluluskan projek-projek perumahan di felda-felda di Hulu Selangor.

Menteri Besar juga berkata, semakan dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor juga mendapati terdapat satu cadangan pada awal tahun 1990-an itu dari Felda untuk projek pembangunan di Felda Gedangsa tetapi ditolak oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional ketika itu kerana kegagalan projek pembangunan semula di Felda Sungai Buaya.

Menteri Besar kecewa kerana Perdana Menteri menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan UMNO-BN menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk Kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda.

"Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik Kerajaan Negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri tidak menerima bayaran satu sen pun," katanya.

Perdana Menteri perlu mengkaji fakta sebelum membuat tuduhan tidak berasas kerana Kerajaan Negeri mengadakan reformasi pengurusan dan pentadbiran tanah secara berterusan bagi mengalakkan rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat