{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemahang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kemahang - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda kemahang</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Aug 2012 09:37 AM PDT


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Blog Felda: <b>felda kemahang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 May 2012 12:00 AM PDT

Timbalan Ketua Pas cawangan Felda Kemahang 3 di sini, Mohd. Ramli Deramin, 54, semalam meletakkan jawatan yang dipegangnya sejak tiga penggal lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu.

Katanya, sebahagian besar daripada 304 peneroka di tanah rancangan itu yang menyertai Pas sebelum ini juga akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi ahli UMNO dalam tempoh terdekat.

''Langkah itu diambil kerana mereka berasa dianiaya pemimpin Pas yang tidak turun padang untuk bersama-sama mereka menghadapi pelbagai masalah dan kemelut melanda peneroka di kawasan tersebut,'' katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di sini, semalam.

Menurutnya, dulu dia pernah menjadi ahli UMNO tetapi berjaya dipengaruhi parti pembangkang itu yang memberi pelbagai janji manis.

Namun, katanya, selepas tiga penggal dan melihat sendiri kegagalan Pas, dia dan ahli lain hilang keyakinan dan kepercayaan kepada parti tersebut.

''Keputusan saya keluar Pas kerana yakin UMNO berpegang pada janji untuk menunaikan tanggungjawab apabila sering datang menjenguk dan bertanya khabar peneroka di sini biarpun pada pilihan raya lalu mereka kalah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, dia dan ahli Pas lain berazam akan bersama-sama UMNO pada masa akan datang kerana mendakwa hanya parti itu yang benar-benar dilihat mampu memperjuangkan nasib orang Melayu terutama dalam kalangan peneroka seperti mereka.

Komen GPB

Semakin ramai peneroka FELDA terdiri ahli PAS  telah sedar akan pembohongan pemimpin mereka terutama si malaun Mazlan Aliman.  Pemimpin PAS bukannya mengambil berat akan kebajikan peneroka tetapi sebaliknya menghasut untuk membenci kerajaan .

PRU 13 nanti , Parlimen Tanah Merah dimenangi PKR harus ditawan semula UMNO !!

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat