{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Anwar suruh rempuh

Posted: 30 Apr 2012 12:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rusuhan pada perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu, tercetus selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan memberi isyarat membenarkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan penyokongnya merempuh sekatan polis di Dataran Merdeka.

Pendedahan itu dibuat Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan, berdasarkan rakaman video yang diambil pegawainya sebelum Anwar memulakan ucapan kepada penyokongnya di persimpangan Jalan Raja/Jalan Tun Perak.

Kita akan serahkan rakaman video itu kepada polis dan Peguam Negara untuk meneliti bagi melengkapkan siasatan. Rakaman itu dilakukan ketika Anwar hendak memulakan ucapan. - Datuk Fuad Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

"Kita mempunyai bukti dan rakaman video yang dirakamkan ketika Anwar memberi isyarat supaya Azmin dan penyokongnya merempuh pagar dan kawalan polis.

"Kita akan serahkan rakaman video itu kepada polis dan Peguam Negara untuk meneliti bagi melengkapkan siasatan. Rakaman itu dilakukan ketika Anwar hendak memulakan ucapan," katanya selepas merasmikan Program Budi dan Jasa serta Perjumpaan Muzakkir JASA peringkat negeri di Kuala Terengganu, semalam.

Video insiden itu turut ditayangkan kepada media pada sidang akhbar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman, petang semalam, sebelum dimuat turun dalam Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rakaman tujuh minit itu memaparkan insiden rusuhan bermula jam 3 petang selepas Azmin selesai berucap di atas kenderaan pacuan empat roda.
Dalam rakaman itu, Anwar dan Azmin dilihat menggunakan tanda isyarat selepas Penyelaras Soladariti Anak Malaysia (SAM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard bertanya sesuatu kepada Anwar diikuti laungan 'Masuk', 'Masuk', 'Masuk' oleh penyokongnya.

Sebaik Anwar memberi senyuman dan Azmin turun lori, penyokong mereka memijak kawad duri dan mengangkat besi penghadang sebelum merempuh anggota polis yang mengawal laluan masuk ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, Anwar dan Azmin pada sidang media mereka di sini, pagi semalam, menafikan dakwaan itu. Azmin berkata, Anwar hanya memberi isyarat kepadanya supaya berunding dengan polis untuk membenarkan mereka masuk ke Dataran Merdeka.

Ismail berkata, polis sedang meneliti semua rakaman yang diperoleh di lokasi kejadian bagi mengenal pasti dalang yang mencetuskan kekacauan itu.

"Ini hanya sebahagian saja... ada banyak lagi rakaman untuk rakyat nilaikan sendiri siapa dalang di sebalik insiden itu, termasuk menghasut mereka melakukan provokasi dan bertindak ganas. Mereka akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Ismail berkata, beliau sudah mengarahkan pegawai menyiapkan segera proses siasatan bagi tujuan pendakwaan.

"Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, mereka tidak dibenarkan berarak dan perhimpunan itu tidak sah," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

subbarao

PM kita sedang membuat perubahan besar kepada negara dan pendapatan rakyatnya. Kita harus menyokong PM. Jangan sekali sekali cuba merosakkam nama baik negara kita dengan cara pemberontakkan. Kalau DSAI nak buat pemberontakkan, cuba bawak penyokong penyokong dia dan buat macam Thailand. Duduk berminggu-minggu atas jalanraya. Kenapa takut ke hilang perkerjaan serta punca pendapatan???? Yang ni macam office hours aje. Fikir lah penyokong-penyokong sekelian. Jangan jadi keldai DSAI.

radicaldin

takder faedah dan merugikan negara....
merosak kan bangsa

bimbang_insan

PEMIMPIN DAN PENYOKONG SEPERTI INIKAH YANG LAYAK MEMIMPIN MASA DEPAN GENERASI ISLAM 10THN AKAN DATANG..DIMANAKAN NILAI MURNI KEISLAMAN YANG MEREKA LAUNGKAN DALAM ABIM SEBELUM INI...HIPOKRIT

putihkaseh08

Cakap pun x guna, org melayu rosakkan org melayu, org cina n india tepuk tangan jer n dlm hati bila kau org melayu nak berambus dari bumi ni, x insaf ke, yg BERSIH tu pukul polis yg selama ni jadi hamba rakyat, ada mayat bergelimpangan di jalan, sapa yg kuitp? ada kematian dan jenayah, sapa yg turun? ANUAR? AZMIN? AMBIKA? jauh sekali Tok Nik Aziz yg org kata dah nyanyuk, Abg Hadi? nasih baik sesak nafas jer, tu baru tuhan tunjuk sikit jer, nasib baik x mati masa tu, x sedar lagi tu ........ sedarlah org2 BERSIH, jgn tanah air ni jadi cam Singapore, bila kaum lain berkuasa di parlimen, ada se ekor org melayu duduk di ujung kerusi, tu pun jaga hal ehwal agama jer, yg lain dikuasa bangsa lain, masa tu baru lah sedar, tanah melayu dijajah kaum lain. Di kedai2 akan bergantunglah daging2 tu bercampur ngan daging lembu, thaipusam nanti dia buat lak kat Dataran Merdeka, masa tu x da lah sambutan Mauludir Rasul, x suara azan bergema dari masjid2, x da hari kebangsaan cuma yg ada hari Malaysia yg mereka ingat mereka yg menuntut kebebasan negara, sedangkan UMNO lah yg bersusah payah nak mencari kemerdekaan pada tahun 1957 ......

Manzal...

Fikirlah secara rasional,gunakan kebijaksanaan dan kelebihan yang tuhan(ALLAH TA'ALA,)Telah berikan kepada kita,fikirkan masa depan Anak2 kita di masa hadapan,InsyaALLAH...semuanya Baik & Selamat,AMIN.......

roney hai

Didunia mereka boleh terlepas dari undang-undang, kerana pada akhir zaman ini perkara yang salah dikatakan betul.... perkara betul dikatakan salah..... di dunia ini mereka boleh terlepas dari undang-undang manusia.... tetapi diakhirat mereka tidak akan terlepas dari undang-undang ALLAH. Mudah-mudahan Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan perbuatan jahat mereka. Amin...

suhaimi

Anwar ba tu,xkan kenal pemutar alam no 1 d Malaysia,yg dia ckp keluar dr mulut nya sendiri d putar belit apa lagi bahasa isyarat,mcm kacang la dia putar belit.

syuk

pihak polis mesti kena adil ambik tindakkan jugak kepada anggota polis yang melanggar peserta bersih dgn pancuan 4 roda

World Peace

Sedihnya melihat keamanan negara kita kini terancam akibat sifat haloba mereka. Sebelum buat perhimpunan bersih, mereka perlu bersihkan jiwa mereka yg kotor & penuh hasad dengki tu. Selama ini, pemberontak ni x pernah bersyukur dgn ape yang mereka perolehi. Mereka ingat bile pembangkang da take over, mereka akan hidup dgn senang-lenang agaknya. Semoga Allah swt melindungi Malaysia. Amin

kulah bin jaid

INILAH AKIBATNYA BILA GILA KUASA SANGGUP BUAT APA SAJA.TIDAK KIRA ULAMA BILA DUNIA MENJADI UKURAN SEMUA LUPA KEBAIKAN.BERTAUBATLAH SAYANGLAH NEGARA MALAYSIA.ORANG LUAR DAN MUSUH NEGARA KETAWA MELIHAT NEGARA MALAYSIA KUCAR KACIR OLEH RAKYATNYA SENDIRI TANPA BERFIKIR DENGAN WARAS MUDAH DIHASUT OLEH SYAITAN.

quranicgen

sekirannya kita btl2 ingn keadilan,kpd master mind perusuh ni,tlg hayati antra mksd al-Q, ..ALLAH meminta hmbanya utk psatu padu,jgn lah bpecah belah. selain klu kita hitung nikmat ALLAH di bumi btuah MALAYSIA ni,pasti kita x thitung..tgs kita adalah bsyukur..kita sebok lantang bsuara di luar,di jalanan..tp cb phatiakn pjalanan di dlm institusi klrga kita sndiri..adakah dpt di bahagikan keadilan itu seadil2nya...tlg fkr2kan bsama ye

bestari29

Apa pun biarlah ibarat menarik rambut dalam tepung. Api tak kan padam dengan menuangkan minyak. Nabi dulu pun menyelesaikan sesuatu dengan penuh hemah. Yang perlu kita fikir kan adalah ramai musuh musuh islam di luar sana. kita tak akan dapat apa apa bantuan dari orang orang luar yang sememang nya inginkan islam ini hancur. Yang pasti mereka akan membantu orang yang akan menghalang islam dari berkembang di bumi Malaysia ini. Fikir fikir kan lah.

1 malaysia

Sepatutnya PDRM mengunakan pinball bukan senapang asap,baru bersih kat badan mereka.

seri

rasa pelik negara kita x mcm dulu lg aman, damai, selamat,selesa tp kini x ubah mcm negara luar menyeramkan,menakutkan,xda keamanan,xda keselesaan,jauh dr rasa selamat hati sentiasa berdebar2,risau keselamatan diri dan keluarga jg negara tercinta.X ckp dihidang dengan penculikkan,pembunuhan,simbah asid,rogol mcm2 lg termasuk yg terbaru rusuhan yang di fikir x masuk akal.Gunakanlah saluran yg betul tuk meluahkan rasa x puas hati,duduk berbincang, guna akal yg di beri allah utk mewujudkan keamanan semua.Byk nyawa yg x bersalah terlibat ..bukan hak kita tuk membunuh. Fikirkanlah...malu kita di mata dunia. Mereka ygy bersalah mesti di hukum sbgi pengjran kpd yg lain.Terimam kasih Malaysiaku..

paksyeikhaziz

allah taala sajalah kita berserah cakap banyak pun tak gunapakai macam dia orang ni.kita masih lagi percaya dan yakin undang2 dinegera kita.kita berharap dalang sebenar didakwa.insyaallah disebalik rahsia ini akan terunkai jua akhirnya.kita jangan sesekali sombong akan kebesaran allah taala.kerajaan dah bagi peluang kat mereka tempat yang sesuai tapi engkar juga.sepatutnya guna akal waras baikburuknya.yalah apakan daya kita hanya allah kita serahkan urusan ini.jadikanlah hal ini iktibar buat kita semua.jangan salahkan hamba rakyat...salahkan orang2 yang rakus kuasa dan gila gelimour.insaflah dan sedarlah sebelum musibbah/kemurkaan allah tiba.marilah sama2 mohun agar allah ampunkan dosa2 kita.

pak cik din

Nampaknya DSAI dah lupa Rukun Negara yg dilaung2kan dulu. Camna nak BERSIH kalau hati tak bersih. Pengikut satu hal, apa yg anda semua dapat?

zainuddin

tak menghairankan pkr parti demontrasi jalanan yang dia tau demontrasi2 dh meluatkan dgn cara pkr ni

antu pala

Jangan lupa ganti balik segala kerosakan yang kamu lakukan ANWAR

oraksxside

mereka(rakyat) melakukan bukan kerana Anwar!fikir2kan...hahaha

BANDUT

Kita lantik Anwar ketua PEMBERONTAK dan lucutkan jawatan ketua Pembangkang

sri siantan

Jgn tunjuk bukti je! buktikan sampai pertuduhan di mahkamah mereka yg mjd dalang rusuhan penkhianat negara tu...

peace no war

Lucutkn jer kwrganegaraan mrka tu.Dh lh mrosakkn keamanan ngra,mncmarkn lg nma ngra yg trcinta ni di mata dunia.

muhd faizzie ruzilani

kesian polis...bersih 3.0 x gune...
x pe nanti bila saya dah jadi polis..
sye akn jge negara sye dengan baik...

ruben

Polis Malaysia sekarang ini begitu lemah dan terlalu tolenransi..AYUHHHH...bangun anggota dan Ketua Polis sekelian...mari kita pertahankan maruah Negara kita dri PENGKIANAT NEGARA...

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat