{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Hasan cabar Azmin

Posted: 26 Mar 2012 03:45 PM PDT

MukaDepan

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dicabar supaya menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 daripada terus mencari kesalahan orang lain.

Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu diminta segera berbuat demikian kerana ketika itu beliau hanya pegawai kerajaan biasa yang tidak mampu memiliki banyak wang untuk membeli saham bernilai berjuta-juta ringgit.

Bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata Mohamed Azmin sepatutnya terlebih dulu mencermin diri sebelum melemparkan sebarang tuduhan jahat terhadapnya. "Sila jelaskan dari mana sumber kewangan YB Bukit Antarabangsa dan isterinya membeli saham yang nilainya mencecah RM2 juta, sedangkan ketika itu saya difahamkan beliau hanya menerima gaji kira-kira RM2,000 saja.

"Sila nafikan laporan yang menyatakan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S A Vickneswaran yang mendakwa Azmin dan isteri termasuk seorang ipar memiliki saham mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an. Saya timbulkan perkara ini kerana bagi saya Mohamed Azmin tidak mempunyai 'locus standi' untuk berbicara soal kredibiliti, integriti dan ketelusan," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Hasan menganggap tuduhan Mohamed Azmin beliau menggunakan ratusan ribu ringgit untuk membaikpulih pejabat EXCO Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta program Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri, sebagai tindakan tersirat yang mahu menjatuhkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tindakan mempersoalkan kewibawaan saya di DUN baru-baru ini secara langsung mempertikai kredibiliti kerajaan negeri pimpinan Khalid. Ini kerana kelmarin Khalid sendiri sudah mengesahkan perbelanjaan itu mengikut tata cara perbendaharaan negeri.
"Ini seperti membunuh dua burung dengan sebiji batu. Memang PKR ada perbalahan dalaman di Selangor kerana Azmin menggantikan Khalid sebagai Pengerusi PKR negeri. Malah, dengan kedudukan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai penasihat ekonomi negeri, pasti lebih selesa buat Azmin," katanya.

Hasan turut mencadangkan supaya semua perbelanjaan EXCO dan pengarah agensi serta anak syarikat kerajaan negeri diisytiharkan kerana ada pihak lain yang mengeluarkan belanja lebih besar untuk membaik pulih pejabat.

"Saya merasakan jumlah yang saya belanjakan sederhana kerana pengubahsuaian termasuk untuk semua pegawai dan kakitangan Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) berjumlah 19 orang. Mengikut maklumat, kosnya lebih rendah jika dibandingkan pengubahsuaian pejabat EXCO lain," katanya.

Mengulas isu lain, Hasan berkata, beliau menyokong langkah Datuk S Nallakarupan untuk berdepan dengan Anwar di mahkamah kerana baginya "biar orang yang paling rapat dengan Anwar mendedahkannya kerana rakyat mahu pemimpin yang mempunyai moral tinggi saja berada di Putrajaya."

Saranan supaya Mohamed Azmin mendedahkan sumber kewangannya, disokong Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim yang menegaskan tidak wajar mencari kesalahan pihak lain sedangkan beliau belum menjawab perkara itu selepas didedahkan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.

"Kita ingin tahu siapa insan yang bermurah hati memberikan begitu banyak wang kepada Mohamed Azmin. Isu ini asalnya didedahkan oleh Anuar, iaitu orang yang pernah bersama-sama dengan Mohamed Azmin ketika berkhidmat untuk Anwar. Rakyat juga berharap polis dapat mendedahkan hasil siasatan kerana Anuar sudah menyerahkan segala bukti kepada pihak berkuasa pada 2009," katanya.

Sementara itu, pada sidang DUN pagi semalam, Hasan mempersoalkan dana RM300 juta di bawah geran Selangorku yang dikatakan tidak direkodkan dalam akaun Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

BANDUT

Kita sama -sama tahu sudahlah kan Azmin, keluarga dan Anuar itu satu kapal

azam

ni lah org islam sekarang asyik tengok salah org ...org kafir bergembira melihat telatah kita,....sedar lah jangan kamu membuka aib seseorg itu sehingga menjatuh kan maruah..astagfirullahalazim...bertaubatlah

hamba Allah

X payah dikecoh2kn..X payah tuduh menuduh..yg penting diminta pihak yg berkenaan siasat dgn teliti dn mendalam tuduhan2 semua tu dn jikalau terdapat sahih nye tuduhan tu maka tindakan yg tegas perlu di ambil dri segi undang2..Dn yg penting Rakyat Malaysia perlu di bagitahu supaya org yg bertopeng syaitan tu tidak di sanjung dn tidak di pilih semula dlm PRU akan datang. Kita rakyat Malaysia tak perlu manusia yg bertopeng syaitan.

aush

mengata dulang..paku serpih..
bila sebut pasal kredibiliti Azman Ali..xda plak konco2 dia melatah...malah bersikap diam membisu...bangsaku...bangsaku..

WanDa

Kita tengok je, sape yng kena....

roslan abdul rashid

Aku sangat percaya datuk hassan ali bukan keluarkan kenyataan membabi buta... Azmin harus di siasat sedalam dalamnya... Jika benar aku sangat pasti bukan dia sahaja, malah beberapa lagi individu patut di tarik keluar dari onar sulit ini...

lela

manusia hanya mampu berusaha untuk menggapai impian tapi hanya Allah yang maha menentukannya.Walau kerajaan sekarang ada kelemahannya tapi ia tidak bermakna sehingga perlu menukar kerajaan sedia ada. Sifat kesederhanaan kerajaan sekarang adalah lebih baik tetapi pakatan pembangkang yang hanya mahu kuasa. Cuba fikirkan bagaimana mereka mahu mentadbir negara jika akal fikiran serta matlamat mereka tidak sekata. Semoga Allah akan terus memberi kemenangan kepada pemimpin terpilih yang mempunyai akhlak mulia dan berintegriti tinggi supaya dapat memimpin negara dengan adil dan saksama. Yang paling penting keamanan dan kemajuan negara sekarang hendaklah terus dipelihara kerana itu jauh lebih beharga dari kita terus bersengketa pada perkara-perkara yang hanya untuk kepentingan diri dan kelompok masing-masing. Jangan gadaikan maruah agama dan bangsa hanya kerana mengejar kuasa yang belum tentu menjadi milik kita..belajarlah untuk menjadi hambaNya yang bersyukur dan berterima kasih pada insan-insan berjasa yangmemajukan negara

Alaxandre Islam

Saya adalah seorang saintis dan telah memeluk Islam pada 2 lepas ketika berada di luar negara. 'Hidayah' Islam saya selepas melihat tentanh kebenaran Hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang kiamat, akhir zaman, kedatangan dan penguasaan Dajjal Laknatullah ke atas manusia secara ideologi,mentaliti,pentadbiran,hukum dan undang-undang, kepercayaan kepada agama dan banyak lagi.

Antara Hadis Sahih Nabi Muhammad SAW dari Imam Muslim dan Imam Bukhari ialah, "Ketahuilah 40 hari terakhir sebelum dunia Qiamat Hari Pertama bersamaan 1000 tahun (empayar Islam), Hari kedua 100 tahun (kejatuhan Islam dan kebangkitan Zaman Empayer Kapitalisme - Sekular+Liberal), Hari Ke 3 bersamaa 1 bulan (Kemasukan Izrael 1967 dan penguasaannya ke atas Palastin) dan hari2 lain adalah hari2 yang biasa.

Antara Hadis lain dari Imam Muslim dan Bukhari ialah, "Di akhir zaman para Pemimpin dan Ulama' adalah dari kalangan orang-orang Munafik".

Manusia terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu : -
i. Mukmin : Soleh, Patuh dan Taat pada Perintah Allah dengan mengimani Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW
ii.Fasik : adalah manusia yang tidak kukuh imannya (contoh taklik). Juga adalah orang yang amat rugi di dunia dan di akhirat
iii.Kufur : Kafir. Orang2 kufur biasanya menilai Quran dan Hadis dengan akal yang terbatas, di mana akal mereka akhirnya menyesatkan dan menjadikan mereka Kafir. (Contoh : Berkata tentang hukum Allah perlu ditambahbaik dan begitu juga corak pentadbiran MUhammad SAW - mengkritik dan menghina).
iv. Munafik : Musuh Allah, Para Nabi dan Rasul, dan Ummat Islam. Mereka adalah orang yang mempersendakan Agama Allah dengan memutarbelitkan kebenaran, memfitnah dan menganiaya. Mereka adalah orang2 yang mengejar dunia dan menolak akhirat (orang yang tidak percaya atau tidak yakin tentang Qiamat dan balasan Akhirat).
v. Syaitan : Firman Allah,"Sesungguhnya dari kalangan manusia dan jin itulah wujudnya Syaitan." - Al Jin.

Berfikirlah kita, jika seorang pemimpin dan ulama' menjual agamanya kerana dunia (wang dan pangkat) adakah tempat baginya disisi Allah. Adam as telah bersujud selama 40 tahun pada dosa baginda pada Allah. Sedangkan kita manusia yang daif adakah taubat sekadar solat dan menangis memadai untuk mendapat keampunan Allah? Ketahuilah Taubat nasuha itu pelengkapnya adalah HUDUD (spt Sirah Nabi SAW sebagai seorang pemimpin Madinah - peristiwa wanita nusyuz dengan berzina pada lelaki yang haram baginya).

Kaji2lah kita kerana hidup hanya sementara, akhirat jua tempat yang kekal.

Wallahualam

MOHD YUSRI

Saya tak pernah menyokong yang bernama pembangkang.Apa salahnya kerajaan pimpinan BN?
Tidakkah kita bersyukur, dulu negara dikenali sebagai negara pertanian. Kemudian bertukar kepada negara perindustrian berat dan kini sedang menuju kearah wawasan 2020.

hanafi

Tidak kira atas apa dasar sekalipun, sekiranya ada bukti penyelewengan dalam kes Azmin Ali, maka pihak terbaik untuk menyiasat adalah SPRM. Sekadar mencabar untuk mengisytihar sumber kewangan adalah kerja sia2 kerana ia melibatkan kes 20 tahun lepas. Dalam kes jenayah, pendakwa kena tunjukkan bukti dan bukannya sebaliknya.

Ahmad Ismail

Persiapkan empat orang saksi.

Hanya Kata

Saya penyokong pembangkang tetapi secara jujurnya Azmin Ali perlu menunjukkan bukti bukan hanya berkata-kata tanpa bukti. Ini boleh mencalar kredibiliti seorang pemimpin tertinggi seperti Azmin Ali sendiri.


Gadis bohong diculik

Posted: 26 Mar 2012 03:41 PM PDT

SHAH ALAM: Dakwaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dia bersama lima rakannya warga Myanmar diculik dan dibawa lari sindiket dengan sebuah van putih dari Shah Alam ke Thailand untuk mengemis baru-baru ini adalah bohong yang direka remaja berkenaan.

Rahsia Nazatul Fadiyana Mohd Izwan, 14, atau dikenali Nana itu terbongkar selepas polis mengambil keterangan daripada remaja itu semalam.

Turut diambil keterangan, lima rakannya dipercayai warga Myanmar, Muhd Yunus Abdul Rahim, 17, Muhd Nur Abdul Rahim, 14, Abdul Aziz Nomalhakim, 14, Ramzabi Hussin, 14, dan Janetbi Hussin, 14.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata semua remaja Myanmar yang diambil keterangan turut mengakui mereka secara sukarela pergi berkumpulan ke Thailand untuk mengemis selepas dicadangkan sendiri oleh Nana.

Malah, katanya, ketika ditahan pihak berkuasa Thailand selepas lima minit berada dalam kereta api untuk pulang ke negara ini pada 11 Mac lalu, Nana juga dikatakan menipu pihak berkuasa negara itu dan wakil kedutaan negara ini, mereka diculik sindiket menggunakan van putih.

Menerusi keterangan dirakamkan termasuk lima remaja Myanmar, kami diberitahu Nana menghubungi semua rakan Myanmar itu pada 30 Januari untuk berjumpa di Shah Alam bagi tujuan mengemis.

Selepas bertemu, mereka secara berkumpulan seramai enam orang berkeliaran di sekitar Kompleks PKNS di Seksyen 14 dan mengaku merayau-rayau di kawasan itu sehingga ke awal pagi hari sama, katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.
Zahedi berkata, keterangan diperoleh daripada semua remaja berkenaan mendapati, pada 31 Januari, kumpulan remaja terbabit diketuai Nana bertolak ke Kompleks Kota Raya di Kuala Lumpur, sebelum bergerak menaiki bas ke Seremban.

Di Seremban, mereka ditemui merayau jam 4 pagi dan pengawal keselamatan di stesen bas itu membuat laporan sebelum polis membawa semua remaja berkenaan termasuk Nana ke Balai Polis Seremban untuk diambil keterangan.

Ketika itu mereka mendakwa terpaksa ke Seremban konon melarikan diri daripada dua lelaki Myanmar dikenali Shah dan Shadiq yang memaksa mereka mengemis di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan remaja itu juga, termasuk Nana mengaku warga Myanmar untuk melepaskan diri, katanya.

Zahedi berkata, selepas dibebaskan dari Seremban, kumpulan remaja itu bergerak menaiki bas ke Kuala Lumpur dan membuat keputusan mengemis secara berkumpulan dan memperoleh RM400 dalam sehari, sebelum membeli tiket ke Rantau Panjang, Kelantan.

Pada malam berkenaan, berdasarkan keterangan kumpulan remaja itu, mereka menginap di hotel murah di Jalan Haji Taib, sebelum menaiki bas ke Rantau Panjang jam 8 pagi 2 Februari.

Mereka tiba di Rantau Panjang jam 6 petang dan menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok dan bermalam di rumah bapa saudara Muhd Nur. Jam 12 tengah hari, mereka bertolak ke Bangkok menaiki kereta api di gerabak paling belakang yang tidak dikenakan bayaran dan tiba di ibu negara Thailand itu keesokannya, jam 12 tengah hari, katanya.

Menjelaskan lagi pembohongan remaja berkenaan sehingga mencetuskan keresahan masyarakat berikutan dakwaan mereka diculik sebelum ini, Zahedi berkata, setiba di Bangkok kumpulan remaja itu termasuk Nana bekerja di tapak projek perumahan dengan bantuan bapa saudara seorang remaja berkenaan.

Katanya, ketika bekerja di situ kumpulan remaja berkenaan dibayar RM20 sehari tetapi hanya mampu bertahan 36 hari sebelum Muhd Nur mengajak mereka pulang semula ke Malaysia kerana terlalu merindui ibunya di negara ini.

Bagaimanapun, selepas lima minit berada di atas kereta api untuk pulang ke negara ini mereka dicekup pihak berkuasa negara jiran dan dalam keadaan tertekan, Nana dikatakan memperdayakan pegawai berkuasa negara itu dengan cerita rekaan kononnya mereka diculik sebuah sindiket mengemis.

Zahedi berkata, Nana yang ditahan di wad sebuah hospital, dibenarkan keluar petang semalam manakala lima remaja Myanmar itu masih ditahan reman 14 hari oleh pihak imigresen bagi proses menentukan kewarganegaraan.

Beliau juga mengesahkan polis akan merakam keterangan semua ibu bapa remaja Myanmar itu dan ibu bapa Nana hari ini (esok) bagi melengkapkan siasatan sebelum perbincangan pihak atasan polis dibuat untuk mengajukan kertas siasatan mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ashin

alahai.......memang banyak skrg ni bebudak lagi expert menipu, yg herannya ibu bapa mereka ni mcm tak tahu menjaga anak. Cuba lihat dikawasan bukit Bintang esp depan pintu Maybank Bukit Bintang tu berapa banyak pengemis..ada yang display perut lepas operation dgn kesan darah pada tissue,ada perempuan bawa bebudak kecik minta sedekah hingga jam 10malam.....disini patut jugak disalahkan Jabatan Kemasyarakatan ,,kenapa tak cekup mereka ni dan sumbat dlm penjara kasi hukuman yang membolihkan mereka berfikir kali kedua sama ada nak mengemis lagi atau duduk diam diam kat gumah........pada anak yg bernama nana tu kalau bolih Jabatan yg berkenaan jatuhkan hukuman penjara yg agak berat sebagai contoh so yg lain tak mahu buat lagi...

budak-budak buat begini harus dijatuhkan hukuman kerana berbohong apatah lagi dengan pihak polis dan menjadi pengajaran kepada remaja yang lain.

roslina ishak

Nak komen bab ni memang berat sebab semua ibubapa sayangkan anak-anak.Ibubapa sanggup korbankan kehidupan kerana anak-anak tetapi ada ibubapa yang lebih advance dari itu.Nak tanya mana ibu bapa nana ni...tak risau ke anak tak balik ke rumah kalau lebih dari waktu.contohnya kalau waktu maghrib...anak belum tunjukkan muka depan mata..apa yang ibu tu rasa..takut juga nak cakap sebab saya pun ada anak-anak tapi....

eleena

ooi..nana.. u buat apa di Thailand... U tau tak disana bisnes apa yg famous...baru umur 14thn.. sudah pandai tipu..

nana

rasa nak sekeh kepala nana.

pikiak-pikiak

Hangpa ni kalo dpt kat sindiket pelacuran kan baguih.padan muka.kecik2 lembu jaga,dh besaq sapi lak jaga

jee

Remaja sekarang bawah umur dah pandai menipu dan mereka cerita kononnya diculik tetapi hakikatnya kehendak sendiri. mereka hanyalah sia-sia. Apa yang membimbangkan sekiranya ada kes yang betul-betul terjadi masyarakat tidak akan ambil peduli lagi seperti "pengembala kambing dengan harimau"...

pakdee75

maknanya mudah sgt dpt duit kalo mengemis kat malaysia ni...sehari 400 kita keje cam nk mati pon x dpt camtu huhu...

Jaludin Hj Basir

Hebat betul perancangan gadis tersebut... mcm buat filem plak. Tak mantap lagi laa

Jamil

Glamorla Kau Nana,Kcian Pembeli Paper Harihari Baca Psal Kes Mcm U all, Lari Dari Umah, Rogol, Tipu, Curi, Tip Yg Merugikan Negara, Maruah MakBapak, Langsung Tk Ada NilaiNilai Murni Dalam Diri huh Menyusahkan...

Demi DAMAI

inilah hasil daripada kebanjiran telemovie, filem dan drama TEMPATAN DAN IMPORT yang penuh dengan 'SANDIWARA', kisah CINTA YANG PELBAGAI dan elemen negatif, khurafat dan 'gangsterism' yang akhirnya berjaya mempengaruhi anak-anak remaja kita yang masih mentah, sewajarnya filem-filem sebegini ditapis sebelum disajikan kepada para penonton bagi mengelakkan pengaruh seperti ini, setelah perkara berlaku siapakah yang akan bertanggungjawab? nilai-nilai kemanusiaan sudah semakin terhakis dengan 'duniawi' yang penuh dengan 'cahaya yang mengasyikkan'....

jee

Remaja sekarang bawah umur dah pandai menipu dan mereka cerita kononnya diculik tetapi hakikatnya kehendak sendiri. mereka hanyalah sia-sia. Apa yang membimbangkan sekiranya ada kes yang betul-betul terjadi masyarakat tidak akan ambil peduli lagi seperti "pengembala kambing dengan harimau"...

ummi rashad

la.... wat suspen je bebudak ni.... terror betul kelentongnya... bukan mak pak je kena temberang, pihak berkuasapun kena kantoi....

Sham

Benda ni IbuBapa adik nana ni da tak salah,benda perlukan kajiselidik oleh pihak berkuasa untuk tahu kenapa adik nana ni bertindak hingga ke tahap ini,ini bukan satu benda yang remah lg,perlukan tindakan kaunselling untuk adik nana,jangan sampai pisang berbuah dua kali.

Kak As

Budak-budak ni cerdik. mereka tau mengemis di Malaysia dapat byk duit. Rakyat Malaysia kan pemurah.Utk keselamatan, mereka bergerak secara berkumpulan bukan berseorangan. Budak-budak ni, kalau menipu polis tak apa, dimaafkan. Bawah umurlah dikatakan. Paling tidak masuk sekolah pemulihan. Ini semua bergantung kepada didikan ibubapa, agama selain pengaruh kawan. Mari Muhasabah diri.

w.shima

kalau la kena culik betul2 baru tau..ishh apa lah budak perempuan ni menyusahkan ibubapa

ida

hmm dah dihantar ke balai polis seremban, diambil keterangan, kemudian polis bebaskan kumpulan remaja 14 tahun
"warga myanmar" ni begitu sahaja? tak check dulu ke ada dokumen pengenalan diri? tak hubungi keluarga untuk ambil bawa pulang ke? atau
seperti yg pihak berkuasa di thailand buat iaitu hubungi pihak imigresen jika benar mereka dari myanmar. lepaskan begitu sahaja?
bila dijumpai di thailand, baru nak buat semua ni? something is not right. the whole story doesn't make sense.

anna

risau keadaan skg ni macam2 budak skg ni...

GRUTCH

Baru 14 tahun dah menipu mcm ni...cuba fikir kalau umur dah naik 20 - 30 tahun?? Memalukan..tapi kenapa perlu mengemis?? siapa ajar dia mengemis?? byk persoalan ni..

zura

npelah y sgup menipu?? memalukan jew.. klu lari ley jdi org kaya xpe gak,nh jd pengemis. malang sguh nsb ko nana..klu aku de adk cam ko,siap lew.

azhar

harap jadikan pengajran pada remaja lain, jangan menyusahkan ibubapa dan masayrakat seluruh malaysia.

norazah binti mohd salleh

moga apa yg terjadi ini menjadi pengajaran buat ibu bapa dan remaja lain, jgnla buat perkara yang memalukan diri, keluarga, masyarakat n negara. selama ini seluruh rakyat percaya apa yg di ceritakan di media, rupa-rupanya cite sebenarnye adalah sesuatu yg memalukan kita.....jd kanlah ia sebagai pengajaran, nnti kalau jd betul2 tiada siapa yg nak tolong........

asim

budak skrg ni buat perangai je tau...bila susah baru nak ngaku ada kuarga.

emmy

ape terok sgt la bdk ni..bru umo 14 tahun..da pandai menipu..ni bukan kes kecik..melibatkan negare taw..wt mlu malaysia je ade rakyat ca ni...mesti mak bapak ko x taw mane nak letak muke kan??..stu hari kalo jadi betul2..aku just nak cakap padan muke ko...~~~

hjh.eaisah

semuga ibu bapa prihatin tingkah laku anak2

aishah binti mohsin

kenapa perlu tipu ? apa motif anda? baru berusia 14 tahun dik, jgn buat perangai mcm ni,anda memalukan keluarga, mmbgktkan kemarahan rakyat bile dah tahu kisah anda yang sebenarnya ..
sekrang, ambil ni sebagai pengajaran, jangan ulangi kesalaahan yg sama, fokus to your study..

noor

Nana oh nana,Yusuf Haslam leh buat slot dlm gerak khas

Izan

kesian kat keluarga yg susah hati,berdoa agar dia selamat dan balik ke pangkuan mereka...akhirnya ini yang sebenarnya...

atim

inilah budak2 zaman teknologi, tak fikir ttg masa depan...jangan main2 dengan undang2..kang malu 1 kg, 1 daerah, 1 negeri dan 1 Malaysia..akhirnya MENYESAL!

rika

x silap mak dia yg ajar mintak sedekah. mmg keja dia mintak derma konon dr MAIS kat area shah alam tu. yg kata hantar ank dia kat stesen bas tu, silap2 hantar ank utk minta derma la tu.

pengemis berlesen

emm..da elok2 dduk senang dengan family,nk jadi pengemis pulak..musti beri hukuman pada diorang..sekurang2nya,denda melakukan kerja amal 365 hari..

Nilam Sari

Kalau kita perhatikan, Malaysia ni macam ada bermusim. Sekarang ni tengah musim remaja bawah umur pula dengan berbagai kenakalan mereka. Ada yang dakwa diculik, ada yang kata dirogol. Apapun, kesan langsungnya keluargalah yang terpaksa tanggung. Semoga keadaan ini akan cepat reda.

rosmiah SELAMAT

memang kelasss kau nana.........leh jadi ' pelakon' yang hebat!...malangnya dapat anak sebegini.....

jee

Remaja sekarang bawah umur dah pandai menipu dan mereka cerita kononnya diculik tetapi hakikatnya kehendak sendiri. mereka hanyalah sia-sia. Apa yang membimbangkan sekiranya ada kes yang betul-betul terjadi masyarakat tidak akan ambil peduli lagi seperti "pengembala kambing dengan harimau"...

hazlin shah

hurm baru 14 tahun, tapi dah pandai menipu... siap ada geng lagi tu..... kalau tak dibimbing sekarang lagi 10 tahun tak tahu la budak ni jadi siapa...

chad

berbakat besar...
makin besar mungkin langkahnya makin panjang...

annacomel

Terbukti nilai murni seolah2 tidak wujud di dalam masyarakat negara kita..mengapa di jepun semasa berlaku tsunami tidak berlaku kecurian sesama mereka walaupun sedang lapar? mengapa di malaysia sering berlaku penipuan,akan mengambil kesempatan ke atas oragn lain,mementingkan diri sendiri.Salah sistem pendidikan? atau pun salah masyarakat itu sendiri? ataupun salah ibu bapa? harap pakar ataupun pihak berwajid bertindak segera ..

Na O Mei

Bdk2 yg terlampau bijak membuat keputusan yang TERLALU BODOH. Dh teringin sgt ke jd warga Myanmar dgn mengemis di Bangkok. Berlumba2 org luar dtg sini nak mencari rezeki dia pulak sebaliknya...Apa nak jadi dgn bdk2 skrg. Dah puas mak bapak ajar bnda2 yg baik yang tak elok juga jadi pegangan mrk.

Oshin

sabar jer lar kepada ibubapa beliau. buat anak nana dan rakan2 yang lain kasihanilah ibubapa kamu.

nanatanjung....

urm...perkara bodoh yg penah didengar..teruk betul bdk2 zaman sekarang...

nurin

apa motif dia buat suma tu??? keje kat tapak projek perumahan cuma rm20,baik keje kat kedai mkn negara sendiri.gj lg besar,mkn minum free.org luar pon pandai dtg kerja sni.dia pulak g tmpt org,dpt lg murah

bella

nama cantik..mesti orang dia cantik tapi penipu..kesian ibu bapa dia..jangan ulang lagi perbuatan yang boleh jatuh kan maruah keluarga..k adik nana!!!!

lan

tkasih n tahniah pada pdrm kita yg cekap mengendalikan kes ini...syabas pdrm.semoga kecekapan pdrm disanjung masyarakat dan perkhidamata yang tuan/puan tunjukkan itu dirahmati oleh Allah.saya doakan pdrm dilindungi Allah dari sasaran org yg dengki. Kepada si penipu ni sedarlah tuhan akan melipatkan ganda dosa anda dgn cara hidup yg penuh penipuan.

zainunzainal

Anak remaja melayu sekarang terlalu teruk. Ramai dikalangan ibu bapa melayu yang tidak membenarkan anak2 mereka mencari bekerja pada cuti sekolah.Tapi saya yang banyak bekerja dengan remaja cina dan india...setiap cuti sekolah mereka bekerja mencari duit di stesen minyak, pasaraya, mekanik,restoran dan pemasangan air cond..jadi ibu bapa melayu haruslah biarkan bereka bekerja untuk dapatkan pengalaman dan mereka akan belajar menghargai betapa susahnya mencari duit dan sedikit sebanyak mengajar mereka lebih bertangungjawab dan mendewasakan mereka selain dari pengalaman yang mereka dapat.

Sawiyah Bt Futera

Jangan suka mereka-rekakan cerita. Kalau perkara ini benar-benar terjadi kat org lain tentu orang ramai beranggapan perkara tersebut pembohongan.

Aris

macam ada yang tak kena...
kenapa jd gini!?

Mohd Faisal Bin Abd Rashid

Ibu Bapa Nana harus memberikan pelajaran, kasih sayang dan didikan agama yang secukupnya kepada beliau...kerana beliau mempunyai otak yang sangat pintar....sayanglah kalau ianya di salah gunakan!!!!

acik aja

kesian kepada keluarga adik nana, biar apa pun masalah melanda bawalah berbincang dgn keluarga.Jangan cuba nak selesaikan sendiri dgn melarikan diri dgn cara menipu insaflah. Ibu telah mengandungkan kita selama 9 bln 10 hari sekarang senang-senang pula kita menghancurkan hatinya dgn berbuat perkara sedemikian taubat adik nana.

azril bin jamal ares

Tindakan mempermainkan kuasa polis seakan memberi impak kepada masyarakat kelak.

kambingurun

boleh buat filem. david teo mesti suka.

sayang c nana ni masih terlalu muda, sdh pandai menipu..apa lagi kalau sdh besar sedikit????

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat